Wednesday 29 January 2020

*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part FourπŸ’₯πŸ’₯*

Ni informasi tambahan pasal Madu Asli utk rawat Gastritis...

πŸ‘‰ Madu dapat bunuh Kuman H. Pylori pada luka gastritis.

πŸ‘‰ Kesan bunuh kuman ni tak ada pada ubat gastrik biasa

πŸ‘‰ Dlm madu sudah polifarmasi. Dah cukup nak cover semua jenis ubat gastrik

Cara makan madu utk gastritis...  ambil 2-3 sudu besar selepas makan...

Kekal bersama Madu Asli Al Qudwah naaa... 😁😁😁 Ingat hanya madu asli kualiti shj akan ada efek baik.. yg madu tiruan atau campuran akan ada masalah mengubati atas mungkin kerana bakteria baik dah tak ada..

Ini informasi rujukan yg kajian dan test dibuat... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3074916/

Bukti madu berinteraksi dgn Gastritis... boleh baca dan fahami kenapa Pharmacology amalan madu akan rawat gastritis dan penyakit2 lain.. InsyaAllah...

Wallahuaklam...

HNZL 
✨Memanafaatkan ilmu✨
*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part ThreeπŸ’₯πŸ’₯*

Sebenarnya banyak cara untuk penyelesaian atas permasalahan gastritis ini. Salah satu cara lagi adalah dengan cara pemakanan Sunnah... Jom kita belajar pasal ini juga...

Ingin saya tegaskan semua daripada kita ada masalah gastritis ini cuma mengikut ketahanan badan masing-masing dan juga ikut cara pemakanan serta life stail masing-masing..

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

*PANDUAN UBATI MASALAH GASTRITIS DENGAN MADU TUALANG*

+ Gastritis atau gastrik adalah sakit radang perut.
+ Penyebabnya kerana kesan sampingan ubat sintesis kimiawi (aspirin atau NSAID), alkohol, stress atau kerana bakteria Helicobacter pylori.
+ Gejala: Sakit ulu hati (epigastrum), mual muntah (anoreksia), pendarahan, suhu meningkat, sering sendawa terutama ketika perut kosong.
+ Diagnosis: Endoskopi, histopatologi biopsi, kultur dan serologi

--------------
PERUBATAN KONVENSIONAL
--------------

Ini jenis ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk masalah sakit gastritis...

1. Proton Pump Inhibitor (PPI): Omeprazole
2. Ranitidin
3. Antasid
4. Antiulser
5. Antibiotik (jika penyebabnya jangkitan helicobacter pylori)

--------------
TERAPI ISLAMI MENGGUNAKAN MADU TUALANG
--------------

Selain dari perubatan standard, kita juga boleh ikhtiar dengan pengubatan Thaib Nabawi dan bahan-bahan Natural makanan iaitu,

1. Amalkan makan buah betik (melancarkan pencernaan)
2. Madu (antibiotik alamiah dan sangat baik mengatasi gangguan pencernaan)

Makan makanan dengan jumlah sedikit tapi kerap. Hindari sementara minum kopi, makanan pedas dan masam, santan, makanan yang mengandung gas seperti ubi, buncis, kubis dan lain-lain. 

-----------------
Pesan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, "jika makanan boleh menyembuhkan, jangan beralih ke ubat-ubatan.."

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

GASTRIK CARA PENYELESAIAN - Part Two

*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part TwoπŸ’₯πŸ’₯*

Kita dah tahu penyebab gastrik dan kali ini kita lihat bagaimana rawatan cara mudah untuk merawatnya....

Untuk dikongsikan bersama  pasal Penyelesaian Masalah Penghidap GASTRIK....πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Air alkali dan penghadaman                     
Asid di dalam perut memainkan peranan penting dalam proses mencairkan makanan yang dimakan kepada sejenis campuran pekat. Dari sini, campuran ini akan mengalir melalui usus kecil di mana nutrien dapat diserap ke dalam tubuh badan. Kandungan asid yang tidak mencukupi akan mengakibatkan penghadaman yang tidak sekata.

