Penjelasan serba sedikit mengenai isu-isu yang dibangkitkan
berkenaan dengan KANGEN WATER BUSINESS AND MACHINE dari prespektif individu.
Kebelakangan ini terdapat beberapa penulis dari beberapa web
atau facebook yang menulis mengenai SCAM Kangen Water dan beberapa tajuk lain
yang berkaitan.
Admin akan cuba menjawab sebaik mungkin terhadap kenyataan yang diutarakan agar menjadi panduan kepada kita sendiri untuk
membuat penilaian terbaik. Jawapan ini bukan bertujuan untuk menjawap semua
tuduhan namun memberikan sedikit perspektif untuk sama-sama kita ambil panduan
dan juga untuk kita buat nilaian tersendiri. Admin mengambil pendekatan bahawa Setiap
persoalan mesti ada jawapan atau setiap permasalahan mesti ada jalan
penyelesaiannya..
Isu berkeanaan FB Kementerian Kesihatan yang menyatakan
Air Kangen tidak dilesenkan di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan
Makanan 1985.
Merujuk kepada isu permasalahan ini ada 2 perkara penting
untuk difahami:-
1. Air
Kangen yang dijual tidak dilesenkan.
2. ‘Claim’
menyembuhkan penyakit.
Jawapan isu ini – sememang Air Kangen tidak didaftarkan di
bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana mengikut polisi
syarikat tidak membenarkan untuk jual air kangen pembotolan kerana syarikat
tidak memohon lesen untuk ini dan hanya mempunyai lesen untuk menjual Mesin Kangen
sahaja.
Sila rujuk kepada link di bawah ini berkenaan peraturan
tersebut
Oleh kerana syarikat Enagic yang mengeluarkan Mesin Kangen
ini mendaftar di bawah Akta Jualan Langsung untuk menjual Mesin Kangen maka
syarikat Enagic boleh mendaftarkan sesiapa sahaja yang ingin jadi agen pengedar
dan penjual di bawah Akta ini untuk menjual Mesin Kangen.
Apa yang berlaku ada sesetengah dari agen yang membeli Mesin
Kangen atau pembeli Mesin Kangen ini yang bertindak menjual Air Kangen yang
dibotolkan mereka sendiri secara komersial atau secara terbuka di pasaran
samada melalui jualan terus atau jualan melalui siber. Maka ini adalah salah
disisi perundangan Malaysia. Jika sekiranya mengikut ketetapan undang-undang
berkenaan ini di mana Air Kangen tidak boleh dibotolkan selagi tidak mendapat lesen
pembotolan yang sepatutnya dipohon oleh sesiapa yang berhasrat untuk menjual Air
Kangen yang dibotolkan.
Pada sudut lain pula jika dilihat dari kebenaran dan
kelulusan kepada syarikat Enagic yang mengeluarkan Mesin Kangen hanya
membenarkan jual Mesin Kangen sahaja. Jadi apa yang sepatutnya mereka jual adalah
Mesin Kangen atau pada asasnya kongsi Air Kangen sahaja bukan membotolkan dan
jual di pasaran terbuka.
Yang kedua apabila agen yang menjual membuat ‘claim’
mengenai Air Kangen yang boleh merawat penyakit yang berbagai-bagai ini juga
salah kerana dari syarikat Enagic sendiri tidak membuat ‘claim’ yang sebegitu.
Jadi kesalahan ini terletak kepada agen. Mengikut undang-undang Malaysia tidak
boleh buat ‘claim’ merawat atau menyembuh penyakit ke atas sesuatu produk kerana
ini perlu di buat kajian terperinci untuk dapat perakuan begini untuk
diluluskan di bawah undang-undang.
