Thursday 26 May 2016

GEJALA ASID REFLUX DAN CARA MENGATASINYA.....



Reflux Asid 

Sakit asid refluks (juga dikenali sebagai sakit pedih ulu hati) akan berlaku bila makanan dan asid perut mengalir naik esofagus (tiub yang membawa makanan, cecair dan air liur dari mulut ke dalam perut).

Gejala-gejala sakit asid refluks termasuk ketidakselesaan seperti pitam atau susah bernafas.  Jika dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka panjang, asid perut akan membawa kerosakan kepada lapisan dinding esophageal.


Image result for usus adalah beralkali

Semasa gejala yang akut, kita boleh minum sedikit air biasa untuk mencuci kandungan asid dari bahagian esofagus ke bahagian perut. Minum air secara berlebihan tidak digalakkan kerana ia akan meningkatkan jumlah isi kandungan di bahagian perut dan mengakibatkan lagi refluks.

- Batuk atau berdehit
- Sukar menelan
- Tersedu
- Serak atau perubahan dalam suara
- Memuntahkan makanan
- Sakit tekak

Image result for acid reflux

Asid Refluks, dianggap sangat biasa dan jarang yang membawa kepada komplikasi yang serius, namun tidak harus dibiarkan. Gejala-gejala refluks asid dengan mudah boleh dikawal oleh apa-apa langkah mudah seperti penggunaan produk semulajadi rawatan refluks asid yang sekali-sekala dan oleh beberapa perubahan dalam gaya hidup.

Bagi sakit asid refluks yang kronik, doktor akan menetapkan antacid, tetapi biasanya ini boleh mendatangkan kesan sampingan. Oleh itu, sesetengah doktor akan menyarankan air alkali bagi mengimbangkan asid perut dan mengekalkan keseimbangan dari segi keasidan dan kealkalian dalam badan.

Punca Reflux Asid
 
Hernia hiatal, perut yang tidak normal, adalah salah satu punca paling biasa penyakit refluks asid, yang dinyatakan dalam bergerak bahagian atas LES dan perut di atas otot yang memisahkan dada dari perut (diafragma ). Dengan diafragma hernia hiatal gagal untuk mengekalkan fungsinya menyimpan asid dalam perut, dan asid bergerak ke dalam esofagus, menyebabkan salah satu gejala penyakit refluks asid.

Hernia hiatal menolak sehingga perut ke dalam rongga dada melalui lubang dalam diafragma.

Walaupun pedih hulu hati tidak disebabkan oleh hernia hiatal, hernia mempengaruhi individu untuk pedih ulu hati. Pedih ulu hati yang kronik boleh menyebabkan lelemak esofagus yang menyebabkan hernia hiatal. Hernia hiatal boleh berlaku pada orang umur dan sering dijumpai dalam orang umur yang sihat 50 atau lebih tua.

Punca-punca lain penyakit refluks asid:
  • Berbaring di belakang selepas makan, terutamanya yang berat
  • Makan berlebihan atau mengambil makanan yang terlalu besar
  • Kegemukan atau berat badan yang berlebihan
  • Lewat malam makan
  • Makanan berlemak atau pedas serta lain-lain makanan tertentu seperti tomato, jeruk, coklat, bawang putih, pudina, atau bawang
  • Minuman seperti teh, kopi, minuman berkarbonat dan alkohol
  • Kehamilan
Ubat-ubatan tertentu seperti ibuprofen, aspirin, tekanan darah, ubat-ubatan dan beberapa relaxers otot.

Rawatan Menggunakan Air Alkali

Asid di dalam perut memainkan peranan penting dalam proses mencairkan makanan yang dimakan kepada sejenis campuran pekat. Dari sini, campuran ini akan mengalir melalui usus kecil di mana nutrien dapat diserap ke dalam tubuh badan. Kandungan asid yang tidak mencukupi akan mengakibatkan penghadaman yang tidak sekata.

Image result for usus adalah beralkali

Oleh itu, persoalan sekarang … apabila air alkali melalui perut, ia akan meningkatkan tahap pH perut dengan kemungkinan mencairkan tahap asid dalam perut. Adakan ini akan merosakkan sistem penghadaman kita???

Cara penyelesaian masaalah di atas adalah senang … Minum air alkali dengan perut kosong dan bukan semasa waktu makan. Apabila perut kosong, air yang diminum akan terus mengalir ke usus, di mana ia akan diserap.

Ketika minum air, perut tidak menghasilkan asid pencernaan kerana air bukan sejenis protein, karbohidrat atau lemak dan sebab ini, ia tidak perlu diuraikan.

Minum air dengan perut kosong juga akan menolong mengalirkan sebarang sisa makanan yang tertinggal dari makan yang sebelumnya ke dalam usus.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa air alkali hanya akan meningkatkan pH perut sebanyak 0.5pH – 1pH kira-kira selama setengah jam.

Petua minum Air Alkali:
  • Minum air alkali 1/2 jam sebelum makan.
  • Minum air alkali 1 jam selepas makan untuk membenarkan perut selesai mencerna makanan yang dimakan tadi. Cara ini juga dapat membantu mengalirkan baki sisa makanan ke dalam usus.

Image result for usus adalah beralkali

Usus adalah beralkali. Walaupun perut kita memerlukan jus berasid untuk berfungsi dengan baik, usus kita memerlukan persekitaran yang beralkali (pada tahap pH 8.3) untuk menyerap nutrien.
Selepas makanan di bahagian perut telah dicerna, ia akan mengalir ke usus kecil. Makanan yang masih dalam keadaan berasid mungkin akan merosakkan dinding usus.