Oleh itu, persoalan sekarang … apabila air alkali melalui perut, ia akan meningkatkan tahap pH perut dengan kemungkinan mencairkan tahap asid dalam perut. Adakan ini akan merosakkan sistem penghadaman kita???
Cara penyelesaian masaalah di atas adalah senang … Minum air alkali dengan perut kosong dan bukan semasa waktu makan. Apabila perut kosong, air yang diminum akan terus mengalir ke usus, di mana ia akan diserap.

Ketika minum air, perut tidak menghasilkan asid pencernaan kerana air bukan sejenis protein, karbohidrat atau lemak dan sebab ini, ia tidak perlu diuraikan. Minum air dengan perut kosong juga akan menolong mengalirkan sebarang sisa makanan yang tertinggal dari makan yang sebelumnya ke dalam usus. 

Kajian klinikal menunjukkan bahawa air alkali hanya akan meningkatkan pH perut sebanyak 0.5pH – 1pH kira-kira selama setengah jam.

Petua minum Air Alkali:
Minum air alkali 1/2 jam sebelum makan.
Minum air alkali 1 jam selepas makan untuk membenarkan perut selesai mencerna makanan yang dimakan tadi. Cara ini juga dapat membantu mengalirkan baki sisa makanan ke dalam usus.

Usus adalah Beralkali!

Walaupun perut kita memerlukan jus berasid untuk berfungsi dengan baik, usus kita memerlukan persekitaran yang beralkali (pada tahap pH 8.3) untuk menyerap nutrien.
Selepas makanan di bahagian perut telah dicerna, ia akan mengalir ke usus kecil. Makanan yang masih dalam keadaan berasid mungkin akan merosakkan dinding usus.

Oleh itu, air alkali yang melalui perut kosong sebelumnya boleh menolong usus mengekalkan kealkaliannya, agak dapat menyerap nutrien dengan mudah.

Petua kesihatan Air Alkali:
Pakar kesihatan biasanya mensyorkan kita supaya minum air alkali pH 9- pH 9.5 yang sepadan dengan julat pH yang berada di dalam usus kita.

Air Alkali dan Asid Reflux

Sakit asid refluks (juga dikenali sebagai sakit pedih ulu hati) akan berlaku bila makanan dan asid perut mengalir naik esofagus (tiub yang membawa makanan, cecair dan air liur dari mulut ke dalam perut).
Gejala-gejala sakit asid refluks termasuk ketidakselesaan seperti pitam atau susah bernafas.  Jika dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka panjang, asid perut akan membawa kerosakan kepada lapisan dinding esophageal.
Semasa gejala yang akut, kita boleh minum sedikit air biasa untuk mencuci kandungan asid dari bahagian esofagus ke bahagian perut. Minum air secara berlebihan tidak digalakkan kerana ia akan meningkatkan jumlah isi kandungan di bahagian perut dan mengakibatkan lagi refluks.

Bagi sakit asid refluks yang kronik, doktor akan menetapkan antacid, tetapi biasanya ini boleh mendatangkan kesan sampingan. Oleh itu, sesetengah doktor akan menyarankan air alkali bagi mengimbangkan asid perut dan mengekalkan keseimbangan dari segi keasidan dan kealkalian dalam badan.

Petua kesihatan Air Alkali:
Minumlah air alkali sebagai satu cara untuk menangani sakit refluks asid.

Try Air Kangen - Air Alkali.... kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal air kangen malah nak beli air kangen atau nak beli mesin kangen sila contact saya... wasap.my/60194146025/Kangen_Water

Moga bermanafaat kepada anda semua....

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

PEGAGA HERBA KECERDASAN OTAK

*HERBA AJAIB UNTUK KESIHATAN - Part One*

Herba yang diiktiraf oleh WHO untuk kecerdasan otak... kira bahasa mudah bagi kita tu cerdik la senang cakap... 😁😁😁

Saya tak lupa untuk menulis pasal ini dan ada antara kita dah teka dengan betul apabila saya bertanya apa herba yang bagi kita cerdik.. Jom kita lihat herba apa... 😊😊😊

Manfaat hebat herba yang meningkatkan fungsi otak.... *HERBA PEGAGA*.... 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. 

Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Gotu Kola, Pegaga atau Brahmi, adalah salah satu ramuan adaptogenik yang paling kuat di dunia, walaupun dipanggil 'elixir keajaiban hidup' dan 'farmasi dalam satu ramuan' dan untuk alasan yang terbaik bagi semua orang menggunakannya.

Jika anda diberitahu terdapat tumbuhan tropika purba yang berasal dari Malaysia yang dapat meningkatkan fungsi otak (untuk kanak-kanak dan orang dewasa), mempercepatkan penyembuhan luka dan mempunyai antioksidan yang kuat dan juga meningkatkan kualiti kulit keseluruhan - tidakkah anda ingin mencubanya dengan lebih serious lagi....? πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Selama beribu-ribu tahun sebagai ramuan herba panjang yang kuat, Pegaga dikenali sebagai herba kerohanian di India, dan "air mancur belia" di China kerana keupayaannya untuk mempercepat penyembuhan luka, melindungi hati,  dan membantu menyembuhkan segala-galanya.

Gotu Kola yang dikenali sebagai Centella Asiatica, Pennywort India, Brahmi dan Pegaga di Malaysia adalah tumbuhan yang ditanam di negara-negara tropika panas seperti Malaysia, Indonesia, India, Sri Lanka dan juga Pasifik Selatan.  Ia telah digunakan dalam Ayurvedic dan perubatan tradisional Cina untuk merawat dan meringankan pelbagai keadaan termasuk jangkitan selesema, kelesuan dan bakteria, virus dan kulat yang biasa.

Daun tumbuhan digunakan sebagai bahan utama dalam krim, kapsul, sebagai teh atau bahkan dimakan segar.  Ia mengandungi nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B dan phytonutrients (tanin, polifenol, flavonoid).  

Di sini di Malaysia Pegaga dimakan segar dan merupakan ramuan ulam, salad Melayu tradisional yang terdiri daripada herba dan sayur-sayuran mentah seperti Ulam Raja, Selom dan Pegaga.

Profesor Gerard Bodeker, Pengerusi Inisiatif Global berasaskan Oxford berkata Pegaga baik untuk Sistem Kesihatan Tradisional yang melakukan penyelidikan doktoralnya di Universiti Harvard yang memberi tumpuan kepada perubatan Ayurveda dan Cina.  Ini apa yang dia perkatakan:.....

 "Pegaga telah menjadi pokok herba Melayu (ulam) sepanjang sejarah.  Secara semulajadi, ia telah membantu mengekalkan kualiti kulit yang muda dan minda yang jelas.  Apakah tumbuhan yang indah ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dan fibronektin yang membawa kepada keanjalan kulit dan kehamilan yang lebih baik, sementara juga meningkatkan hubungan otak.  Sekarang kita memahami sains di sebalik manfaat yang generasi sebelum kita tahu dari pengalaman.  Ia adalah tonik otak yang baik bahawa setiap pelajar harus mempunyai ini setiap hari dan kebanyakan orang dewasa boleh melindungi otak penuaan dengan memakannya juga."

Jadi Pegaga ini sangat baik untuk otak dan ia menjaga kesihatan otak dengan baik. 

InsyaAllah saya akan menulis lebih lanjut pasal kelebihan mahkota herba di Malaysia ini dan saya juga akan keluarkan Ubat Cerdik ini tak lama lagi... InsyaAllah... Nak Cerdik kan.. saya bagi anda semua cerdik... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Wallahuaklam...