Membandingkan sebagai kefahaman di mana seseorang membuat
sesuatu produk kesihatan dengan maksud untuk dijual di pasaran terbuka maka ia
buat ‘claim’ bahawa produk nya boleh merawat dan menyembuhkan penyakit itu dan
ini maka tindakan ini adalah salah di sisi perundangan sekiranya ia tidak
didaftarkan. Sepatutnya produk tersebut perlu didaftarkan serta dipohon
kelulusan dahulu atas ‘claim’ yag dibuat itu kepada Kementerian Kesihatan untuk
mendapatkan kelulusan untuk menjual produk tersebut. Sama seperti Air Kangen ini jika ‘claim’
dibuat atas boleh menyembuhkan dan merawat penyakit maka ia harus didaftarkan
sedangkan pada asasnya syarikat Enagic tidak melakukan ini kerana syarikat
menjual hanya Mesin Kangen yang mempunyai sifat air yang baik untuk kesihatan
sahaja.
Menjawap secara terperinci dari masalah ‘claim’ atau kesan
dari minum Air Kangen ini adalah sepatutnya agen faham dan boleh menjelaskan akan
tindak balas dari minum Air Kangen ini. Dengan kata mudah Air Kangen yang
dikeluarkan dari Mesin Kangen ini mempunyai air yang berunsur baik di mana ia boleh
berinteraksi dengan tubuh badan dan menghasilkan kesan +ve kepada tubuh badan
kepada mereka yang meminumnya.
Air Kangen ni bukan air ajaib atau air yang merawat penyakit
tetapi air ini adalah air yang boleh memberi kesan baik kepada sistem tubuh
badan..... Sebab ia merawat sel-sel dalam badan kita menjadi sel-sel sihat.
Menghapuskan sel-sel radikal yang menyebabkan sakit serta badan berkeadaan asid
terlebih. Dengan tindakan ini sistem tubuh badan akan menjadi lebih kuat dan
dengan sendirinya boleh melawan penyakit yang dihadapi.
Sebab tu ada kesan orang yang berpenyakit ada yang merasai
kesan baik bila minum Air Kangen. Jadi bukan air yang merawat tetapi sistem
tubuh badan dan sistem imunisasi tubuh badan meningkat yang melawan penyakit.
Dengan kata lain ada kesan +ve bila minum cuma kita tidak boleh ‘claim’ air ini
merawat. Sama juga bila kita minum air Zam-Zam yang mana kita ada kesan rasa
+ve pada tubuh badan kita.
Ada persoalan dari mana datang ‘claim’ ini semua yang
mengatakan Air Kangen boleh merawat dan menyembuhkan.
Sememang tidak ada klinikal pengiktirafan terhadap Air
Kangen dalam merawat atau menyembuhkan penyakit yang telah dibuat kajian yang
dapat di terima pakai oleh Pakar-Pakar Perubatan Moden yang berdaftar. Kebanyakan
yang ada adalah dari testimoni-testimoni pengguna Air Kangen seluruh dunia dan
juga banyak di Malaysia yang meminum Air Kangen ini dan mendapat kesan-kesan
+ve dan itu adalah asasnya. Mengikut cara standard dan cara yang sepatutnya
sememangnya ini tidak boleh dijadikan sebagai satu ‘claim’ bahawa Air Kangen
ini boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tersebut namun pada hakikatnya ini
yang berlaku.
Cuma terdapat banyak kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa
pakar-pakar dalam bidang perubatan yang memberikan tulisan yang sangat baik
bagi menyokong kepada penggunaan Air Alkali Berion yang seumpama Air Kangen
malahan ada yang menyebut Air Kangen adalah yang terbaik untuk digunakan bagi
mengatasi permasalahan penyakit-penyakit kerana unsur pada Air Alkali Berion
ini adalah unsur-unsur yang diperlukan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit
tersebut.
Sila buka web ini untuk kita baca komen-komen dari mereka
yang professional dan pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan.
Namun tidak ada satu kajian yang dibuat sehingga boleh
mengeluarkan satu pengiktirafan Perubatan Moden yang boleh menerima ini. Tetapi
pengamalan Air Alkali Berion ini telah membuktikan bukan 100-200 tetapi ribuan
malahan hari ini mencecah Jutaan manusia di seluruh dunia yang menggunakan Air
Alkali BerIon ini.
Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa Mesin Kangen sebagai satu
produk yang didaftarkan di bawah Akta Jualan Langsung sahaja maka produk Mesin
Kangen ini memang mempunyai beberapa sijil-sijil pengiktirafan seperti ISO 13485
iaitu sijil Medical Device atau pengiktirafan doktor di Jepun mengenai perakuan
syarikat Enagic mengeluarkan produk yang tinggi kualiti untuk perubatan. Sila
lihat pengiktirafan di bawah ini.
Ada satu FB ada menyebut pasal air kangen 11.5 menggunakan
Electrolyte Enhancher yang mengandungi Sodium Hypochlorite yang membahayakan
tubuh badan bila di minum.
Jawapan ringkas Air Kangen 11.5 adalah bukan untuk diminum.
Ini telah ditetapkan oleh syarikat Enagic dan ia digunakan untuk kegunaan
luaran seperti membasuh, mencuci dan kegunaan luaran tubuh badan. Jadi kalau
diambil kira isu ianya membahayakan bila di minum kerana salah satu kandungan
dalam Sodium Hypochlorite tersebut adalah lebih dikenali sebagai ‘clorox’
adalah tidak relevan sama sekali kerana ianya bukan untuk di minum. Air Kangen
yang untuk diminum adalah 8.5 – 9.5.
Sila rujuk kepada photo mesin yang menunjukkan dengan jelas
pH berapa untuk di minum air kangen tersebut.
Isu mengenai kandungan Sodium Hypochlorite di dalam
pembuatan 11.5 dan 2.5 ini ingin ditegaskan bahawa kalau di lihat di dalam ‘clorox’
kandungan ini ada 6% tapi di dalam Electrolyte Enhancer hanya ada 0.001%
sahaja. Juga kalau dibandingkan dalam bahan kimia ini yang digunakan di dalam pembuatan air paip juga
adalah sama…
Sila buka link ini…. http://www.enagic-my.com/download/280/
Sememangnya ada beberapa pakar kesihatan ada membuat
pendedahan di mana air 11.5 ini baik untuk digunakan sebagai rawatan kepada
beberapa jenis penyakit sebagai satu ‘treatment’ namun ia tidak menyatakan
sebagai satu ‘claim’ namun pengamalan sesetengah pesakit telah mendapat kesan
yang sangat +ve bila mengamalkannya. Ini telah dijadikan sebagai satu testimoni
bahawa air 11.5 diguna pakai untuk di minum. Protokol ini ada dikeluarkan
daripada beberapa pakar kesihatan dan beberapa agensi seperti Pusat Anti-Cancer
USA Institute.
Terserah kepada individu tersebut membuat nilaian dan ingin
mengamalkannya namun pada asasnya seperti yang diletakkan sebagai panduan oleh
syarikat Enagic penggunakan Mesin Kangen ini bahawa 11.5 bukan untuk di minum
masih kekal.
Isu Gas Hydrogen yang mempunyai kesan +ve kepada tubuh
badan yang terdapat dalam Air Kangen atau dari sistem electrolysis yang lainnya
namun ia tidak boleh kekal lama kerana ia gas yang ‘reactive’ (cepat hilang
atau berubah).
Benar… Gas Hydrogen memang bagus untuk sistem badan dan juga
benar ianya tidak dapat kekal lama.
Sebab itu kita galakkan minum terus dari Mesin Kangen sebaik
ianya dibuat. Minum Fresh terus dari mesin…. Tapi kalau terus dibotolkan ia
boleh kekal lebih lama sedikit namun berkurangan dari minum terus. Walaubagaimana
pun ingin ditegaskan tidak digalakkan untuk lakukan pembotolan. Hasil kajian
banyak menyebut kebaikan air alkali melalui sistem elektrolisis ini. Cuma
membandingkan Mesin Kangen dengan mesin lain ada bezanya kerana kualiti setiap
mesin tidak sama dan setakat hari ini mesin kangen tetap yang tebaik dari segi
pembuatannya serta dari segi engineering nya…
Dengan kata mudah sememangnya betul kesan +ve Gas Hydrogen
kepada kesihatan namun penghasilannya dari Mesin Kangen akan hilang jika
dibiarkan terdedah lama. Maka di sini kita simpulkan kepada 2 perkara.
