Monday 22 April 2019

PEMAKANAN PESAKIT KANSER (Part Five)

*PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER* (Part Five)



Untuk kali ini kita akan lihat cara permasalahan makanan yang boleh kita atasi semasa rawatan. Seperti yang diperkataan sebelumnya di mana pengamalan Piper Turmeric dan Kangen Water sangat-sangat membantu dalam proses melalui rawatan sebelum dan selepas. Dengan pengamalan baik anda akan dapat efek yang tidak terlalu alah kepada rawatan di samping meningkatkan lagi keberkesanan rawatan tersebut. 

*Cara Atasi Masalah Semasa Rawatan*

Antara masalah yang dihadapi dan saranan untuk mengawal  adalah seperti di bawah ini…

Hilang Selera makan – cara atasinya…
Makan sikit-sikit tetapi kerap.
Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
Ambil minuman/makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
Senaman yang tetap jika anda mampu lakukan untuk tingkatkan selera makan.
Kurangkan pengambilan air pada waktu makan tingkatkan pada waktu siang.
Makan di tempat persekitaran yang sesuai.
Pastikan mulut sentiasa bersih. 
Elakkan merokok kerana ia boleh kurangkan selera makan dan mengubah rasa makanan.

Kesukaran mengunyah dan menelan akibat luka dalam mulut dan tekak – Cara atasinya…
Makan sikit-sikit tetapi kerap.
Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
Ambil minuman/makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
Tingkatkan pengambilan cecair.
Makan dan minum secara perlahan.
Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah, campurkan kuah dalam makanan.
Elakkan makanan yang pedas dan berasid/masam.

Mulut kering – Cara atasinya….
Tingkatkan pengambilan cecair. Lebihkan pengambilan air semasa makan.
Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah seperti bubur nasi atau campurkan kuah dalam makanan.
Ambil makanan yang merangsang pengeluaran air liur seperti lemon atau ‘chewing gum’.
Hisap air batu/ais untuk sejukkan mulut.

Perubahan rasa dan bau makanan – Cara atasinya….
Elakkan makanan yang berbau kuat.
Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
Gunakan perisa seperti garam, rempah, herba, gula atau bawang putih bagi menambahkan rasa makanan.
Jauhkan diri dari dapur semasa makanan dimasak. Minta kawan atau keluarga masak untuk anda.

Loya dan muntah – Cara atasinya….
Makan sikit-sikit tetapi kerap. Elak makan yang menyebabkan loya bertambah teruk.
Makan snek seperti biskut kering atau roti bakar.
Makan makanan masam dan masin.
Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik seperti puding, salad.
Elakkan makan terlalu banyak lemak/minyak.
Makan dan minum secara perlahan.
Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
Elakkan makanan yang terlalu banyak perisa seperti rempah.
Jangan baring 1 jam selepas makan.
Ambil ubat tahan muntah atas saranan doktor.

Sembelit – Cara atasinya….
Tingkatkan pengambilan cecair sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari dengan air kangen dan juga seperti jus buah, sup, minuman bersusu.
Tingkatkan pengambilan serat seperti buah, sayur dan makanan ‘whole meal’.
Lakukan senaman yang tetap jika mampu seperti berjalan.
Ambil ubat atas saranan doktor.

Cirit-birit – Cara atasinya….
Ambil ubat atas saranan doktor.
Tingkatkan pengambilan cecair untuk ganti cecair yang hilang.
Makan sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
Elak alkohol, hadkan kafein dan makanan pedas.
Elakkan makanan bergoreng dan berminyak.
Elakkan pengambilan susu jika anda mengalami tidak toleransi terhadap gula dalam susu (laktosa).
Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat. Pilih buah yang dimasak lembut dan tanpa kulit atau buah dalam tin.

Pedih Ulu Hati (Heartburn) – Cara atasinya….
Makan sikit-sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
Minum air 30 minitselepas makan.
Duduk sebentar selepas makan (30 minit), jangan baring.
Makan perlahan.
Elakkan pakaian terlalu ketat.
Elakkan makanan seperti coklat, kopi, teh, minuman ringan, alkohol, makanan tinggi lemak, buah sitrus dan tomato.

