Thursday 8 November 2018

KESESUAIAN WAKTU MAKAN UBAT

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

KESESUAIAN SESUATU UBAT DIAMBIL SEBELUM ATAU SELEPAS MAKAN

Banyak pertanyaan mengenai cara bagaimana kita hendak makan ubat dengan berkesan serta mana ubat yang sesuai di makan sebelum makan dan yang mana selepas makan. Cara pemakanan ubat ini lebih menjuruskan kepada ubatan yang berunsur bahan kimia. Namun ia juga merujuk kepada ubatan tradisional atau produk herba.

Kalau produk herba ia juga terbahagi kepada 2 yang jenis Food dan yg jenis Supplement. Yang jenis food ni ia macam kita biasa dok selalu makan dan ia tidak ada masalah untuk ambil pada bila-bila masa cuma ada kesesuaian di mana untuk ia lebih efektif maka dimakan sebaik bangun tidur contohnya seperti pengamalan Piper Turmeric. Di mana kita mahukan penyerapan terus dengan tidak bercampur dengan benda-benda lain supaya ia akan jadi lebih aktif diserap oleh tubuh badan. Jadi tujuannya supaya ia tidak diganggu oleh unsur-unsur lain. Maka ia perlu diambil Sole atau individu jangan bercampur benda lain. 

Kenapa Piper Turmeric diperlukan ambil individu ia sahaja? Sebab paling utama bahan di dalam Piper Turmeric sangat-sangat sensitif dengan unsur-unsur lain. Ini juga merujuk kepada herba yang bertindak merawat atau memperbaiki tubuh badan secara agresif dan Piper Turmeric adalah salah satu darinya yang bertindak secara agresif. Sebab itu pada permulaan ambil akan ada Healing Crisis seperti pening-pening lalat, seram sejuk nak demam, kembung perut namun ia bersifat sementara dan apabila ia dah serasi maka tubuh badan akan berinteraksi baik kepada herba sebegini. 

Setengah komponen di dalam sesuatu tumbuhan atau komposisi natural ia ada bahan aktif tertentu dan bahan aktif ini ada yang berinteraksi dengan unsur-unsur lain. Jadi contoh kata pembuatan produk herba bila dicampur segala macam maka ia ada reaksi antara lain. Sama juga kalau kita dok makan bermacam-macam ketika makan ubat herba maka ia akan jadi lain. So hati-hati bila ambil produk yang berbagaian.. Nanti ingatkan saya untuk buka cerita pasal adunan produk yang bagaimana boleh diadun dan sesuai.

Bahan Piper Turmeric sangat sensitif pada unsur lain sebab itu ia harus dijarakkan dengan yang lain. Ia bukan bermaksud menjadi bahaya tetapi unsur yang kita kehendaki mudah tidak dapat diserap oleh tubuh badan maka kalau bercampur benda maka ia tidak efektif. 

Jadi kalau anda ambil Piper Turmeric maka jarakkan dan ambil pada perut kosong.

Balik kepada pengaruh ubat kimia. Sebenarnya makanan pemakanan dan air minuman juga akan mempengaruhi kesan ubat terhadap badan dan sesetengahnya mempunyai kesan yang tidak dijangka melalui beberapa mekanisme. Sebagai contoh mekanisme perembesan asid perut terhadap makanan dan minuman tersebut di mana penyerapan sesetengah ubat dipercepatkan oleh rembesan hempedu pada kadar pengosongan perut atau sebaliknya.

Dari itu sangat penting untuk kita memahami kaedah masa pengambilan ubat yang betul bagi menjamin kita mendapat kesan yang optimum dalam rawatan dan mengelak diri kita dari mendapat kesan lain yang tidak diingini.

Sesetengah ubat memerlukan masa pengambilan yang spesifik bagi memastikan ia benar-benar berkesanan. Jom kita lihat seterusnya.

Secara umumnya kita boleh bahagikan kepada 3 cara pengambilan ubatan ini...