Yang pertama Air Kangen yang ada Gas Hydrogen ini sangat
bagus untuk kesihatan dan hanya Air Kangen yang mempunyai kesan lebih lama Gas
Hydrogen dari mesin yang lain.
Yang kedua Air Kangen harus diminum terus dari mesin bagi
mendapatkan semaksima kesan Gas Hydrogen ini namun ia tidak membahayakan
sekiranya ianya hilang dan diminum airnya.
Isu mesin kangen mahal dan diminipulasi oleh syarikat
Enagic kepada pembeli atau pengguna berbanding mesin lain yang lebih murah.
Kita jelas dahulu kenapa Mesin Kangen ini mahal… kerana ia
adalah dari sistem Jualan Langsung atau MLM (Multi Level Marketing) maupun ada agen
Kangen yang akan cakap ia bukan sistem MLM sebab ia guna Sistem 8 Point tapi
sebenarnya ia sama saja. Cuma kelebihannya sistem 8 Point memberi peluang yang
sangat baik kepada agen untuk buat jualan dan dapat pendapatannya baik.
Maka di sini pihak Syarikat Enagic mengelakkan dari keluar
wang besar untuk promosi namun ia memberikan satu sistem yang terbaik bagi
mengiktiraf pengedar-pengedar atau agen-agennya bagi merebut peluang untuk
bersama-sama syarikat membina kerjaya. Ini adalah cara Traditional yang sangat
berjaya seperti awal-awal dulu orang jual Tupperware yang di mana agennya buat Home
Tupperware Party.
Jadi sebab mahal lah pihak Syarikat Enagic dapat memberikan
banyak bonus kepada agen-agen di atas penghargaan mereka membantu mempromosikan
mesin kangen tersebut. BENAR…..
Di sini ada Pro dan Con nya sebab Mesin Kangen mahal..
maksudnya kalau Pro atau baiknya adalah ia memberikan peluang bagus kepada
sesiapa saja untuk jadi agen. Bila sesiapa saja boleh jadi agen akan membawa
maksud mesin yang dibelinya boleh didaftarkan sebagia agen jualan di mana akan ada
peluang dapat balik duit beli mesin tersebut di samping boleh tambah
pendapatan. Semua dapat peluang ini.
Kalau yang Con atau tak baiknya bila orang itu hanya nak
beli mesin guna sendiri sahaja ianya akan terasa agak mahal.
Namun ada jawapan lain dari sebab di atas di mana kita harus
lihat dari sudut Syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk tersebut. Kita lihat
Syarikat Enagic hari ini dimana sudah 46 tahun berada di pasaran tanpa rasa
tergugat dan makin hari makin kukuh. Ini adalah salah satu unsur yang kita
harus ambil perhatian.
Ada sesetengah komen dalam website menyatakan Syarikat Enagic
ini mengaku diri sendiri bahawa mereka mempunyai GOLD STANDARD atas produk yang
mereka keluarkan. Kalau dari fakta-fakta yang dikumpulkan adalah BENAR kerana
setakat hari ini belum ada satu syarikat yang menjadi pengeluar mesin air yang
buat semua komponen dia sendiri. Namun Enagic memang sejak dari dulu lagi
mereka telah berdiri dengan sendiri membuat semua komponen produk di dalam satu
presmis kilang.
Jadi sebab itu mereka mendapat banyak pengiktirafan dan
tambahan lagi hari ini banyak syarikat-syarikat lain yang boleh dikatakan
meniru cara pembuatan komponen-komponen dari syarikat Enagic. Malahan ada yang
membuat perbandingan produk mereka dengan produk Enagic kerana apa? Tidak lain
atas satu sebab kerana produk yang dikeluarkan oleh Enagic adalah satu produk
yang SUPER di pasaran hari ini yang menjadi penanda aras kualiti produk mesin
air.
Setiap kejuruteraan yang dilakukan oleh syarikat Enagic ini
telah mendapat banyak pengiktirafan sebagai MEDICAL DEVICE dan ini juga sebagai
penanda aras bahawa Mesin Kangen yang dikeluarkan Enagic mempunyai standard nya
tersendiri berbanding produk-produk lain di pasaran.
