Tuesday 31 December 2019

GASTRIK - CARA PENYELESAIAN (Part One)

*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part OneπŸ’₯πŸ’₯*

Ramai dari yang datang bertemu rata-ratanya ada masalah fungsi organ yang mengawal gastrik dah menurun. Ini membawa kepada potensj kepada gejala berlaku gastrik. Apabila kita kesan awalan maka kita dapat lakukan pencegahan sebelum berlaku. Alat yang kami ada ini dapat membantu untuk mengesan masalah pada tahap 1... apabila masih berada tahap ini maka rawatan menjadi mudah dan belum terlewat. 

Fahami anda harus buat pencegahan awalan namun anda harus tahu apa pencegahan yang anda patut lakukan dan apa bentuk pencegahan kepada permasalahan. Bila anda check guna alat Health Screening dan diagnose ini maka anda boleh kesan 2 perkara penting...

1. Tahap organ anda berfungsi ketika ini. 
2. Mana organ yang bermasalah dan harus dirawat.

Apabila ini dapat dikesan maka rawatan akan jadi mudah. Teknik ini mudah dilakukan dan cepat untuk mengetahui permasalahan pada diri anda. 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Fahami apa itu gastrik dahulu...

Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Gastrik sendiri merujuk kepada perut dan istilah yang sebenarnya merujuk kepada sakit adalah sebutan gastristik. Dinding perut dilindungi oleh lapisan mukosa. Lapisan ini membuatkan ia terlindung daripada hakisan asid di dalamnya yang berfungsi menghadam makanan. Apabila lapisan ini terganggu, perut boleh mengalami keradangan. Ini adalah asas kepada permasalahan namun ia ada banyak sebab musabab tapi apa yang anda semua harus fahami awalannya adalah kerana KERADANGAN atau Inflammation... jadi elak ia dari berlaku keradangan.. Bagaimana.. InsyaAllah kita akan bincang-bincangkan nanti.

Beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko gastrik adalah:

1. Jangkitan bakteria
2. Penggunaan ubat tahan sakit secara berkala
3. Umur meningkat
4. Alkohol dan minuman bergas.
5. Stres
6. Autoimun

Jom check diri anda dengan cara ini. Pm kami untuk appointment....

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

Thursday 26 December 2019

TAUGEH - PANJANG USIA

*πŸ”₯ TAUGEH - Panjang Usia πŸ”₯ (Part One)*

Ramai dari kalangan kita tahu apa itu Taugeh sebagai sayuran yang diadun dalam banyak masakan sebagai penambah. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa Taugeh mempunyai nilai kesihatan yang sangat tinggi. Ia mengandungi zat-zat pemakanan secukupnya yang bertindak menjadikan anda lebih muda, memberi tenaga serta dapat menyerikan wajah anda. Jadi siapa yang selalu makan Taugeh pasti kita dapat lihat raut wajahnya lebih berseri-seri dari orang lain.... 😁😁

Pemakanan dan sistem pemakanan kita hari ini sudah tidak menyebelahi kepada kesihatan kebanyakkannya. Jadi hasilnya kita banyak dihinggapi berbagai jenis sakit dan penyakit sebab imun kita dah tidak bagus lagi untuk menangkis segala kesan toksid dan racun. Kalau kita lihat kepada sayur-sayuran dan buah-buahan kita hari ini penuh dengan racun-racun perosak yang disembur untuk mengekalkan buah dari kena serangan penyakit dan juga anasir serangga perosak. Dengan cara ini secara tidak langsung menjadikan sayur-sayuran kita ada racun perosak. 

Jika kita tidak pandai membuang racun-racun ini atau mencuci sebaiknya racun-racun ini maka kita juga makan racun dari sayuran. Nasihat saya rendam semua sayuran dan buah-buahan dengan air kangen... InsyaAllah racun-racun berkenaan akan tertanggal. Air Kangen yang halus dapat meresap masuk dan memecahkan sel-sel racun dan ia akan terelai dari sayuran.

Yang menariknya pasal Taugeh adalah ia tidak mengandungi apa-apa racun kebiasaannya... mudah di tanam dan cepat dituai menyebabkan ia tidak perlu racun atau baja khusus untuknya. Maupun ia tidak ada baja sekali pun ia akan tumbuh. Jadi sangat mudah dan ia sayur yang paling selamat untuk di makan. Tidak ada racun dan bahan kimia kepadanya. 

Yang kedua menariknya.. Taugeh ni sangat murah. Jadi kalau anda nak jaga ekonomi baik maka makan Taugeh sahaja pun dah mencukupi untuk Nutrient asas kepada tubuh badan anda... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
 
Taugeh mengandungi enzim yang sangat penting untuk...
πŸ‘‰ menghadamkan makanan, 
πŸ‘‰ mengerakkan otot, 
πŸ‘‰ menyuburkan tubuh badan, 
πŸ‘‰ melancarkan fungsi-fungsi tubuh badan,
πŸ‘‰ melambatkan proses penuaan.

Terdapat 6 sebab kenapa Taugey ini bagus di makan...

1. Taugeh adalah merupakan makanan lengkap yang kaya dengan zat-zat makanan untuk membantu memerangi tekanan, menghindar penyakit jantung, menguatkan sistem pelalian, menyembuhkan luka serta mempertingkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin dan juga daripada makanan yang berasaskan binatang.  

Ia juga mengandungi Vitamin A,B,C,G dan K. Daging dan hati mengandungi Vitamin K yang bertindak mencegah pembekuan darah tetapi jika anda tidak menggemari kedua-dua ini maka taugeh boleh jadi penganti yang terbaik. Taugeh juga adalah sumber Vitamin C yang termurah dan lebih berkhasiat daripada setengah sayuran dan buah-buahan. 

