Tuesday 31 December 2019

GASTRIK - CARA PENYELESAIAN (Part One)

*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part OneπŸ’₯πŸ’₯*

Ramai dari yang datang bertemu rata-ratanya ada masalah fungsi organ yang mengawal gastrik dah menurun. Ini membawa kepada potensj kepada gejala berlaku gastrik. Apabila kita kesan awalan maka kita dapat lakukan pencegahan sebelum berlaku. Alat yang kami ada ini dapat membantu untuk mengesan masalah pada tahap 1... apabila masih berada tahap ini maka rawatan menjadi mudah dan belum terlewat. 

Fahami anda harus buat pencegahan awalan namun anda harus tahu apa pencegahan yang anda patut lakukan dan apa bentuk pencegahan kepada permasalahan. Bila anda check guna alat Health Screening dan diagnose ini maka anda boleh kesan 2 perkara penting...

1. Tahap organ anda berfungsi ketika ini. 
2. Mana organ yang bermasalah dan harus dirawat.

Apabila ini dapat dikesan maka rawatan akan jadi mudah. Teknik ini mudah dilakukan dan cepat untuk mengetahui permasalahan pada diri anda. 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Fahami apa itu gastrik dahulu...

Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Gastrik sendiri merujuk kepada perut dan istilah yang sebenarnya merujuk kepada sakit adalah sebutan gastristik. Dinding perut dilindungi oleh lapisan mukosa. Lapisan ini membuatkan ia terlindung daripada hakisan asid di dalamnya yang berfungsi menghadam makanan. Apabila lapisan ini terganggu, perut boleh mengalami keradangan. Ini adalah asas kepada permasalahan namun ia ada banyak sebab musabab tapi apa yang anda semua harus fahami awalannya adalah kerana KERADANGAN atau Inflammation... jadi elak ia dari berlaku keradangan.. Bagaimana.. InsyaAllah kita akan bincang-bincangkan nanti.

Beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko gastrik adalah:

1. Jangkitan bakteria
2. Penggunaan ubat tahan sakit secara berkala
3. Umur meningkat
4. Alkohol dan minuman bergas.
5. Stres
6. Autoimun

Jom check diri anda dengan cara ini. Pm kami untuk appointment....

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

Thursday 26 December 2019

TAUGEH - PANJANG USIA

*πŸ”₯ TAUGEH - Panjang Usia πŸ”₯ (Part One)*

Ramai dari kalangan kita tahu apa itu Taugeh sebagai sayuran yang diadun dalam banyak masakan sebagai penambah. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa Taugeh mempunyai nilai kesihatan yang sangat tinggi. Ia mengandungi zat-zat pemakanan secukupnya yang bertindak menjadikan anda lebih muda, memberi tenaga serta dapat menyerikan wajah anda. Jadi siapa yang selalu makan Taugeh pasti kita dapat lihat raut wajahnya lebih berseri-seri dari orang lain.... 😁😁

Pemakanan dan sistem pemakanan kita hari ini sudah tidak menyebelahi kepada kesihatan kebanyakkannya. Jadi hasilnya kita banyak dihinggapi berbagai jenis sakit dan penyakit sebab imun kita dah tidak bagus lagi untuk menangkis segala kesan toksid dan racun. Kalau kita lihat kepada sayur-sayuran dan buah-buahan kita hari ini penuh dengan racun-racun perosak yang disembur untuk mengekalkan buah dari kena serangan penyakit dan juga anasir serangga perosak. Dengan cara ini secara tidak langsung menjadikan sayur-sayuran kita ada racun perosak. 

Jika kita tidak pandai membuang racun-racun ini atau mencuci sebaiknya racun-racun ini maka kita juga makan racun dari sayuran. Nasihat saya rendam semua sayuran dan buah-buahan dengan air kangen... InsyaAllah racun-racun berkenaan akan tertanggal. Air Kangen yang halus dapat meresap masuk dan memecahkan sel-sel racun dan ia akan terelai dari sayuran.