*Pemakanan Selepas Rawatan*

Selepas rawatan, kesan sampingan yang dialami akan beransur hilang. Selera makan mungkin akan meningkat. Anda masih perlu menjaga pengambilan makanan agar sentiasa cergas dan sihat. Antara amalan pemakanan yang disarankan adalah:
Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan anda.
Makan 5 atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
Pilih makanan yang boleh kekalkan berat badan sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.

Jangan tinggalkan Terapi Piper Turmeric dan Air Kangen. Jadikan ia amalan baik untuk anda sehingga anda rasa pulih sepenuhnya. Penyembuhan akan mengambil masa dan kesabaran tinggi harus ada untuk lalui situasi ini.

Moga anda tabah dan bersemangat. Ingat kekuatan kedua ada pada diri anda iaitu semangat. Dikatakan 65% adalah hasil dari semangat anda untuk sembuh dan ini adalah pemulihan yang paling besar impaknya.

Kita akan berbicara lagi atas tajuk diet pesakit kanser selepas ini nanti… sehingga next posting..

Wallahuaklam…

HNZL





p/s – PIPER TURMERIC kimoterapi enhancer.. pm to order wasap.my/60194146025/Order_Piper_Turmeric

Sunday 21 April 2019

PEMAKANAN PESAKIT KANSER (Part Four)

*PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER* (Part Four)




Kita dah ketahui mengenai apa makanan yang kena elakkan berterusan apabila kita mengidap sakit kanser atau apa-apa jenis penyakit yang seumpamanya. Elak adalah yang terbaik. Jom kita lihat pula apa masalah pemakanan semasa rawatan kanser.

*Masalah Pemakanan Semasa Rawatan*

Ingat satu perkara penting bahawa rawatan kanser diperlukan untuk membunuh sel-sel kanser namun ia juga akan merosakkan sel-sel lain yang sihat. Pelbagai kesan sampingan akan anda  alami jadi persiapan untuk ini amat perlu sekali. Kesan sampingan akan berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada bahagian mana badan yang akan dirawat serta berapa lamanya masa rawatan dan juga dos rawatan. Kalau yang Stage 4 maka sudah pasti ubatannya lebih keras dan tinggi dosnya. Kebanyakan kesan sampingan adalah bersifat sementara dan berakhir beberapa waktu selepas rawatan selesai.

Kesan sampingan rawatan kanser akan mengganggu corak pengambilan makanan dan akan menyebabkan anda mengalami masalah pemakanan. Saya rasa perkara ini yang sangat ditakuti oleh setiap pesakit. Namun apa anda harus lakukan adalah balik kepada apa yang anda perlu buat sebelum lakukan rawatan di mana anda perlu kuatkan imun sistem anda agar anda tidak akan ada banyak alahan. 

Apa yang penting adalah corak pemakanan anda sebelum dan semasa rawatan iaitu diet pemakanan. Perkara ini saya boleh kongsi dari beberapa pengalaman dari beberapa pesakit yang menjalani rawatan kimo dan pembedahan. 
Pengambilan right diet dan pemakanan sampingan dapat banyak membantu. Contoh seperti Curcumin yang merupakan salah satu super food supplement yang sangat baik diambil untuk mengelakkan Keradangan. Ia juga dapat menambah efektif kepada rawatan yang diambil disamping dapat mengelakkan dari terjadi alahan semasa rawatan.Kita kongsi sedikit dari testimoni pasal Curcumin ini.





Dieneke Ferguson adalah seorang blood cancer myeloma pada tahun 2007. Beliau telah lalui 3 kali kimoterapi dan 4 kali transplant cell. Namun selepas itu beliau telah stop rawatan dan beralih kepada hanya pengamalan Curcumin selama 5 tahun dan beliau didapati sel kanser nya telah menurun dan langsung hilang. Lapuran ini dikeluarkan pada 24hb Julai 2017 dan dikomen oleh seorang Profesor Jamie Cavenagh yang pakar dalam Blood Diseases dari London Barts Hospital. Katanya…
“Kami melihat dari carta penyembuhan dan berpendapat tidak ada satu penjelasan secara alternative atas penyembuhan beliau kecuali kami dapati hanya respond dari Curcumin.”

Komen dari Julie Ryan seorang cancer specialist dari University of Rochester Medical Center in New York menyatakan….
“Terdapat good pembuktian dalam aktiviti biological pasal Curcumin yang dapat menembusi sel-sel tisu lebih baik dari ubatan biasa lain.”