Ia juga kaya dengan protein. Jika dibandingkan kandungan proteinnya adalah 5 kali ganda yang terdapat pada epal. Ia bebas daripada kolesterol dan lemak tepu yang menjadikan ia kurang risiko serangan jantung dan tekanan darah tinggi. So pesakit jantung start ambil Taugeh naa... 😊😊😊... 

Selain dari itu ia juga dikatakan boleh menghalang dan merawat selsema, penyakit sengal-sengal tulang dan penyakit gusi. Banyak kelebihan makan Taugeh ni yang sekarang kita ketahui namun sesuatu yang pasti di sini ialah Taugeh bagus dimakan dan tidak ada masalah kalau anda makan banyak kerana ia tidak akan memudaratkan kesihatan. πŸ‘πŸ‘

Seperkara yang menarik juga di sini kepada yang nak menguruskan badan elok lah makan Taugeh ini kerana ia adalah antara makanan yang sesuai dimakan dan mengandungi rendah kalori namun kaya dengan lesitin yang bertindak mempercepatkan proses memecahkan lemak.... Ini pasti menarikkan... 😁😁😁... so you Guys yang nak kurus better makan Taugeh dah start hari ni.... 🀘🀘🀘

Taugeh juga kaya dengan serat... bermakna ia baik untuk pencernaan makanan serta baik untuk kesihatan jantung. Ingat serat sangat penting untuk perut dan usus kita serta darah kita. Elok makan serat banyak untuk anda lebih sihat.. Taugeh antara pilihan terbaik...

Agaknya lepas ni di market akan mengalami satu fenomena kekurangan bekalan Taugey...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

2. Taugeh sesuai lebih lagi dari kekacangan kerana khasiatnya. Zat-zat makanan yang terdapat pada Taugeh bernilai lebih tinggi daripada kekacang. Sebelum disemai kekacang ada kekurangan zat-zat penting namun apabila ia bertunas dan tumbuh maka ia menyerap, menambah dan mengeluarkan za-zat makanan yang kekurangan itu.

3. Taugeh mudah dihadam dan sesuai di makan mentah kepada mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Kandungan enzimnya bertindak menukar lemak dan minyak menjadi karbohidrat sewaktu ia memproses tunas yang menyebabkan ia lebih mudah dihadam. Protein bertukar menjadi asid amino melalui tindakbalas hidrolisis semasa tempoh bertunas.

4. Taugeh bebas daripada racun. Biasanya ia tidak menggunakan racun. 

5. Taugeh tidak memerlukan masa lama untuk dimasak. Ia tidak memerlukan pencucian yang teruk dan mudah untuk dipotong. Apapun ia lebih baik dimakan mentah sebab apabila ia dimasak 83% daripada enzimnya hilang. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada Taugeh mentah ada 2 kali ganda lebih tinggi dari yang dimasak. 

6. Taugeh menjimatkan. Kalau anda semai 1 kilogram kacang maka ia akan menghasilkan 6 kilogram taugeh. 

So makan taugeh ye... banyak manafaat serta sangat-sangat sesuai dalam situasi kegawatan ekonomi ini... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Tanam jurus Taugeh dgn Air Kangen pasti lebih khasiatnya... kena cuba nie... 😁😁😁

Wallahuaklam....

HNZL
πŸ’« Memanafaatkan Ilmu πŸ’«


Saturday 21 December 2019

CERITA BAB SIHAT - SIRI 3 (Part Two)

πŸ’‘ *CERITA BAB SIHAT - SIRI 3 (Part Two)….* πŸ’‘

πŸ’₯ SAKIT ARTHRITIS πŸ’₯
Kita dah ketahui pasal apa itu sakit Arthritis namun kita juga harus tahu apa sakit yang associate dengan Arthritis ini agar senang kita mengenal pasti permasalahan ini. Jom lihat jenis-jenis Arthritis.
Jenis Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :
Osteoarthritis (OA)
o Jenis yang paling selalu dihidapi oleh ramai yang berumur mencecah lebih 30 tahun.
o Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan berlebihan atau disebabkan kecederaan.
o Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
o Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
o Menjadi lebih sakit di apabila matahari beralih
Arthritis rheumatoid
o Lebih kerap dihidapi kaum wanita
o Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
o Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi dan kebas di bahagian hujung jari kaki dan tangan.
o Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
o Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki semua akan terlibat.
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
o Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman
o Anda selalunya demam dan menggigil
o Selalunya menyerang satu sendi sahaja
Gout
o Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
o Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
o Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki
Secara umunya adalah badan anda terlalu berasid. Soalan kenapa badan jadi asidik? Buka tulisan saya sebelum ini pasal asid dalam badan melalui link ini…. https://medikcurehealth.blogspot.com/2018/04/faktor-keasidan-badan.html?m=1

Di bawah ini perkara-perkara yang menambahkan risiko arthritis
Peningkatan usia
Badan terlalu gemuk: 
o bagi penyakit osteoarthritis lutut
Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis: 
o terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’
Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
Kecederaan berat contoh bersukan
Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
Pekerjaan: 
o Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh
o Osteoarthritis punggung bagi peladang

Apakah rawatan yang anda boleh ambil serta lakukan sekiranya anda ada tanda-tanda masalah ini…. Saya akan terangkan dalam Part 3 nanti. Namun untuk pengamalan awalan sementara saya berikan cara rawatannya… amalkan Kangen Water.. sangat-sangat membantu. Dan seperkara lagi untuk mengelakkan terjadi sakit disebabkan keradangan maka ambil produk Piper Turmeric atau UKON.