Yang menariknya pasal Taugeh adalah ia tidak mengandungi apa-apa racun kebiasaannya... mudah di tanam dan cepat dituai menyebabkan ia tidak perlu racun atau baja khusus untuknya. Maupun ia tidak ada baja sekali pun ia akan tumbuh. Jadi sangat mudah dan ia sayur yang paling selamat untuk di makan. Tidak ada racun dan bahan kimia kepadanya. 

Yang kedua menariknya.. Taugeh ni sangat murah. Jadi kalau anda nak jaga ekonomi baik maka makan Taugeh sahaja pun dah mencukupi untuk Nutrient asas kepada tubuh badan anda... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
 
Taugeh mengandungi enzim yang sangat penting untuk...
πŸ‘‰ menghadamkan makanan, 
πŸ‘‰ mengerakkan otot, 
πŸ‘‰ menyuburkan tubuh badan, 
πŸ‘‰ melancarkan fungsi-fungsi tubuh badan,
πŸ‘‰ melambatkan proses penuaan.

Terdapat 6 sebab kenapa Taugey ini bagus di makan...

1. Taugeh adalah merupakan makanan lengkap yang kaya dengan zat-zat makanan untuk membantu memerangi tekanan, menghindar penyakit jantung, menguatkan sistem pelalian, menyembuhkan luka serta mempertingkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin dan juga daripada makanan yang berasaskan binatang.  

Ia juga mengandungi Vitamin A,B,C,G dan K. Daging dan hati mengandungi Vitamin K yang bertindak mencegah pembekuan darah tetapi jika anda tidak menggemari kedua-dua ini maka taugeh boleh jadi penganti yang terbaik. Taugeh juga adalah sumber Vitamin C yang termurah dan lebih berkhasiat daripada setengah sayuran dan buah-buahan. 

Ia juga kaya dengan protein. Jika dibandingkan kandungan proteinnya adalah 5 kali ganda yang terdapat pada epal. Ia bebas daripada kolesterol dan lemak tepu yang menjadikan ia kurang risiko serangan jantung dan tekanan darah tinggi. So pesakit jantung start ambil Taugeh naa... 😊😊😊... 

Selain dari itu ia juga dikatakan boleh menghalang dan merawat selsema, penyakit sengal-sengal tulang dan penyakit gusi. Banyak kelebihan makan Taugeh ni yang sekarang kita ketahui namun sesuatu yang pasti di sini ialah Taugeh bagus dimakan dan tidak ada masalah kalau anda makan banyak kerana ia tidak akan memudaratkan kesihatan. πŸ‘πŸ‘

Seperkara yang menarik juga di sini kepada yang nak menguruskan badan elok lah makan Taugeh ini kerana ia adalah antara makanan yang sesuai dimakan dan mengandungi rendah kalori namun kaya dengan lesitin yang bertindak mempercepatkan proses memecahkan lemak.... Ini pasti menarikkan... 😁😁😁... so you Guys yang nak kurus better makan Taugeh dah start hari ni.... 🀘🀘🀘

Taugeh juga kaya dengan serat... bermakna ia baik untuk pencernaan makanan serta baik untuk kesihatan jantung. Ingat serat sangat penting untuk perut dan usus kita serta darah kita. Elok makan serat banyak untuk anda lebih sihat.. Taugeh antara pilihan terbaik...

Agaknya lepas ni di market akan mengalami satu fenomena kekurangan bekalan Taugey...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

2. Taugeh sesuai lebih lagi dari kekacangan kerana khasiatnya. Zat-zat makanan yang terdapat pada Taugeh bernilai lebih tinggi daripada kekacang. Sebelum disemai kekacang ada kekurangan zat-zat penting namun apabila ia bertunas dan tumbuh maka ia menyerap, menambah dan mengeluarkan za-zat makanan yang kekurangan itu.