Apakah kebaikan Air Kangen dari Mesin Kangen….?
Kalau nak ceritakan pasal kebaikan Air Kangen kita kena
cerita pasal kebaikan Air Alkali Berion (Ionized Alkaline Water) kerana dengan
penjelasan ini dapat membuktikan kebaikan Air Kangen sebab air alkali terdapat
2 jenis. Air alkali dan air Alkali Berion. Yang mempunyai sifat baik yang
banyak adalah Air Alkali Berion. Kalau setakat sifat Alkali sahaja tidak akan
membawa banyak kelebihan.
Sila rujuk di sini kelebihan air alkali. Ini adalah sebahagian
dari web yang menceritakan pasal kebaikan air alkali. Dan ada banyak lagi yang
menulis. Sila buat sedikit kajian sendiri. Ini sebagai panduan da nada juga
komennya tidak menyebelahi kepada Mesin Kangen namun ia memberi kita prespektif
baik untuk buat nilaian
Maupun secara profesionalnya tidak ada kajian yang mengakui
tentang kebaikan Air Alkali Berion ini tetapi sudah banyak kajian yang
dilakukan serta juga dari pengamalan individu yang menyebut kebaikan Air Alkali
Berion ini.
Satu perkara yang kita tidak dapat menidakkan adalah di mana
rawatan menggunakan air adalah tidak ada dalam pengamalan perubatan moden sebab
itu ia tidak diterima pakai oleh doctor-doktor pakar perubatan cuma ia banyak
diguna pakai oleh perawat-perawat Rawatan Alternatif.
Kesimpulannya kalau air kangen ni tak boleh ‘claim’ boleh
mengubat dan air nya tidak boleh di jual dan harga mesinnya mahal macamana nak
buat Business Kangen ini….???
Soalan yang tidak susah nak dijawab kalau sekiranya kita
betul-betul faham. Masalahnya ramai di luar sana yang tidak faham. Jom kita
cuba faham secara terperinci….
Jawapan paling senang dan simple untuk dijawab adalah Business
Kangen adalah merupakan business MLM dan ia hanya jual mesin air. Jadi di sini
jadi pengedar atau agen maka kena jual mesin bukan jual airnya. Jadi tak perlu
nak ‘claim’ air ini boleh mengubati atau seumpanya. Cuma kita boleh cerita
kebaikkan air dari mesin tersebut.
Beberapa kebaikan yang kita boleh utarakan di sini seperti
:-
-
Ia merupakan air yang terbaik kerana mempunyai 3
unsur yang tinggi di dalam air yang dikeluarkannya. Unsur tersebut adalah :-
o
a). Antioxidant tinggi
o
b). Air Alkali Berion
o
c). Micro Cluster Group Halus
-
Ia mendapat beberapa pengiktirafan dunia maupun
pengiktirafan ini tidak dijadikan pengukuran bagi pihak-pihak perubatan tetapi
ia adalah pengiktiran tertinggi dalam pembuatan mesin pengeluar air.
-
Ia mendapat pengiktirafan dari 6,500 doktor
hanya di Jepun kerana hanya di Jepun telah membuat penilaian tersebut. Di
tempat lain tidak dijalankan pengiktirafan ini maka ada yang tidak menerima
pengiktirafan ini. Selalunya orang akan membandingkan kenapa di Malaysia tidak
ada pengiktirafan sebegini. Jawapannya kerana pihak Syarikat Enagic tidak buat.
Mungkin selepas ini diharap pihak Syarikat Enagic akan membantu pengedarnya
untuk mendaftarkan.
-
Banyak hasil penggunaan air kangen telah
mendapat manafaat yang baik. Maupun ini tidak dijadikan pengukuran dalam ilmu
perubatan moden namun pengamalan adalah sesuatu pembuktian yang sangat tinggi
yang sepatutnya harus juga kita jadikan pengukuran. Sama dengan banyak rawatan alternative
yang menunjuk baikkan penggunaannya namun tidak diterima pakai dalam rawatan
moden. Kenapa?