Semoga anda bukan seorang Arthritis… jaga kesihatan… jaga pemakanan… jaga air minum anda…

Wallahuaklam….

HNZL

Friday 20 December 2019

GEJALA STROKE - Part One

*πŸ’₯GEJALA STROKE - SATU KEBIMBANGAN (Part One)πŸ’₯*

Bolehkah saya bertanya kepada anda semua satu soalan yang mudah - adakah anda tahu apa itu stroke?  πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Ramai yang tahu kan... cuma tahukah anda ia perlu dibimbangi oleh kita semua. Ketahuilah dunia anda akan berubah selama-lamanya apabila anda menjadi salah seorang pesakit Stroke.

Stroke adalah penyakit yang memberi kesan kepada arteri yang membawa kepada dan di dalam otak. Ia kini menjadi 5 punca kematian dan penyebab utama kecacatan di seluruh dunia.

Stroke berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak sama ada disekat oleh darah beku atau pecah (atau pecah). Apabila ini berlaku, bahagian otak yang tidak boleh mendapatkan darah (dan oksigen) yang diperlukan, jadi ia dan sel-sel otak mati. 

Dan sekarang ini anda mungkin bertanya kepada diri sendiri - apakah kesan stroke? 

Otak adalah organ yang sangat kompleks yang mengawal pelbagai fungsi badan. Jika angin ahmar berlaku dan aliran darah tidak dapat sampai ke kawasan yang mengawal fungsi badan tertentu maka bahagian badan tersebut tidak akan berfungsi seperti yang sepatutnya.

Ia amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran strok dan mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin untuk mengurangkan risiko kerosakan serius ke otak. Ini boleh membantu mengurangkan risiko kematian atau hilang upaya dan meningkatkan peluang anda untuk pemulihan.  

Pakar-pakar perubatan mengatakan bahawa tanda-tanda dan gejala-gejala mungkin berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain bergantung kepada jenis stroke kepada bahagian otak yang terjejas dan tahap kerosakan. Kebanyakan semua orang akan cenderung terjejas dengan situasi tiba-tiba sahaja. Harus sangat kita tahu penanda awalan kepada Stroke ini...

InsyaAllah kita bincang di Part Two nanti pasal tanda awal sebulan sebelum gejala berlaku...

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

Monday 16 December 2019

BLACK C - KUNYIT HITAM

πŸ”₯πŸ”₯ KUNYIT HITAM πŸ”₯πŸ”₯


Amalkan *Black C* ATAU Kunyit Hitam


Ia bagus utk enhance organ2 dlman utk lebih efektif disebabkan bahan aktifnya hanya ada pd Black Turmeric shj....


*Black C* ada sifat...


1. Antioxidant 

2. Anti inflammatory 

3. Anti Bacterial 

4. Anti fungal 

5. Anti Depression

6. Anti Asthmatic 

7. Anti Pyretic

8. Anti Cancer

9. Anti Rheumatic

10. Anti HIV

11. Anti Microbial

12. Anti Ulcerogenic



Moga anda dpt manafaat baik dgn amalan Super Food Supplement ini..


HNZL

✨ Memanafaatkan Ilmu ✨



KUNYIT HITAM - Black C

*BLACK C - RAMUAN NATURAL EKLUSIF UNTUK PEMULIHAN SEMULAJADI YANG SANGAT EFEKTIF*


Bahan asas kepada pembuatan *BLACK C* adalah kunyit. Bahan asas ini telah digunakan selama lebih 2,500 tahun di India. Manfaat kesihatan ini telah perlahan-lahan diketahui hari ini. Terkenal sejak dahulu lagi dengan ciri-ciri membantu dalam rawatan pelbagai keadaan kesihatan yang berbeza-beza.


Jenis kunyit sebenarnya ada bermacam-macam, tidak hanya kunyit bewarna kuning yang umum kita ketahui tetapi juga ada kunyit yang berbentuk hitam yang memiliki khasiat yang sangat luar biasa.


Kunyit hitam yang memiliki nama ilmiah “Curcuma Caesia” adalah tanaman asli dari daerah india atau timur laut. Kunyit hitam sendiri telah popular digunakan sebagai ubat tradisional herbal yang khususnya di negara asalnya iaitu India. 


Di dalam buku sebuah buku yang diterbitkan bernama “Basmi Kanker dengan Herbal oleh Bambang Sudewo ada menyatakan bahwa di Indonesia kunyit hitam adalah pendatang baru dalam khazanah pengubatan herbal yang sekarang menjadi terkenal. Di negara asalnya India, Pakistan dan Turki, kunyit hitam sudah dinyatakan sebagai bahan herbal yang terancam disebabkan permintaan dan penggunaan herbal kunyit hitam sangat tinggi sehingga menyebabkan eksploitasi secara berlebihan terhadap bahan kunyit hitam.


Berdasarkan berbagai uji yang telah dilakukan, di dalam kunyit hitam ditemukan kandungan karbohidrat, protein, fenol, minyak tetap dan lemak, steroid, terpenoid, alkaloid, glikosida, dan tanin. Dilaporkan kandungan kimia di dalam kunyit hitam mengandung a-pienne, b-pienne, b-ocimene’ (E and Z), camphor, linalool, caryphyllene, borneol, camphene, menthol, dan cis-b-ocimene.


Secara tradisional, kunyit hitam banyak dimanfaat untuk membantu jenis permasalahan….