3. Taugeh mudah dihadam dan sesuai di makan mentah kepada mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Kandungan enzimnya bertindak menukar lemak dan minyak menjadi karbohidrat sewaktu ia memproses tunas yang menyebabkan ia lebih mudah dihadam. Protein bertukar menjadi asid amino melalui tindakbalas hidrolisis semasa tempoh bertunas.

4. Taugeh bebas daripada racun. Biasanya ia tidak menggunakan racun. 

5. Taugeh tidak memerlukan masa lama untuk dimasak. Ia tidak memerlukan pencucian yang teruk dan mudah untuk dipotong. Apapun ia lebih baik dimakan mentah sebab apabila ia dimasak 83% daripada enzimnya hilang. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada Taugeh mentah ada 2 kali ganda lebih tinggi dari yang dimasak. 

6. Taugeh menjimatkan. Kalau anda semai 1 kilogram kacang maka ia akan menghasilkan 6 kilogram taugeh. 

So makan taugeh ye... banyak manafaat serta sangat-sangat sesuai dalam situasi kegawatan ekonomi ini... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Tanam jurus Taugeh dgn Air Kangen pasti lebih khasiatnya... kena cuba nie... 😁😁😁

Wallahuaklam....

HNZL
πŸ’« Memanafaatkan Ilmu πŸ’«


Saturday 21 December 2019

CERITA BAB SIHAT - SIRI 3 (Part Two)

πŸ’‘ *CERITA BAB SIHAT - SIRI 3 (Part Two)….* πŸ’‘

πŸ’₯ SAKIT ARTHRITIS πŸ’₯
Kita dah ketahui pasal apa itu sakit Arthritis namun kita juga harus tahu apa sakit yang associate dengan Arthritis ini agar senang kita mengenal pasti permasalahan ini. Jom lihat jenis-jenis Arthritis.
Jenis Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :
Osteoarthritis (OA)
o Jenis yang paling selalu dihidapi oleh ramai yang berumur mencecah lebih 30 tahun.
o Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan berlebihan atau disebabkan kecederaan.
o Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
o Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
o Menjadi lebih sakit di apabila matahari beralih
Arthritis rheumatoid
o Lebih kerap dihidapi kaum wanita
o Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
o Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi dan kebas di bahagian hujung jari kaki dan tangan.
o Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
o Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki semua akan terlibat.
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
o Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman
o Anda selalunya demam dan menggigil
o Selalunya menyerang satu sendi sahaja
Gout
o Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
o Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
o Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki
Secara umunya adalah badan anda terlalu berasid. Soalan kenapa badan jadi asidik? Buka tulisan saya sebelum ini pasal asid dalam badan melalui link ini…. https://medikcurehealth.blogspot.com/2018/04/faktor-keasidan-badan.html?m=1

Di bawah ini perkara-perkara yang menambahkan risiko arthritis
Peningkatan usia
Badan terlalu gemuk: 
o bagi penyakit osteoarthritis lutut
Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis: 
o terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’
Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
Kecederaan berat contoh bersukan
Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
Pekerjaan: 
o Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh
o Osteoarthritis punggung bagi peladang

Apakah rawatan yang anda boleh ambil serta lakukan sekiranya anda ada tanda-tanda masalah ini…. Saya akan terangkan dalam Part 3 nanti. Namun untuk pengamalan awalan sementara saya berikan cara rawatannya… amalkan Kangen Water.. sangat-sangat membantu. Dan seperkara lagi untuk mengelakkan terjadi sakit disebabkan keradangan maka ambil produk Piper Turmeric atau UKON.

Semoga anda bukan seorang Arthritis… jaga kesihatan… jaga pemakanan… jaga air minum anda…

Wallahuaklam….