HNZL
Memanafaatkan Ilmu

Sunday 26 January 2020

CANTIK DENGAN TERAPI OKSIGEN

πŸ’¦πŸ’¦CANTIK DENGAN TERAPI OKSIGENπŸ’¦πŸ’¦

Haaa.... tajuk menarikkan....kan..... 😁😁😁 terutama kepada wanita yang mementingkan kecantikan diri tak kurang juga untuk lelaki yang mahu menjaga penampilan. Lelaki ni kurang sikit nak ambil kisah pasal kecantikan namun penjagaan kulit juga sangat penting untuk kesihatan menyeluruh. Jom kita baca beberapa fakta dalam tulisan ini semoga anda akan dapat ilmu pasal kecantikan ke arah kesihatan...

Perkara yang paling kita semua ketahui apabila semakin bertambah usia akan membuatkan kulit wajah memerlukan penjagaan lebih rapi terutama bagi mereka yang sering terdedah dengan cuaca panas, penyaman udara dan udara kurang bersih.

Selain itu kemasukan oksigen dan pengambilan makanan nutrien untuk kulit yang semakin berkurang juga boleh menyebabkan dehidrasi kulit.

Bagi wanita yang mementingkan penampilan diri perkara ini sering menjadi kebimbangan utama mereka. Ini kerana masalah seperti cela hitam, jerawat, kulit kusam dan pigmentasi bukan sekadar menjejaskan penampilan malah menghakis keyakinan diri.

Tanda kulit kekurangan oksigen apabila timbul kedut halus dan kulit tampak kusam yang seharusnya diberi perhatian.

Seiring perkembangan zaman banyak pusat kecantikan menawarkan pelbagai rawatan wajah menggunakan teknologi tinggi tanpa memerlukan suntikan atau prosedur menyakitkan atau membelanjakan ribuan ringgit untuk kelihatan menawan.

Namun ada kaedah mudah dan tidak menggunakan belanja yang banyak adalah salah satu terapi yang baik untuk meremajakan kulit adalah dengan rawatan oksigen. Prosedur bukan perubatan ini tidak memerlukan suntikan atau penggunaan sebarang bahan kimia.

Ramai pakar perubatan dan kecantikan berkata rawatan oksigen amat efektif untuk merawat kulit kusam, tidak bermaya dan kering yang sesuai dilakukan semua peringkat usia.

*Oksigen mampu merangsang pernafasan kulit. Dengan bertambahnya bekalan oksigen pada kulit dan tubuh... metabolisme tubuh akan terangsang untuk menghilangkan kesan toksin dan radikal bebas serta dapat melancarkan regenerasi sel.*

Oksigen juga mampu merangsang tumbuhnya sel kulit baru yang menjadikan kulit akan kelihatan lebih muda dan cerah. Oksigen mampu melancar peredaran darah di bawah kulit. Ia membuatkan kulit wajah menjadi lebih lembap dan mulus, kulit wajah lebih bercahaya, bersih dan tampak muda kembali.

Oksigen yang digunakan biasanya ditambah dengan beberapa suplemen yang baik untuk membantu keberkesanan dengan lebih baik dan cepat menjadikan kulit kekal anjal dan mengurang atau menghilangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Piper Turmeric, UKON, Black C dan MyNutre adalah antara Supplement baik untuk kulit dan kesihatan. 

Di samping ini juga elemen penting lain adalah air yang anda minum yang seharusnya mencukupi serta yang dapat memberikan Antioxsidant tinggi kepada tubuh badan adalah juga penyumbang penting. Gunakan Air Kangen 9.5 untuk minum sebagai Antioxsidant tinggi. Air Kangen 6.0 gunakan untuk spray keseluruh kulit untuk kecantikan. Antioxsidant Air Kangen segelas fresh sebaik diambil dari mesin kangen dapat dibandingkan dengan makan 5kg Brocoli.

Mesin Oksigen hari ini sudah available dengan harga mampu milik anda tidak lagi seperti dahulu yang harga mencecah paling kurang RM 5,000.00 tetapi hari ini hanya RM 2,500.00 sahaja. PM saya untuk bantu anda memiliki mesin kesihatan ini. 😁😁😁

Amalkan yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan diri anda....

Wallahuaklam...

HNZL
✨Memanafaatkan Ilmu✨