 Kebaikan *Black C*


1. AWET MUDA

2. WAJAH DAN KULIT CANTIK

3. KULIT GATAL BERMASALAH 

4. TUMUR (KANSER)

5. KANSER PROSTAT

6. KANSER KULIT

7. LEUKEMIA

8.  MULTIPLE MYELOMA

9. MENCEGAH METASTASIS 

10. MENCEGAH CACHEXIA

11. KEMOTERAPI ENHANCER

12. PENCEGAHAN ALZHEIMER

13. KESIHATAN MATA

14. PENGURANGAN BERAT

15. UBAT ASLI PENAHAN SAKIT & ANTI-RADANG

16. KESIHATAN HATI

17. PENYAKIT PARKINSON

18. MASALAH TULANG 

19. SKLEROSIS BERBILANG

20. PSORIASIS 

21. KEMURUNGAN

22. H. PYLORI

23. TIDUR YANG LEBIH BAIK

24. RADANG USUS

25. KUATKAN JANTUNG

26. UBAT SAKIT PERUT

27.    ANTIBAKTERIA


Pm saya untuk dapatkan kunyit hitam ini - ~ *BLACK C*. Hasil dr formulasi yang dibuat berdasarkan kepada fakta dan kajian luar negara dari mereka yang telah banyak menyumbang dalam R & D.....


Walluaklam....


HNZL

✨ Memanafaatkan Ilmu ✨





Tuesday 10 December 2019

PETUA LAMA - 1 Panau

*πŸ”₯πŸ’¦ PETUA LAMA πŸ’¦πŸ”₯*

Petua 1.... Hilangkan Panau

Panau... tahu tak dari mana datangnya panau? Panau adalah disebabkan oleh fungal bernama Malassezia yg terhasil disebabkan kulit terlalu berminyak dan tidak dibersihkan dgn betul. Rendah imunasasi. Byk berpeluh. Kurang zat nutrient. Byk ambil ubat steroid... semua ni possible yg akan berlaku pd seseorg.

*Petua mudah org lama...*

1. Ambil halia tumbut lumat2 kemudian lumur di tempat panau. 
2. Ambil lengkuas tumbuh lumat2 dan perah airnya kemudian sapu airnya ke tempat panau.
3. Daun pinang ditumbuk lumat dan sapukan.

Cuba amalkan dan share keberkesanannya.

*Petua alternatif...* 

Guna air kangen 2.5 spray dan biarkan sehingga kering... makan Piper Turmeric utk kuatkan immunisasi dan elak Anti bakteria...

Moga bermanafaat... share kan informasi ini.... 😊😊😊

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

Join Whatsapp Group klik link ini... https://chat.whatsapp.com/Eb1PkVm5tpk4SXTn8NiOWX

Thursday 21 November 2019

UPDATE PASAL CURCUMIN 21 Nov 2019

Update pasal Curcumin 21 Nov 2019..

We recently added 37 studies to the Human Effect Matrix for curcumin. For this update, we focused on common health concerns such as depression, inflammation, osteoarthritis, blood lipids, blood pressure, and metabolic health.


It comes as no surprise that curcumin, with its potent anti-inflammatory effects, may improve depression and osteoarthritic pain. The benefits seem real, though they may be exaggerated (due to a potential for bias in many of the studies).


Regarding lipids and metabolic health, it appears that curcumin may cause a small reduction in blood sugar and LDL-C when they’re particularly elevated, though the effect on HbA1c (a biomarker of glucose metabolism) doesn’t seem very notable.


Unfortunately, there’s still very little research on cognitive outcomes in neurodegenerative diseases (though it should be noted that our page isn’t yet comprehensive in that respect). But stay tuned; curcumin is one of the most exciting supplements around, and the research, which has exploded in recent years, is becoming more and more interesting


Alih bahasa...

Kami baru-baru ini menambah 37 kajian ke Matriks Kesan Manusia untuk kurkumin.  Untuk kemas kini ini, kami memberi tumpuan kepada masalah kesihatan yang sama seperti kemurungan, keradangan, osteoartritis, lipid darah, tekanan darah, dan kesihatan metabolik.

 Tidak hairanlah bahawa curcumin, dengan kesan anti-radang yang kuat, boleh meningkatkan kemurungan dan sakit osteoarthritic.  Manfaatnya kelihatan nyata, walaupun mereka mungkin dibesar-besarkan (kerana potensi kecenderungan dalam banyak kajian).

 Mengenai lipid dan kesihatan metabolik, ternyata bahawa curcumin boleh menyebabkan pengurangan gula dalam darah dan LDL-C ketika mereka ditinggikan, walaupun kesannya terhadap HbA1c (biomarker metabolisme glukosa) tidak kelihatan sangat ketara.

 Malangnya, masih terdapat kajian yang sangat sedikit mengenai hasil kognitif dalam penyakit neurodegenerative (walaupun perlu diperhatikan bahawa halaman kita masih belum lengkap).  Tetapi tunggu saja;  curcumin adalah salah satu makanan tambahan yang paling menarik di sekelilingnya, dan penyelidikan, yang telah meletup pada tahun-tahun kebelakangan, menjadi semakin menarik.

