Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat
Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan
rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia
lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia
awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout
telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di
hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada
kanak-kanak-kanak dan remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan
oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam
darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk
“kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan
sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan
inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti
gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA
dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila
manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti
daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid
amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa
mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari
makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak
meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki
dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di
dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan
melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi
manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl,
selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout
tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan
yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi
dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan
kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah
pinggang ( kidney failure).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan
daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya
melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam
darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka
paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor
ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain
killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik
dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat
Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk
mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah
“memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat
ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga
menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat
allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan
pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis
langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang
diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang
amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan
selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada
pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah
bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan
doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia
sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di
kalangan doktor.
Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka
ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer
dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun
berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada
pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit
gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat
bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang
semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid
urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan
ubat pain killer dan ubat bengkak.
Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout
ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh
arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses
kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu
mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout
adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik
dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.
Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu
menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu
oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang
mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan
buah pinggang.
No comments:
Post a Comment