Angus Dalgeish seorang Professor cancer di St George’s Hospital in South London yang buat kajian terhadap efek kepada pesakit kanser menyatakan…
“Curcumin adalah agen anti keradangan yang kuat dan disebabkan ini ia dapat membantu 99% daripada semua jenis kanser.”

Karen Brown, seorang profesor penyelidikan kanser translasi di University of Leicester, baru-baru ini mendapat pembiayaan untuk percubaan kecil. 'Terdapat hanya 28 orang dalam kajian ini. Kajiannya menyatakan ia boleh berfungsi untuk kebanyakkan orang.
'Banyak pesakit saya mengambil Curcumin pada peringkat rawatan yang berbeza-beza. Dieneke adalah tindak balas terbaik yang telah saya perhatikan dan ia jelas kerana kami telah menghentikan semua rawatan lain. Saya tidak melihat apa-apa maklum balas yang meyakinkan sebelumnya.” 





Air Kangen juga adalah salah satu tetapi air yang juga sangat bagus untuk anda amalkan sebelum dan selepas rawatan kerana ia beri AntiOxsidant tinggi kepada sistem badan. Di sini saya paparkan website pasal kanser dengan Kangen Water sebagai rujukan yang dikeluarkan untuk protocol dalam rawatan sakit kanser….  https://www.cancertutor.com/bob_wright/





Akhir kata perlu kuatkan sistem tubuh badan untuk anda lebih mudah menghadapi semasa rawatan. Posting seterusnya akan lebih interesting di mana kita akan bincang pasal alahan semasa rawatan dan bagaimana nak atasinya. Till then… share dan amalkan info bermanafaat.

Wallahuaklam…

HNZL

p/s - Piper Turmeric ada bahan aktif Curcumin.... pm to order wasap.my/60194146025/Order_Piper_Turmeric

Friday 19 April 2019

PEMAKANAN PENYAKIT KANSER (Part Three)

*PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER* (Part Three)

Saya ulang sikit pasal penjagaan sebelum rawatan atau sebelum kena kalau yang belum kena. Kuatkan imun sistem kita supaya dengan cara ini anda akan dapat melawan penyakit sendiri. Namun kepada yang nak jalani rawatan maka kuatkan diri anda dengan pemakanan kalori tinggi dan protein. Part three ni kita nak bincang tentang makanan yang baik selepas rawatan pertama dan seterusnya. 




*Makanan yang patut dielakkan*

Panduan makanan pemakanan ini adalah berpandukan kepada beberapa sumber dan hanya boleh dijadikan sebagai panduan asas sahaja. Mungkin setengah pesakit boleh namun ada yang tidak jadi mengelakkan adalah yang terbaik.

1. Taugeh – kerana ia mengandungi zat yang mendorong pertumbuhan kanser.
2. Laici, Nenas, Buah Dalam Tin – ia boleh meransang pertumbuhan kanser kerana adanya bahan pengawet.
3. Nangka – mempunyai gas dan mengurangkan fungsi ubat.
4. Alkohol – ia merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.
5. Tapai dan minuman ringan – ia mengandungi alkohol ( tapai ) dan zat lain yang merangsang pertumbuhan kanser.
6. Perasa makanan ( MSG ) Dan Gula - ia merupakan makanan bagi sel kanser dan akan mempercepatkan pembiakan sel kanser. Elakkan pemanis tiruan sebaliknya gunakan pemanis asli seperti pemanis stevia atau madu asli.
7. Ikan yang diawet, belacan, ayam broiller, makanan berlemak dan berminyak – ia mengurangkan kelancaran peredaran darah serta mengandungi kandungan karbon yang tinggi.
8. Kangkung dan sawi putih – ia mengurangkan kesan ubat.
9. Ais – ia mengurangkan kelancaran peredaran darah dan mengurangkan kesan ubat.
10. Cili – ia merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun. Namun pada sesetengah orang ia bagus kerana ia meningkatkan metabolism dan intake oksigen tinggi.
11. Daging Merah – ia akan menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Orang yang makan banyak daging merah ( daging lembu dan daging kambing), dan daging yang dibakar dan daging diproses seperti sosej, daging dan burger adalah berisiko menghidap kanser usus, menurut laporan dalam Jurnal Perubatan British. 
Namun pada sesetengah orang pula tidak. Cuma pesanan dari saya apa pun anda harus masak daging sehingga ia betul2 empuk dan buang air daging yang berwarna kemerahan apabila anda masak. Mengikut sebahagian kajian penyebabnya adalah  amina heterocyclic yang terbentuk di permukaan daging apabila ia panggang, goreng atau dibakar.  Walaupun kajian haiwan menunjukkan bahawa pengambilan tinggi amina heterocyclic boleh menggalakkan kanser, namun ia tidak ada bukti langsung pada manusia. Cuma jika sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid seterusnya memberikan ruang untuk sel kanser subur. Makan biar berpada2 ini panduannya.
12. Soya - Elak makanan berasaskan soya kerana ianya mengandungi Estroge yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan makan makanan berasaskan soya hanya untuk pesakit kanser rahim,ovari dan prostat.