DARAH PEKAT - SIMPTOM (Part Two)

*πŸ’«πŸ’«SIMPTOM DARAH PEKAT - KEFAHAMAN & PENYELESAIANNYA (Part Two) πŸ’«πŸ’«*

Kita dah ketahui apa itu darah pekat dan kita juga tahu gejala darah pekat kepada kesihatan kita. Hari ini kita nak tahu puncanya pula. Apakah punca-punca utama darah pekat ini? Di sini terdapat beberapa punca utama yang terjadinya darah pekat ini. Saya sebutkan punca utama ya... bermaksud ia juga boleh berlaku dalam berbagai situasi lagi yang menjadikan darah memekat. Namun apa yang paling utama adalah bagaimana kita hendak mengelakkannya. Kita akan bincang perkara ini insyaAllah....

Punca darah pekat.... Terdapat beberapa punca darah pekat yang telah dikenal-pasti dari segi perubatan. Di antara punca yang paling kerap berlaku adalah seperti berikut:

πŸ‘‰ *Warisan keluarga.* Masalah darah pekat boleh diwarisi daripada genetik. So check sejarah keluarga anda.... Jika ada keturunan anda yang mengalami masalah darah beku anda juga berisiko untuk mendapat masalah yang sama memandangkan ia ada dalam DNA anda. Namun jangan salahkan keturunan kerana perkara ini masih boleh dielakkan. Apa yang penting anda harus tahu bagaimana serta caranya untuk mengelakkan ia berlaku.

πŸ‘‰ Permasalahan berat adalah di mana berlaku *Overactivity of clotting factors* atau faktor pembekuan secara hiperaktif juga adalah punca utama masalah darah pekat. Dalam situasi ini darah anda terlalu aktif membeku lalu menyebabkan darah anda menjadi pekat dan aliran darah akan menjadi tersumbat.

πŸ‘‰ *Statik tanpa gerakan*... Tidak menggerakkan anggota badan tertentu dalam masa yang lama adalah punca darah pekat. Sebagai contoh... anda duduk lama tanpa bergerak seperti duduk dalam kapal terbang maka ini juga posibiliti akan berlaku darah memekat. Contoh lain seperti apabila seseorang mengalami kecederaan dan terlantar di atas katil dalam jangkamasa lama maka ia juga akan meningkatkan risiko masalah darah pekat kerana aliran darah menjadi perlahan. Itulah sebabnya teknik cara mengerakkan tubuh badan diajarkan atau latihan fisioterapi diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah.

πŸ‘‰ *Kurang minum air.* Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, badan anda akan kekeringan dan secara automatik darah anda akan menjadi pekat. Perkara ini banyak berlaku kepada semua kita. Jadi jangan jadikan diri anda kekurangan air. Minum secukupnya dan minum sedikit-sedikit tapi kerap.

Darah memekat akan menyukarkan pergerakan darah tersebut dan ini akan menyebabkan banyak faktor lain yang terlibat bersamanya seperti jantung terpaksa bekerja lebih lagi untuk pump darah. Situasi ini kekadang akan menyebabkan kita bila sampai pada waktu lewat petang akan berasa letih satu macam. 

Faktor lain di mana bila darah pekat ia bergumpalan dan oksigen tidak berapa baik di bawa dalam darah untuk organ-organ lain dalam tubuh badan. Di sini berlaku kekurangan oksigen yang menyebabkan cepat penuaan. Situasi ini ramai saya jumpa apabila seseorang tersebut buat Health Test Screening serta Health Diagnose dengan alat yang saya kendalikan tersebut. Apabila kita lihat darah bermasalah maka kita akan jumpa oksigen tidak bagus terutamanya pada bahagian dada serta jantung. Elektisiti injap sangat berkurang fungsinya.

Sebelum kita pergi kepada solusinya jom kita lihat dulu simptom bagaimana kita nak kesan darah pekat ini berlaku pada diri kita.

*Apakah tanda atau simptom darah pekat...???* 

Nak ketahui samada darah anda pekat atau tidak... ada tanda-tanda mudah namun pada keketikanya anda sendiri tidak dapat mengetahuinya. Ada petanda yang darah anda pekat namun ia sementara sahaja dan ada petanda yang serious yang akan saya senaraikan sebagai panduan. 

Mengetahui tanda darah pekat adalah sangat penting supaya anda dapat mengesan penyakit ini dengan lebih awal. Peluang anda untuk sembuh adalah lebih tinggi sekiranya penyakit anda dikesan pada peringkat awal dan mendapat rawatan dengan kadar segera. Di antara tanda atau simptom darah pekat.....

*Sakit badan.* Pesakit akan selalu berasa badan sakit-sakit. Perkara ini terjadi kerana darah menjadi pekat di seluruh badan lalu menyebabkan peredaran oksigen kepada semua organ penting menjadi perlahan dan tidak normal.
*Sakit kepala atau migrain* adalah satu lagi simptom masalah darah beku yang biasa berlaku. Terjadi kerana otak kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
*Sakit mata* juga adalah salah satu gejala masalah darah pekat ini kerana darah pekat menyebabkan aliran darah dalam badan menjadi lambat menyebabkan nutrien dan oksigen yang diperlukan mengambil masa yang lama untuk sampai kepada mata. Ini akan menyebabkan mata berasa sakit dan mula rosak akibat tekanan tinggi yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrien dan oksigen.
*Kemerahan pada anggota badan*. Sebagai contoh, pesakit yang mengalami patah kaki dan jarang menggerakkan kaki yang patah ia mula menunjukkan kemerahan maka itu adalah tanda darah pekat mula berlaku di situ. 
*Bengkak dan sakit* pada tempat yang mengalami darah beku. Bagi kes kaki patah jika kaki itu mula menjadi bengkak dan sakit maka itu adalah petanda bahawa terdapat masalah dalam saluran urat dan darah pekat mula terbentuk di situ. sekiranya tidak dirawat dengan segera, saluran urat yang terlibat akan mengalami kerosakan pada bahagian injap dan ini akan mendatangkan masalah yang jauh lebih teruk.

