Monday 3 August 2020

TAUGEH - PANJANG USIA PART THREE

*πŸ’₯ TAUGEH - Panjang Usia πŸ’₯ (Part Three)*

Sebab Taugeh sesuai diamalkan pada tiap-tiap hari... ada 6 sebab dan kita dah bincang yg pertama di part two yang lalu....

2. Taugeh sesuai lebih lagi dari kekacangan kerana khasiatnya. Zat-zat makanan yang terdapat pada Taugeh bernilai lebih tinggi daripada kekacang. Sebelum disemai kekacang ada kekurangan zat-zat penting namun apabila ia bertunas dan tumbuh maka ia menyerap, menambah dan mengeluarkan za-zat makanan yang kekurangan itu.

3. Taugeh mudah dihadam dan sesuai di makan mentah kepada mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Kandungan enzimnya bertindak menukar lemak dan minyak menjadi karbohidrat sewaktu ia memproses tunas yang menyebabkan ia lebih mudah dihadam. Protein bertukar menjadi asid amino melalui tindakbalas hidrolisis semasa tempoh bertunas.

4. Taugeh bebas daripada racun. Biasanya ia tidak menggunakan racun. 

5. Taugeh tidak memerlukan masa lama untuk dimasak. Ia tidak memerlukan pencucian yang teruk dan mudah untuk dipotong. Apapun ia lebih baik dimakan mentah sebab apabila ia dimasak 83% daripada enzimnya hilang. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada Taugeh mentah ada 2 kali ganda lebih tinggi dari yang dimasak. 

6. Taugeh menjimatkan. Kalau anda semai 1 kilogram kacang maka ia akan menghasilkan 6 kilogram taugeh. 

So makan taugeh ye... banyak manafaat serta sangat-sangat sesuai dalam situasi kegawatan ekonomi ini... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Tanam jurus Taugeh dgn Air Kangen pasti lebih khasiatnya... kena cuba nie... 😁😁😁

Wallahuaklam....

HNZL
πŸ’« Memanafaatkan Ilmu πŸ’«

Join Group Whatsapp dgn klik link ini... https://chat.whatsapp.com/GA40UDIYO9E0Ussss1Qy02

Saturday 1 August 2020

Taugeh - Panjang Usia - Part Two

*πŸ’₯TAUGEH - Panjang UsiaπŸ’₯ (Part Two)*

Taugeh antara sayuran yang super tidak diketahui... part one kita dah bincang apa yang Taugeh boleh lakukan kepada kesihatan anda dan di sini kita akan huraikan dengan lebih mendalam lagi... Jom baca nie...

Terdapat 6 sebab kenapa Taugey ini bagus di makan...

1. Taugeh adalah merupakan makanan lengkap yang kaya dengan zat-zat makanan untuk membantu memerangi tekanan, menghindar penyakit jantung, menguatkan sistem pelalian, menyembuhkan luka serta mempertingkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin dan juga daripada makanan yang berasaskan binatang.  

Ia juga mengandungi Vitamin A,B,C,G dan K. Daging dan hati mengandungi Vitamin K yang bertindak mencegah pembekuan darah tetapi jika anda tidak menggemari kedua-dua ini maka taugeh boleh jadi penganti yang terbaik. Taugeh juga adalah sumber Vitamin C yang termurah dan lebih berkhasiat daripada setengah sayuran dan buah-buahan. 

Ia juga kaya dengan protein. Jika dibandingkan kandungan proteinnya adalah 5 kali ganda yang terdapat pada epal. Ia bebas daripada kolesterol dan lemak tepu yang menjadikan ia kurang risiko serangan jantung dan tekanan darah tinggi. So pesakit jantung start ambil Taugeh naa... 😊😊😊... 

Selain dari itu ia juga dikatakan boleh menghalang dan merawat selsema, penyakit sengal-sengal tulang dan penyakit gusi. Banyak kelebihan makan Taugeh ni yang sekarang kita ketahui namun sesuatu yang pasti di sini ialah Taugeh bagus dimakan dan tidak ada masalah kalau anda makan banyak kerana ia tidak akan memudaratkan kesihatan. πŸ‘πŸ‘

Seperkara yang menarik juga di sini kepada yang nak menguruskan badan elok lah makan Taugeh ini kerana ia adalah antara makanan yang sesuai dimakan dan mengandungi rendah kalori namun kaya dengan lesitin yang bertindak mempercepatkan proses memecahkan lemak.... Ini pasti menarikkan... 😁😁😁... so you Guys yang nak kurus better makan Taugeh dah start hari ni.... 🀘🀘🀘

Taugeh juga kaya dengan serat... bermakna ia baik untuk pencernaan makanan serta baik untuk kesihatan jantung. Ingat serat sangat penting untuk perut dan usus kita serta darah kita. Elok makan serat banyak untuk anda lebih sihat.. Taugeh antara pilihan terbaik...

Agaknya lepas ni di market akan mengalami satu fenomena kekurangan bekalan Taugey...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Sebarkan maklumat ini dan suruh family dan rakan-rakan anda makan Taugeh. Forward info ini kalau anda ambil peduli...

Semoga bermanafaat dan kita mengamalkan pemakanan sihat serta berkhasiat. Ada 5 lagi sebab kena makan Taugeh.. kita tunggu next posting.

Wallahuaklam...

HNZL
🐝Memanafaatkan Ilmu🐝

Join Group Whatsapp Info Kesihatan dengan klik link ini... https://chat.whatsapp.com/GA40UDIYO9E0Ussss1Qy02