Bagaimana Cara Anda Hendak Sihat Melalui Rawatan Dan
Penjagaan Air Minum
Sedikit Sejarah dan latar belakang penglibatan saya dalam
bidang kesihatan dan perubatan yang kini menjadi topic utama focus saya..…
Semenjak dari tahun 1995 lagi saya mengabdikan diri dalam kajian
Guna Tenaga Semula dan Tenaga Diperbaharui sudah banyak ilmu saya belajar dan
mempelajari namun pada tahun 2012 telah mengubah profesion saya kepada pemprosesan
Teknologi Herba dan Kesihatan. Namun sekali lagi pada akhir tahun 2014 telah
merubah persepsi saya tentang banyak hal mengenai kesihatan. Dan bermulalah era
baru saya dengan banyak mengkaji berkenaan dengan Rawatan Alternatif melalui
herba dan tradisional dan tidak ketinggalan Rawatan Moden masakini.
Pada ketika ini saya nak menerangkan kenapa Air Minum sangat
penting untuk kesihatan.
Ini adalah PROTOKOL MINUM AIR….
Dewasa ini kos penjagaan kesihatan sangat-sangatlah mahal
kerana apa kos setiap sesuatu itu sangat tinggi seperti ubat-ubatan, alatan
kesihatan dan kos rawatan hospital juga meningkat. Semua orang nak sihat. Orang
sanggup habis ribuan ringgit untuk sihat dan berbagai cara mereka lakukan.
Tambahan lagi kalau jatuh sakit maka lebih lagilah kos rawatan yang duit
dikeluarkan. Beli supplement dan vitamin atau produk-produk kesihatan yang
banyak terdapat di pasaran dan juga dipromosikan. Insuran pula di ambil dengan
bayaran mahal semata-mata kerana nak jaga diri bila jatuh sakit nanti ada duit
untuk bayar rawatan sakit. Adakah ini pengamalan yang betul…???
Jawapan mudah adalah TIDAK…..
KENAPA…..????
Banyak kajian mengenai kesihatan dibuat dan ada
produk-produk yang sangat-sangat bagus namun tidak berapa mendapat tempat
kerana syarikat hanya mengejar keuntungan semata-mata dan bukan hasil kajian
yang diketengahkan. Kalau ada pun ia semata-mata untuk perniagaan. Jadi salah
siapa di sini….
Kita bincang mengenai rawatan yang paling murah dan mudah
untuk jaga kesihatan sebagai permulaan dan kemudian kita tingkatkan ilmu dan
kita pelajari lebih lagi bagaimana kita boleh tingkatkan kesihatan kita.
Rawatan yang paling murah dan mudah adalah dengan cara melalui
Terapi Protokol Minum Air…
Kenapa hanya dengan air minum sahaja boleh beri kita kesihatan
yang baik…kita akan bincangkan dengan mendalam perkara ini… untuk kali ini
fahami bahawa dunia telah berubah kepada rawatan melalui air… namun air yang
bagaimana dan cara yang bagaimana. Banyak kajian telah dibuat berkenaan dengan
air minum kita hari ini dan telah terbukti air memainkan peranan penting dalam
kehidupan serta kesihatan kita.
HNZL
No comments:
Post a Comment