Thursday, 3 March 2016

Air adalah Kehidupan...

Sesungguhnya air itu adalah punca kehidupan. Itulah pernyataan yang telah ditegaskan di dalam Al Quran sejaj dari awal perkembangan Islam ke muka bumi.

Kenyataan ini telah dikaji dengan terperinci oleh ilmuan serta cendiakawan Islam dan Barat moden, hasilnya mereka sepakat bahawa apa yang telah dibawa oleh Rasulullah saw adalah sesuatu yang benar dan tepat.

Benar dari segi pernyataan dan tepat dari segi fakta.

Apa yang menajubkan ialah fakta-fakta tentang air ini telah dikurniakan Allah semenjak dari Zaman Nabi Allah Ibrahim as iaitu air zam-zam. Ia adalah satu daripada keajaiban dunia yang masih lagi belum dapat dirungkai hingga kini. Kewujudannya sejak dari zaman itu hingga kini masih lagi berfungsi dengan baik tanpa gagal, walau telah merentasi berbagai zaman..

Firman Allah dalam Surah Al Anbiya Ayat 30...

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"

No comments:

Post a Comment