Perincian mengenai pemakanan sila rujuk kepada pakar pemakanan. Ini adalah sebagai panduan asas. Sehingga posting seterusnya kita akan bincang pasal masalah pemakanan semasa rawatan..

Wallahuaklam….

HNZL




p/s - amalkan Piper Turmeric kalau anda ada kanser atau anda nak elakkan sakit penyakit yang tidak terduga... Piper Turmeric dapat membantu. Ketahui kenapa Piper Turmeric sangat efektif untuk semua jenis permasalahan....

Wednesday 17 April 2019

PEMAKANAN PESAKIT KANSER (Part Two)

*PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER* (Part Two)



Apa yg paling penting dlm pengamalan baik dr segi pemakanan… jom kita lihat.. sekali lagi ia bukan sekadar hanya kpd pesakit kanser atau sakit apa2 shj namun juga baik utk mereka yg belum lg di timpa sakit2 sebegini… 

*Pentingnya Amalan Pemakanan Yg Baik*

πŸ‘‰πŸ» Membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yg rosak terutamanya slps pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
πŸ‘‰πŸ» Dpt membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dgn lebih baik dan kesembuhan dgn lebih pantas.
πŸ‘‰πŸ» Dpt meningkatkan sistem imun atau ketahanan badan bg membolehkan anda melawan apa2 jangkitan yg berkemungkinan akan berlaku.
πŸ‘‰πŸ» Dpt membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yg ideal.

*Pemakanan Sebelum Rawatan*

Makan apa shj dlm bentuk pelbagai jenis makanan yg akan menolong anda mendpt segala bentuk nutrien atau zat yg diperlukan. Badan anda akan menukar makanan kpd bentuk tenaga yg diperlukan. Ingat seperkara bahawa anda sgt2 memerlukan tenaga utk anda melawan penyakit dan juga apabila anda melalui rawatan nanti walaupun anda tidak aktif spt biasa. Oleh itu pengambilan makanan bertenaga dari sumber karbohidrat dan lemak perlu cukup.

Makanan berprotein juga  amat penting utk memperbaiki tisu yg rosak dan utk mengekalkan sistem imun badan bg melawan jangkitan kuman atau infeksi masa sblm rawatan atau slps rawatan. Pengambilan buah2an dan sayur2an blh menyumbang vitamin, mineral dan serat yg diperlukan oleh badan.

Oleh itu anda disarankan utk mengambil pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan org M’sia lah katakan macam di gambar nie…..


Lakukan sebaiknya pesanan ini utk anda supaya anda akan ada kekuatan utk mengharungi perawatan anda nanti…. Moga anda akan kuat dan mampu melawan penyakit dgn lebih baik.. kita sambung lg nanti…

Walluaklam…

HNZL





p/s - Amalkan Piper Turmeric sblm masuk rawatan kerana unsur2 yg ada dlm Piper Turmeric akan bantu beri kekuatan pd imun sistem anda dan juga akan beri byk kesan2 utk membantu anda buat preparation sblm masuk rawatan... ia ada perkara2 di bawah ini yg akan bantu kpd tubuh badan anda....

1. Antioxidant 
2. Anti inflammatory 
3. Anti Bacterial 
4. Anti fungal 
5. Anti Depression
6. Anti Asthmatic 
7. Anti Pyretic
8. Anti Cancer
9. Anti Rheumatic
10. Anti HIV
11. Anti Microbial
12. Anti Ulcerogenic

Super food ini byk membantu dan byk testimoni rakan2 kita terhadapnya...