Ubat yang perlu diambil sebelum makan

- Ubat yang diarahkan untuk diambil sebelum makan bermaksud ubat tersebut perlu dimakan semasa perut kosong.Ini kerana makanan boleh mempengaruhi penyerapan sesetengah ubat atau mengganggu komposisi efek ubat tersebut sendiri. Ia sebaiknya perlu diambil 1 jam sebelum makan ATAU 2 jam selepas makan.
        Contoh ubat : Ampicillin dan Azithromycin (Antibiotik), Perindopril dan Captopril (Ubat Antihipertensi).
- Ubat yang ada kaitan dengan penghadaman perlu diambil sebelum makan agar kesan terapeutik ubat dapat dicapai sebaik sahaja makanan memasuki perut. Ia perlu diambil 30 minit sebelum makan.
        Contoh: Metoclopramide (Ubat Tahan Muntah).
- Manakala bagi sesetengah ubat antidiabetik (ubat untuk rawatan diabetes) pula ia perlu diambil 30 minit sebelum makan. Ini bagi memastikan insulin dirembeskan semasa pesakit makan. Ini penting bagi memastikan kesan terapeutik ubat dapat dicapai sebaik sahaja makanan memasuki perut. Selain itu ia juga untuk menjamin keberkesanan rawatan serta mengelakkan risiko penurunan paras gula dalam darah (hipoglisemia).
        Contoh: insulin, glibenclamide dan gliclazide
   
Ubat yang perlu diambil selepas makan

- Ubat yang diarahkan diambil selepas makan bermaksud ubat tersebut tidak boleh dimakan semasa perut kosong.Ubat ini boleh menyebabkan gangguan atau iritasi pada perut jika diambil semasa perut kosong.
        Contoh: Mefenamic Acid (Ponstan), Acetylsalicylic Acid (Aspirin).
- Terdapat juga ubat yang diserap dengan lebih baik dengan kehadiran makanan. Oleh itu, ubat ini juga disarankan diambil selepas makan.
        Contoh: Ritonavir dan Saquinavir (Ubat Rawatan HIV), Multivitamin.
- Manakala bagi ubat cuci atau ubat yang disapu pada mulut bagi merawat jangkitan mulut perlu diberi selepas makan bagi memastikan ubat itu kekal bagi satu tempoh tertentu dan tidak dihilangkan oleh makanan.
        Contoh: Cecair nystatin, miconazole gel.
    
Ubat yang boleh diambil sebelum atau selepas makan

        Kebanyakkan ubat boleh diambil sebelum atau selepas makan. Oleh itu, kita tidak perlu risau tentang pengambilannya sebelum atau selepas makan. Ini adalah kerana makanan tidak mempengaruhi penyerapannya dan tiada kesan iritasi pada perut. Biasanya ubat jenis herba tidak mempunyai masalah cuma kita sendiri yang mahukan ia lebih berkesan bila diambil berasingan dari makanan.
        Contoh: Paracetamol (Ubat demam), Chlorpheniramine (Ubat selesema / gatal)

Air yang hendak diambil bersama ubat juga amat penting dan sebaiknya kalau ubat kimia maka gunakan air kosong yang pH Neutral. Elakkan mengambil ubat bersama-sama susu atau air manis seperti kopi, teh dan lain-lain minuman untuk mengelakkan kesan interaksi ubat dengan makanan. Namun kalau ubat sepenuhnya Natural atau ubat 100% herba maka digalakkan minum bersama Air Alkali dan sudah semestinya Air Kangen. Kenapa Air Kangen sebab ia ada 3 tindakan iaitu 
- Tahap Alkali yang sangat baik berinteraksi dengan produk-produk Natural atau Herba.
- Antioxidant Tinggi akan membantu lebih baik dan cepat proses pemulihan.
- Sel Air Kecil yang akan memudahkan penyerapan komposisi produk ke sel-sel tubuh badan.

So gunakan sebaiknya informasi ini dan anda dah tahu apa yg perlu dilakukan dengan berbagai-bagi jenis-jenis ubat untuk optimumkan keberkesanannya.

Walluaklam…

HNZL