Saya ada sebutkan darah pekat sementara di mana ia berlaku anda tidak sedar disebabkan oleh beberapa faktor daripada aktiviti anda, pemakanan anda dan juga faktor persekitaran anda namun yang paling jelas adalah di mana perasaan anda seperti anda dalam situasi stress... elakkan berada dalam situasi ini dalam jangkamasa lama. Ambil langkah awalan mengelakkannya.. Kita sambung ke Part Three nanti dengan kita bincang solusi-solusi untuk mengelakkan darah menjadi pekat insyaAllah.

Wallahuaklam.....

HNZL
🐝Memanafaatkan Ilmu🐝

DARAH PEKAT - SIMPTOM (Part One)

*πŸ’«πŸ’«SIMPTOM DARAH PEKAT - KEFAHAMAN & PENYELESAIANNYA (Part One) πŸ’«πŸ’«*

Ramai dikalangan kita hari ini yang menghadapi masalah-masalah kesihatan yang kronik disebabkan pemakanan, penjagaan diri dan juga kerana situasi sekitaran yang tidak sihat. Umur 30an sudah menunjukkan gejala tidak sihat ini. Apa tindakan anda terhadap situasi ini dewasa ini. ☺☺☺

Salah satu punca-punca kita tidak menjaga kesihatan diri adalah terjadinya darah memekat. Darah pekat hari ini merupakan satu masalah biasa dikalangan masyarakat kita sekarang ini yang berlarutan membawa penyakit-penyakit kronik. Punca masalah ini kita harus kenal pasti agar sebolehnya kita dapat membendung gejala ini dari merawat. Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan anda berpotensi untuk mendapat masalah kesihatan yang jauh lebih serius seperti darah beku, deep vein thrombosis, dan banyak lagi penyebab masalah. 
Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan serta penjagaan yang baik maka ia akan memberikan kesan negatif dan masalah kesihatan yang lebih buruk malah boleh membawa *MAUT*. Dari ini marilah kita sama-sama mencegah dari berlakunya gejala darah pekat.

Menjelaskan fenomina darah pekat ini adalah di mana ia satu keadaan kadar pembekuan darah dalam salur darah seorang individu adalah pada kadar yang tidak normal. Kadar pembekuan yang tidak normal menyebabkan platlet darah saling bergumpal dan melekat di antara satu sama lain lalu menyebabkan aliran darah dalam badan menjadi lebih perlahan dan kurang lancar berbanding yang sepatutnya.

Next kita akan bincang simptom darah pekat, penyebabnya dan cara rawatan secara modern dan juga secara Natural.
Wallahuaklam....

HNZL
🐝Memanfaatkan Ilmu🐝

Wednesday 20 November 2019

Hipertensi - Cara Kawal Part Two

HYPERTENSION - CARA KAWAL SECARA NATURAL (Part Two)
πŸ’ŠπŸ’‰πŸ’‰πŸ”¬πŸ”¬πŸ”¬πŸ’‰πŸ’‰πŸ’Š

Sambungan pasal Hipertensi cara nak mengawalnya secara Natural. Kita sudah perkatakan langkah pertama kawal hipertensi dengan 4 perkara. Yg pertama Pemakanan dan yg kedua Exercise... sekarang kita pergi kpd yg ke-3.... 

3. Ambil *Supplement* yg ada unsur2 ini :-
a) Coenzyme Q10
b) Magnesium
c) Fish Oil
d) Garlic
e) Hawthorn

Mineral ini semua akan byk membantu jadi mula ambil sebaik mungkin dan amalkan senantiasa.

4. *Mental Health* - anda harus kawal emosi dan perasaan anda.. perkara ini penyumbang utama dlm pengawalan darah anda.. kalau ini terjaga maka yg lain2 akan jadi mudah.

Cara mudah mengawal Hipertensi yg kedua adalah dgn mengamalkan 3 produk ini...

1. Air Kangen - ketahui bagaimana air kangen dpt membantu meningkatkan flow darah anda dgn membekalkan Anti Oksidan tinggi yg tidak terdpt di mana2 pemakanan. Ukuran yg yg dilakukan oleh pakar2 saintis menyatakan anda perlu makan 3kg Brokoli utk menyamai 1 gelas Air Kangen. Selain dr itu air kangen juga mengandungi Hydrogen tinggi yg promote Oksigen di dalam tubuh badan. Ujian darah dijalankan mendpti hanya 12 minit shj darah seseorg yg diberi minum telah merubah struktur darah kpd yg lebih baik serta sihat. (Sila rujuk kembali kpd test yg dilakukan berkenaan ujian darah di link ini.... https://youtu.be/QBGfmmwXpdY)

Jadi amalkan senantiasa air kangen dan seperkara penting lg apabila anda ambil bahan2 Natural bersama Air Kangen.. efek yg ketara adalah keberkesanan bahan2 Natural tersebut menyerap ke sel2 tubuh badan anda kerana Air Kangen adalah lebih mudah menyerap dan ia menjadi transport Nutrient utk sampai ke sel2 disebabkan ketumpatannya yg mudah meresap ke sel.