PEMAKANAN SAKIT KANSER (Part One)

*Pemakanan untuk Pesakit Kanser* Part One

Semua org perlukan makanan yg seimbang bagi memenuhi segala keperluan badan. Hat yg ni semua kena faham.... Tambahan lg dgn sesiapa yg ada sakit kanser. Tiada makanan yg dpt menyembuhkan kanser secara spesifik... hanya pengamalan jenis makanan yg perlu dimakan atau dielak jika anda menghidapi kanser utk membantu merawat sakit kanser.

Pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat oleh setiap pesakit kanser malah juga kpd kita maupun kita belum ada permasalahan. Ini adalah kerana kanser dan jenis rawatan yg diambil akan meningkatkan keperluan badan dan menyebabkan anda perlu meningkatkan pengambilan makanan utk beri anda kekuatan utk lawan kanser. 

Corak pengambilan makanan anda akan terganggu bila anda mengidap kanser namun di sini apa yg ada harus lakukan adalah mencuba sebaik mungkin amal cara pemakanan betul dan baik. Dari ini....  amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan adalah penting dan boleh membuat anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga serta mudah utk menangkis alahan rawatan sblm dan slps.

Ni baru mukadimah.. nanti saya sambung lg.. 😁😁😁

Wallahuaklam 

HNZL 





p/s - Piper Turmeric adalah pemakanan kesihatan utk pemulihan dan enhancer kpd rawatan kanser.. Maupun anda tidak ada kanser boleh amalkan utk kesihatan jitu dan prevention sblm anda kena sakit2 terutama nya kanser... *AMALKAN*

Tuesday 16 April 2019

PROBIOTIC

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

PROBIOTIC....

Anda tahu tak bahawa bakteria atau microb sebenarnya boleh membuat anda sihat? Apa pun ia bergantung kepada jenis bakteria apa yang baik untuk kesihatan. Dalam kes ini, kita akan bercakap tentang manfaat probiotik. Jom kita terjah apa dia PROBIOTIK....

Manafaat probiotik adalah salah satu penyelesaian semula jadi yang paling banyak dikaji untuk kesihatan usus. Selama bertahun-tahun, saintis dan pakar perubatan telah mengamati banyak manfaat probiotik untuk bukan hanya usus, tetapi untuk seluruh badan.

Saya akan sentuh semua yang anda perlu tahu tentang probiotik, termasuk makanan probiotik yang terbaik, suplemen probiotik yang terbaik dan cara menggunakannya. Antara pemakanan baik adalah yang saya akan ajar anda semua buat Susu Kultur atau Yogurt.

Apakah itu Probiotik?

Probiotik adalah bakteria yang merangkumi saluran pencernaan yang mana saluran pencernaan ini adalah asas untuk menyokong keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien dan melawan jangkitan. Tubuh badan anda mengandungi jumlah molekul bakteria yang sama seperti sel-sel untuk seluruh tubuh anda... maknanya bakteria ni sememangnya sangat banyak.. jadi jangan hairan bahawa usus anda memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan anda. Kena jaga usus supaya ia boleh bertindak sebaik mungkin untuk serap semua apa sahaja yang anda makan. 

Satu Pusat Kebangsaan Kesihatan Komplementari dan Integratif (NCCIH) yang bertindak sebagai badan alternatif memanggil probiotik sebagai "mikroorganisma hidup (dalam kebanyakan kes disebut  bakteria) yang sama dengan mikroorganisma yang bermanfaat yang terdapat di usus manusia." 

NCCIH membuat satu kenyataan di mana kita sering berperanggapan bahawa bakteria sebagai berbahaya " kuman, virus dan benda jahat namun bakteria probiotik sebenarnya adalah benda baik yang membantu fungsi badan dengan betul dan ia harus ada agar kita sihat. Berbeza dari jenis kuman atau virus.

Anda tahu tak kulit anda dan sistem pencernaan sahaja dah menampung kira-kira 2,000 jenis bakteria ini. Jadi manfaat probiotik telah terbukti berkesan dalam menyokong fungsi imunisasi, mengurangkan keradangan, menggalakkan pencernaan yang sihat serta mengekalkan kulit yang cantik, terutama apabila digabungkan dengan prebiotik. 