Oleh itu, air alkali yang melalui perut kosong sebelumnya boleh menolong usus mengekalkan kealkaliannya, agak dapat menyerap nutrien dengan mudah.

Petua kesihatan Air Alkali:
  • Pakar kesihatan biasanya mensyorkan kita supaya minum air alkali pH 9- pH 9.5 yang sepadan dengan julat pH yang berada di dalam usus kita.
Paling mudah untuk mengatasi Asid Reflux adalah dengan pengamalan Air Alkali dan disyorkan ambil Air Kangen kerana air ini mempunyai 3 unsur utama yang boleh bertindak dengan lebih baik serta cepat berbanding dengan air alkali biasa yang lain.


1 – Unsur Kealkalian Tinggi – mampu mengakalikan asid tinggi yang terhasil.
2 – Unsur Micro Cluster Group kecil dalam 5-6 berbanding yang biasa 15-20 – lebih mudah serta lebih efektif menyerap dalam sel kerana ia lebih halus dari air lain.
3 – Unsur Antioxidant tinggi – memberikan kesan baik kepada sel-sel tubuh badan. 

 

Wednesday 25 May 2016

PUNCA-PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG



Punca Sakit Buah Pinggang - Tabiat-Tabiat Yang Akan Merosakkan Buah Pinggang

Image result for buah pinggang 
 
Kita nak berbincang kenapa buah pinggang sangat penting dalam tubuh badan kita. Buah pinggang yang sihat sangat-sangatlah penting kepada kesihatan tubuh badan kita. 

Buah pinggang ini berfungsi untuk :-
-         menapis darah,
-         menghasilkan hormon,
-         menyerap mineral,
-         menghasilkan air kencing,
-         menyahtoksin dan
-         meneutralkan asid.

Sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. 

Image result for buah pinggang
Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenal-pasti permasalahannya sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun hanya tinggal cuma 20% berfungsi daripada kemampuan asalnya. Sebab itu juga kita selalu dengar ada orang mendermakan satu dari dua buah pinggangnya untuk orang lain kerana dengan satu saja pun dah mampu untuk berfungsi menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Image result for buah pinggang 
 
Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni. Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.
Saya senaraikan beberapa-beberapa perkara utama yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang.
TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP


Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air yang mencukupi, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh kerana keupayaan untuk memproses menjadi sangat tidak lancar sebab kekurangan cecair. Jadi air adalah sangat-sangat penting untuk menjaga buah pinggang kita agar ia dapat bertahan lama serta memproses secara optimum.

Image result for air untuk tubuh badan 

DIET TINGGI GARAM (SODIUM)

Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang.

PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah,MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.

SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam. Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu seeloknya jangan bertangguh.

PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Contoh air bergula ini seperti 100 Plus, jenis minuman soda… sprite, pepsi, coca cola dan seumpamanya. Jenis minuman 3 in 1 juga ada yang berketegorikan ini.

KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING

Mengamalkan diet yang betul adalah sangat-sangat penting untuk mengekalkan vitamin dan mineral dalam tubuh badan. Kebanyakkan mineral dan vitamin ini ada dalam sayuran segar dan buah-buahan. Ia adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang berjalan dengan baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan menjadi punca utama sakit buah pinggang. 
Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTINGuntuk mengurangkan risiko batu karang.

MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN

Terlalu banyak makan dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang dan meningkatkan protein dalam badan. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

TIDAK CUKUP TIDUR

Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa untuk tubuh kita sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.

 Image result for tidur tidak cukup

SUKA MINUMAN BERKAFEIN 

Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang.Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.
Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda

PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)

Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

PENGAMBILAN ALKOHOL

Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.

PENGAMBILAN MAKANAN BERASID

Kurangkan pengambilan makanan-makanan yang jenis asid. Kerana makanan berasid penyebab tubuh badan bertukar jadi asid yang sangat tidak bagus untuk tubuh badan. 

 Image result for makanan berasid

Nasihat yang sangat penting di sini amalkan minum air berakali kerana air yang berakali dapat membantu kesihatan buah pinggang. Bila pemakanan kita semuanya berasid maka risiko buah pinggang rosak sangat-sangat tinggi.

Air Berakali juga ada beberapa jenis dan yang terbaiknya adalah Air Alkali BerIon di mana air ini adalah air yang terhasil dari proses Ionization menggunakan proses elektrolisis. Ini lebih baik kerana kalau air alkali yang dijadikan dengan penapisan ia akan ada mineral tambahan yang terhasil dalam air. Namun kalau proses elektrolisis ia dapat mengurangkan penambahan mineral. 

 Image result for air berion kangen

JAGA BUAH PINGGANG ANDA. SIHATKAN IA DENGAN MENGELAKKAN PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN DI ATAS.... MAUPUN ANDA TIDAK RASA AKAN PERMASALAHANNYA HARI INI .......

Image result for air berion kangen

Yang paling mudah minum air yang betul dan minum banyak. Saya menggalakkan anda minum Air dari Mesin Kangen kerana ia adalah mesin pengeluar air yang terbaik dan ia boleh memberikan kesihatan dan mengekalkan kesihatan yang baik kepada tubuh badan. Anda cuba ubah dengan minum air ini... anda akan rasa sendiri keberkesanannya setelah mencuba.... Jangan leka dan jangan terlewat... anda masih ada waktu lagi...