Cara-cara Bagaimana untuk Kurangkan
Tekanan Darah Tinggi
Anda ada masalah tekanan
darah tinggi? Atau anda adalah salah seorang yang memungkin akan mendapat
tekanan darah tinggi?
Ambil langkah-langkah awalan
serta permulaan untuk menangani kemungkinan anda akan mendapat atau mempunyai
tekanan darah tinggi nanti.
Ikutilah langkah-langkah berikut:
- Amal
pengambilan air yang mencukupi seharian
Air
memainkan peranan penting dalam mengawal darah tinggi. Air yang mencukupi akan
mengurangkan tekanan darah. Kalau air kurang tekanan darah akan meningkat.
Badan akan stress dan darah akan pekat. Amalkan pengambilan air seperti berikut
:-
Berat
Badan x 50 ml = Keperluan Air Seharian.
Contoh
– Berat Badan 80kg x 50 ml = 4,000 ml atau 4 liter. Maka anda perlu minum
sebanyak 4 liter sehari bagi mencukupkan keperluan air dalam badan.
-
Kurangkan
berat badan.
Ambil
inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun
sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian
doktor.
-
Bersenamlah
dengan kerap.
Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu.
Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan
berat badan.
-
Kurangkan
pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari.
Garam
ni umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap,
telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang.
Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
- Jangan
merokok
Kesan
nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam.
Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi
sepanjang masa.
-
Kurangkan
Stress.
Stress
kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat
sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stress, sudah tentu ia
memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan
macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stress yang
berpanjangan.
-
Amalkan
diet yang lebih baik.
Sudah
tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
o
Ketahuilah
keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa
yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan. o Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
-
Kawal
kolesterol.
Biasanya
masalah tekanan darah tinggi, berat badan disamping dengan masalah kolesterol
tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan
berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru,
kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
Pastikan
ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada
tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
Kurangkan pengambilan kafein.
Tubuh badan sedikit berakali akan berikan
kesihatan baik. Jangan sekali-kali tubuh badan menjadi asid kerana ini adalah
punca segala jenis penyakit. Seimbangkan diri anda dengan minum air yang
berakali juga supaya memudahkan badan anda seimbang dan juga menyimbangkan
makanan yang anda makan. Kesemua panduan di atas ini
adalah sebagai asas anda untuk mengawal tekanan darah. Secara asasnya badan
anda harus berada dalam situasi seimbang dalam semua segi agar ia akan kekal
mantap dalam setiap kondisi. Amalkan pemakanan yang lebih berakali supaya tubuh
badan anda akan lebih sihat.
Perkara ini sangat penting
kerana pemakanan kita hari ini terlalu berasid. Seimbangkannya dengan AIR
ALKALI. Saya mengesyorkan minum air yang terbaik hari ini iaitu Air Zam-Zam.
Jika keperluan Air Zam-Zam susah untuk didapati maka cuba Air Kangen kerana
sifat ia menyerupai tanpa menyamai kepada Air Zam-Zam.
Satu perkara yang sangat penting
lagi dan anda harus peka serta jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan
tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda
tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan
tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
Untuk info lebih lanjut boleh berhubung di talian 019 4146025.....
No comments:
Post a Comment