Persoalan ini telah lama ada dan tidak ada
penyelesaiannya kerana jawapan tidak ada kajian klinikal yang membuktikan
perkara ini. Sama kalau kita sebut Air Zam-Zam boleh mengubati penyakit. Bagi
umat Islam akan senang menerima perkara tersebut tapi kalau dari sudut sains
maka tidak ada penerimaan bukti air ini boleh merawat.
Maka jawapan kita hari ini… jika sekiranya
hendak sesuatu dapat diterima oleh perubatan moden maka kita perlu buat kajian
mendalam menepati dari undang-undang dan sememangnya ini tidak dapat dilakukan
disebabkan oleh banyak faktor.
Yang paling utama adalah faktor siapa nak
biaya kos-kos semua ini. Kalau di bidang farmasi kita tahu siapa yang sanggup membiayai
kos-kos besar ini tapi kalau di bidang alternative maka tidak ada sesiapa pun
yang sanggup lakukan.
-
Yang terakhir kita buat bandingan adakah air
kangen ini elok untuk diminum berbanding dengan air lain. Contoh Air RO yang dikatakan
air paling bersih atau Air Mineral yang dikatakan sumber asli mineral atau Air Paip
sahaja yang kita tahu permasalahan dari segi paip air pembekalan dan mungkin Air
Filter yang darinya air paip disaring dengan filter-filter penapis yang
berbagai-bagai kita dapati hari ini?
Hari ini hakikatnya sudah banyak
bukti yang kita boleh perolehi rawatan moden tidak dapat menyelesaikan semua
masalah dan di sinilah rawatan alternative mengambil tempat. Anda boleh buat
pilihan sendiri untuk ke rawatan moden atau ke rawatan alternative atau gunakan
kedua-duanya.
Menyedari tentang ini banyak
pengamal perubatan alternative mendapat tempat dalam rawatan kerana apa… kerana
kegagalan rawatan moden yang terikat penuh dengan etika perubatan yang telah
lama diterapkan dan harus diikuti di mana pihak pakar perubatan akan terindung
dalam pengamalan rawatan perubatan mereka. Maka di sini kita harus faham bahawa
tidak semua perawat moden itu adalah betul dalam pengamalan perubatan mereka
dan kekadangnya menyebabkan impak yang sangat besar kepada kita sebagai
pesakit. Mereka ini dilindungi oleh undang-undang. Gagal bukan boleh membawa
mereka salah pengamalan.
Satu perkara yang sangat penting
di sini adalah yang ingin diketengahkan adalah bukannya rawatan tetapi
PENCEGAHAN…. Apa kah yang kita boleh dapati dari segi pencegahan dari kita
mendapat penyakit.
AIR KANGEN ADALAH SALAH SATU DARI
CARA PENCEGAHAN DARI KITA MENDAPAT SAKIT DAN BUKANNYA LEBIH KEPADA RAWATAN BILA
KITA KENA PENYAKIT…. JADI ELAKKAN DIRI ANDA SEMUA DARI TERKENA PENYAKIT DENGAN
PENGAMALAN BAIK DARI AIR YANG TERBAIK….
Hasrat kita adalah di mana setiap rumah akan mempunyai satu air
yang berkualiti untuk kegunaan minuman dan harian kita dan setakat hari ini Mesin
Kangen adalah yang terbaik yang diketahui. Jadi untuk melerasasikan hasrat ini
setiap agen Mesin Kangen harus peka kepada permasalah ini dan menyampaikan
infomasi yang betul dan tepat agar dapat difahami semua pihak dan juga diterima
disemua peringkat samada pihak Kerajaan atau kepada pengguna sendiri.
Penulisan ini adalah hanya untuk memberikan fakta dan
informasi sahaja bukan semata-mata menyokong atau menidakkan penulisan mereka
yang lain atau juga menidakkan undang-undang yang ditetapkan. Ia lebih sebagai
panduan dan pedoman kepada mereka yang berminat mendapatkan maklumat yang lebih
tepat sahaja.
CHALLENGES MAKE LIFE MORE EXCITING
No comments:
Post a Comment