HNZL

Friday 20 December 2019

GEJALA STROKE - Part One

*πŸ’₯GEJALA STROKE - SATU KEBIMBANGAN (Part One)πŸ’₯*

Bolehkah saya bertanya kepada anda semua satu soalan yang mudah - adakah anda tahu apa itu stroke?  πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Ramai yang tahu kan... cuma tahukah anda ia perlu dibimbangi oleh kita semua. Ketahuilah dunia anda akan berubah selama-lamanya apabila anda menjadi salah seorang pesakit Stroke.

Stroke adalah penyakit yang memberi kesan kepada arteri yang membawa kepada dan di dalam otak. Ia kini menjadi 5 punca kematian dan penyebab utama kecacatan di seluruh dunia.

Stroke berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak sama ada disekat oleh darah beku atau pecah (atau pecah). Apabila ini berlaku, bahagian otak yang tidak boleh mendapatkan darah (dan oksigen) yang diperlukan, jadi ia dan sel-sel otak mati. 

Dan sekarang ini anda mungkin bertanya kepada diri sendiri - apakah kesan stroke? 

Otak adalah organ yang sangat kompleks yang mengawal pelbagai fungsi badan. Jika angin ahmar berlaku dan aliran darah tidak dapat sampai ke kawasan yang mengawal fungsi badan tertentu maka bahagian badan tersebut tidak akan berfungsi seperti yang sepatutnya.

Ia amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran strok dan mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin untuk mengurangkan risiko kerosakan serius ke otak. Ini boleh membantu mengurangkan risiko kematian atau hilang upaya dan meningkatkan peluang anda untuk pemulihan.  

Pakar-pakar perubatan mengatakan bahawa tanda-tanda dan gejala-gejala mungkin berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain bergantung kepada jenis stroke kepada bahagian otak yang terjejas dan tahap kerosakan. Kebanyakan semua orang akan cenderung terjejas dengan situasi tiba-tiba sahaja. Harus sangat kita tahu penanda awalan kepada Stroke ini...

InsyaAllah kita bincang di Part Two nanti pasal tanda awal sebulan sebelum gejala berlaku...

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

Monday 16 December 2019

BLACK C - KUNYIT HITAM

πŸ”₯πŸ”₯ KUNYIT HITAM πŸ”₯πŸ”₯


Amalkan *Black C* ATAU Kunyit Hitam


Ia bagus utk enhance organ2 dlman utk lebih efektif disebabkan bahan aktifnya hanya ada pd Black Turmeric shj....


*Black C* ada sifat...


1. Antioxidant 

2. Anti inflammatory 

3. Anti Bacterial 

4. Anti fungal 

5. Anti Depression

6. Anti Asthmatic 

7. Anti Pyretic

8. Anti Cancer

9. Anti Rheumatic

10. Anti HIV

11. Anti Microbial

12. Anti Ulcerogenic



Moga anda dpt manafaat baik dgn amalan Super Food Supplement ini..


HNZL

✨ Memanafaatkan Ilmu ✨



KUNYIT HITAM - Black C

*BLACK C - RAMUAN NATURAL EKLUSIF UNTUK PEMULIHAN SEMULAJADI YANG SANGAT EFEKTIF*


Bahan asas kepada pembuatan *BLACK C* adalah kunyit. Bahan asas ini telah digunakan selama lebih 2,500 tahun di India. Manfaat kesihatan ini telah perlahan-lahan diketahui hari ini. Terkenal sejak dahulu lagi dengan ciri-ciri membantu dalam rawatan pelbagai keadaan kesihatan yang berbeza-beza.


Jenis kunyit sebenarnya ada bermacam-macam, tidak hanya kunyit bewarna kuning yang umum kita ketahui tetapi juga ada kunyit yang berbentuk hitam yang memiliki khasiat yang sangat luar biasa.


Kunyit hitam yang memiliki nama ilmiah “Curcuma Caesia” adalah tanaman asli dari daerah india atau timur laut. Kunyit hitam sendiri telah popular digunakan sebagai ubat tradisional herbal yang khususnya di negara asalnya iaitu India. 