2. Piper Turmeric - produk ini antara produk super grade yg mana ia dpt mengawal tubuh badan anda dari menjadi Keradangan. Apabila ini berlaku maka darah anda akan lebih bagus dan lancar kerana ia ada pencair darah semulajadi utk mengelak darah jadi pejal yg membahayakan apabila seseorg itu ada hipertensi yg membawa kpd darah jadi tersumbat. Selain itu ia juga ada Anti Oksidan tinggi. Apabila selalu mengamalkan maka darah lebih terkawal serta tidak akan berlaku kenaikan mendadak yg membahayakan. Sebaiknya ia adalah lebih mengawal dr kerosakan yg lebih teruk disebabkan hipertensi yg keterlaluan.

3. MyNutre - amalkan juga Produk MyNutre kerana ia membantu darah menjadi lebih lancar dan berkualiti. Disamping ia membantu memberikan tenaga dari hasil meningkatkan metabolisma tubuh badan. Selain dr itu ia juga membantu utk membakar lemak tersimpan utk kalori tenaga. Peredaran darah akan lebih lancar.

Percayalah kalau anda lakukan dgn sebaiknya perkara2 ini tekanan darah anda akan turun dan terkawal. Anda boleh elakkan atau reduce pengambilan ubat hospital yg biasa anda ambil...

Ingat Hypertension adalah pembunuh senyap... anda tidak tahu anda adalah pengidap sakit ini.. jadi kpd mereka yg belum ada penyakit ini blh lah ambil langkah2 berjaga2 dgn amalkan 4 cara ini utk kawal kesihatan anda...

Wallahuaklam....

HNZL
🐝 Memanafaatkan Ilmu 🐝

Tuesday 19 November 2019

Hipertensi - Cara Kawal Secara Natural

HYPERTENSION - CARA KAWAL SECARA NATURAL (Part One)
πŸ’ŠπŸ’‰πŸ’‰πŸ”¬πŸ”¬πŸ”¬πŸ’‰πŸ’‰πŸ’Š

Hypertension - cara mengawal secara natural dan mudah. Sesungguhnya ia akan byk bergantung kpd sejauh mana disiplin anda sendiri utk membantu mengawal tekanan darah tinggi ini. Utk mengawal perlu ada caranya. Saya berikan 2 cara mudah...

Yg pertama lakukan 4 perkara penting utk kawal hypertension...

1. Ambil *PEMAKANAN* yg ada 3 unsur ini :-
a) Potassium
b) Calcium
c) Magnesium 

Nak tahu apa perlu anda makan yg ada unsur2 ini mohon buat rujukan sumber di dlm setiap pemakanan yg anda ambil. Ia adalah sumber mineral yg perlu ada dlm makanan yg anda makan. So ketahui apa makanan yg ada 3 benda penting ini. Sblm ini saya ada ceritakan bagaimana anda nak ambil Mineral Kalsium yg bukan dari susu sepertimana diwar2kan sblm ini. Utk membolehkan Kalsium diserap ia perlu ada bersama Magnesium sebagai binding nya kalau tak sia2 saja pengambilan kalsium ini. So ambil bersama.

Mineral ini byk ada dlm sayuran dan kena makan sayur byk. Yg tak suka sayuran maka anda perlu guna kaedah pengambilan Supplement sbg gantinya.

Ada satu pesanan yg saya nak berikan kpd anda semua yg sememangnya ramai tak suka... 😁😁😁 Jgn amalkan minum air RO yg kosong shj... faham ya... jgn minum Air RO ia sahaja. Kerana apa.... ??? Sebab anda akan ada kehilangan mineral dari tubuh badan anda. Bagaimana ia berlaku? Benda ni dah byk kali saya terangkan. So elakkan... 

Just nak bg tau.... 65% permasalahan yg datang jumpa saya buat Health Check Screening dan Diagnose akan menunjuki kehilangan mineral... bila tanya kenapa mineral tak cukup.... adakah kurang makan sayur dan minum air penapis apa di rumah.. Jawapannya sayur kurang makan dan minum air RO dari mesin penapis RO... Bila kita suruh stop seminggu minum Air RO dan kita check semula... Mineral improve.. So nak cakap pun susah.. kan.. kan... 😊😊😊

2. *EXERCISE* - atau byk bergerak..

Senaman adalah sesuatu yg agak crucial kerana kalau anda lama tidak aktif maka cara anda nak mengaktifkan semula adalah juga penting dr segi cara... mulakan dgn perlahan2 dan tingkatkan sedikit demi sedikit dan lakukan secara konsisten... 
Senaman akan byk membantu tingkatkan flow darah baik serta cara bagaimana nak aktifkan metabolisma tubuh badan anda. Bila aktif maka di sini darah anda akan lebih terkawal secara natural. Tambahan lg bila anda dpt menurunkan berat badan dgn cara ini. Pasti tekanan darah akan turun.

Kita sambung part two... sat lg tulih byk2 org tak baca la pulak... πŸ€ͺ

Wallahuaklam....

HNZL
🐝 Memanafaatkan Ilmu 🐝

Tuesday 29 October 2019

MAGNESIUM UNTUK SIHAT

*πŸ”₯MAGNESIUM UNTUK KEPENTINGAN SIHATπŸ”₯*

Makanan yang mengandungi magnesium adalah sangat-sangat diperlukan untuk kesihatan sel-sel badan kita dan ianya juga penting agar 300 fungsi biokimia lain di dalam tubuh badan dapat berfungsi dengan sempurna serta efisient. Malangnya ramai daripada kita berkemungkinan menghidapi masalah kekurangan magnesium dan yang bestnya majoriti dari kita langsung tidak tahu mengenainya.