Jadi kepada wanita nak kulit cantik jom ambil probiotik dan prebiotik.. Nanti saya akan terangkan apa pula prebiotik. 

Ok... ni mukadimah Probiotik....

HNZL

Sunday 7 April 2019

KAJIAN KUNYIT HITAM - BLACK CURCUMA PIPERINE

🌷🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌹

KAJIAN BAHAN AKTIF BLACK CURCUMA PIPERINE – KUNYIT HITAM

Saya tengah mengkaji pasal bahan-bahan ingredient dalam Kunyit Hitam ini dan mencari infomasi berkenaan kelebihan amalan Kunyit Hitam. Apa yang dapat saya simpulkan dari sebahagian penemuan seperti tulisan di bawah ini pada ketika ini ….



Penyelidikan mengenai Kunyit hitam ini adalah minyak rhizomes yang tidak sekata dalam kategori bahan aktif group Curcuma. Mengenal-pastikan bahawa ada lebih 30 komponen, yang mewakili 97% minyak, dengan kapur baring (28%), ar-turmeron (12%), (Z) -ocimene (8%), ar-curcumene (7%), 1,8-cineole (5%), elemene (5%), borneol (4%), bornyl acetate (3%) dan curcumene (3%). Kajian lain menunjukkan diphenylalkanoid, derivatif fenilpropena, terpenoid, flavonoid, steroid, dan alkaloid juga sebagai unsur utama.



Saya ambil dahulu satu bahan dalam Kunyit Hitam ini yang dinamakan 7-methoxyflavone dalam kategori Flavonoid yang seperti dalam research Mardi pasal Kunyit Hitam ini ada mengandungi bahan kimia tersebut. Ia  terdapat dalam beberapa tumbuh-tumbuhan tertentu dan banyak ada dalam Kunyit Hitam. Ia juga boleh dihasilkan di makmal melalui kombinasi dan kompilasi formula menggunakan bahan kimia padu. Sesetengah atlet dan pembina badan sangat berminat dengan 7-methoxyflavone untuk meningkatkan tahap testosteron, membina otot, dan meningkatkan prestasi atletik.

Bagaimanakah 7-methoxyflavone berfungsi? 7-methoxyflavone mungkin mengubah cara badan memecahkan bahan kimia dipanggil hormon. Sesetengah orang berpendapat ini mungkin menyebabkan badan mempunyai lebih banyak hormon yang dipanggil testosteron. Testosteron dapat membantu membina otot, tetapi juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius jika terlebih penggunaan.

Penggunaan & Keberkesanan ini pada tahap ke hari ini masih belum ada bukti yang mencukupi untuk menyokong efek seperti
- Prestasi sukan. (Metabolisma)
- Meningkatkan testosteron. (tenaga batin)

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai 7-methoxyflavone untuk penggunaan ini namun pengamalan dan juga testimoni penggunaan ada menyatakan akan keberkesanannya.


Jumlah dose juga belum ada kajian terperinci namun kita boleh buat andaian di mana kajian Curcumin yang dari Kunyit Kuning sebagai tahap pengukur banyak mana pengambilannya. Namun dose yang sesuai kepada 7-methoxyflavone bergantung kepada beberapa faktor seperti umur pengguna, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Pada masa ini tidak ada maklumat saintifik yang cukup untuk menentukan julat dose yang sesuai untuk 7-methoxyflavone.

Perlu diingat juga bahawa produk semulajadi tidak semestinya selamat dan dose memainkan peranan sangat penting. Pastikan anda mengikuti arahan yang berkaitan pada label produk dan berunding dengan ahli farmasi atau doktor anda atau profesional penjagaan kesihatan yang lain sebelum menggunakannya.



Apa yang boleh saya tambah di sini adalah di mana Kunyit Hitam yang saya buat formulasi iaitu Black Curcuma Piperine adalah datang dari Piper Turmeric (Kunyit Kuning) dan ini ada banyak kajian pasal produk ini. Jadi bila adunan yang hampir sama maka efek juga akan dapat hampir sama.

Walluaklam….

HNZL



TIPS - Makan Black Curcuma Piperine dengan air kangen akan beri efek yang lebih cepat dan pada waktu perut kosong.