Di dalam buku sebuah buku yang diterbitkan bernama “Basmi Kanker dengan Herbal oleh Bambang Sudewo ada menyatakan bahwa di Indonesia kunyit hitam adalah pendatang baru dalam khazanah pengubatan herbal yang sekarang menjadi terkenal. Di negara asalnya India, Pakistan dan Turki, kunyit hitam sudah dinyatakan sebagai bahan herbal yang terancam disebabkan permintaan dan penggunaan herbal kunyit hitam sangat tinggi sehingga menyebabkan eksploitasi secara berlebihan terhadap bahan kunyit hitam.


Berdasarkan berbagai uji yang telah dilakukan, di dalam kunyit hitam ditemukan kandungan karbohidrat, protein, fenol, minyak tetap dan lemak, steroid, terpenoid, alkaloid, glikosida, dan tanin. Dilaporkan kandungan kimia di dalam kunyit hitam mengandung a-pienne, b-pienne, b-ocimene’ (E and Z), camphor, linalool, caryphyllene, borneol, camphene, menthol, dan cis-b-ocimene.


Secara tradisional, kunyit hitam banyak dimanfaat untuk membantu jenis permasalahan….


 Kebaikan *Black C*


1. AWET MUDA

2. WAJAH DAN KULIT CANTIK

3. KULIT GATAL BERMASALAH 

4. TUMUR (KANSER)

5. KANSER PROSTAT

6. KANSER KULIT

7. LEUKEMIA

8.  MULTIPLE MYELOMA

9. MENCEGAH METASTASIS 

10. MENCEGAH CACHEXIA

11. KEMOTERAPI ENHANCER

12. PENCEGAHAN ALZHEIMER

13. KESIHATAN MATA

14. PENGURANGAN BERAT

15. UBAT ASLI PENAHAN SAKIT & ANTI-RADANG

16. KESIHATAN HATI

17. PENYAKIT PARKINSON

18. MASALAH TULANG 

19. SKLEROSIS BERBILANG

20. PSORIASIS 

21. KEMURUNGAN

22. H. PYLORI

23. TIDUR YANG LEBIH BAIK

24. RADANG USUS

25. KUATKAN JANTUNG

26. UBAT SAKIT PERUT

27.    ANTIBAKTERIA


Pm saya untuk dapatkan kunyit hitam ini - ~ *BLACK C*. Hasil dr formulasi yang dibuat berdasarkan kepada fakta dan kajian luar negara dari mereka yang telah banyak menyumbang dalam R & D.....


Walluaklam....


HNZL

✨ Memanafaatkan Ilmu ✨





Tuesday 10 December 2019

PETUA LAMA - 1 Panau

*πŸ”₯πŸ’¦ PETUA LAMA πŸ’¦πŸ”₯*

Petua 1.... Hilangkan Panau

Panau... tahu tak dari mana datangnya panau? Panau adalah disebabkan oleh fungal bernama Malassezia yg terhasil disebabkan kulit terlalu berminyak dan tidak dibersihkan dgn betul. Rendah imunasasi. Byk berpeluh. Kurang zat nutrient. Byk ambil ubat steroid... semua ni possible yg akan berlaku pd seseorg.

*Petua mudah org lama...*

1. Ambil halia tumbut lumat2 kemudian lumur di tempat panau. 
2. Ambil lengkuas tumbuh lumat2 dan perah airnya kemudian sapu airnya ke tempat panau.
3. Daun pinang ditumbuk lumat dan sapukan.

Cuba amalkan dan share keberkesanannya.

*Petua alternatif...* 

Guna air kangen 2.5 spray dan biarkan sehingga kering... makan Piper Turmeric utk kuatkan immunisasi dan elak Anti bakteria...

Moga bermanafaat... share kan informasi ini.... 😊😊😊

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

Join Whatsapp Group klik link ini... https://chat.whatsapp.com/Eb1PkVm5tpk4SXTn8NiOWX