Satu kajian oleh BMC Bioinformatics mendapati bahawa badan kita memiliki 3,751 lokasi bagi mengikat magnesium (magnesium binding sites). Ini menunjukkan peranan dan keperluan magnesium bagi perjalanan badan yang sihat adalah jauh melebihi dari apa yang dijangkakan sebelum ini. Oleh kerana badan menggunakan magnesium untuk pelbagai fungsi, seseorang itu berkemungkinan tinggi untuk menghadapi masalah kekurangan magnesium terutamanya apabila makanan yang dimakannya tidak mengandungi kandungan magnesium yang mencukupi atau pengamalan air minuman yang tidak betul.

Ketahuilah Magnesium lebih kritikal dari Kalsium.... ye ke statement ini...??? Jom kita jelaskan secara terperinci...

Pengambilan diet secara tradisional biasanya akan memberikan nisbah kalsium: magnesium sekitar 1:1 atau 2:1. Tetapi pengambilan diet yang moden pada ketika ini biasanya menjadikan nisbah di sekitar 3.5:1. Ini mengakibatkan kekurangan paras magnesium di dalam darah. *Juga perlu diingat bahawa untuk membolehkan badan menggunakan kalsium, kita memerlukan magnesium sebagai “cofactor”.* Oleh itu sekadar mengambil suplimen kalsium tetapi tidak memberikan perhatian terhadap magnesium akan menjadikan manfaat pengambilan kalsium itu tidak dapat dicapai. 

Pengamalan harus betul untuk kita amalkan supaya kita dapat manafaat yang sebaiknya atau optimum. Ingat salah amalan akan mengakibatkan kesihatan kita bermasalah. Dari itu ambil peduli dan gunakan diet atau pengamalan yang betul. Nasihat saya check kesihatan anda dan ketahui apa yg kurang serta tahap apa Magnesium atau Kalsium atau apa-apa sahaja yang kurang pada diri anda untuk dilengkapi. 

Alat check kesihatan Health Screening dan Health Diagnose dapat memberikan gambaran tentang kesihatan anda pada sesuatu masa. Moga kemudahan ini diguna-pakai sepenuhnya untuk kesihatan anda. Buat appointment dengan kami untuk check kesihatan.

Apa yang menyebabkan Mineral Magnesium hilang dari tubuh badan akan saya perjelaskan dengan terperinci lagi pada next posting.

Wallahuaklam...

HNZL
🌜Memanafaatkan ilmuπŸŒ›


MYNUTRE - SAKIT BUAH PINGGANG

*πŸ’₯CERITA SEMALAM - SAKIT BUAH PINGGANGπŸ’₯*

Semalam ziarah Tok Menakan masalah sakit buah pinggang yg menjuruskan kpd permasalahan Potassium tinggi dlm darah.. Apa pulak masalah kalau Potassium tinggi...??? Sat ni kita cerita pasal yg ni naa... 

Saya ada check dgn Screening dan Alat Diagone.. memang byk permasalahan dlm badan menjurus kpd kekurangan Vitamin dan Mineral. Darah tak cantik maupun baru dicuci shj.. 

Saya nak bawa perhatian kpd pengamalan MyNutre sebab kami ada test beberapa pesakit dialisis... ini findingnya.. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

*Penyakit Buah pinggang yang kecergasan bukan di tahap kronik. Mula dengan Active selama 2 - 3 minggu. Kemudian berterusan Super.*

*Kecergasan kembali lebih baik, kurang keletihan, potassium dalam darah stabil,  paras kolesterol & lemak lebih stabil.*

*Cuma keperluan dialisis masih perlu sebab kerosakan bahagian penapisan buah pinggang tak boleh kembali ke asal.*

Bagi yang tahap kecergasan kronik, kesesuaian hanya pada Basic.

Byk kelebihan MyNutre nie... kpd yg sakit atau yg tak sakit sgt bagus kalau buat pengamalan... saya akan post semula kelebihan MyNutre ni nanti...

Wallahuaklam...

HNZL 
🌜Memanafaatkan ilmuπŸŒ›




Saturday 26 October 2019

KEKURANGAN MINERAL MAGNESIUM

*πŸ’₯Kenapa Mineral Magnesium penting utk tubuh badan...πŸ”₯*

Diperkatakan kita ni ada ramai yg kekurangan magnesium dan kajian diukur mendpti kita ni 90% kekurangan magnesium dalam badan.  

Apa berlaku bila kita kurang Magnesium?

Tu la ubat stress... tidur tak boleh nyenyak dan rasa berdebar2 selalu... 

Patut la ramai dlm group ni dok stress ja.. bila tanya soalan depa tak jawab. Bila cerita depa tak menyahut.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

So nak buat camna? 

Tau tak air laut sgt kaya dgn magnesium.... 😁 Pi minum ayaiq laut la settle problem.. 🀣🀣🀣

Magnesium memiliki peranan dalam sintesis penting molekul seperti DNA, RNA dan protein. Magnesium telah lama disebut mineral keajaiban, karena itu sangat penting untuk kesehatan kita secara keseluruhan.

So jaga kadar level Magnesium anda naaa... nak tau anda kurang Magnesium sampai level mana.. mai check kat kami naa... kami ada alat sempoi punya blh check luaq dalam habis kita londeh... 😫😫😫

Moga anda sihat lepas nie...

Wallahuaklam...

HNZL



Sunday 20 October 2019

TANGANI STRESS DENGAN PIPER TURMERIC (Part Two)

PIPER TURMERIC BOLEH HALANG KEROSAKAN SEL OTAK DISEBABKAN OLEH STRESS….. (Part Two).

Kajian Manusia Mengesahkan Kesan Anti-Stress bila pengambilan Curcumin dalam Piper Turmeric.

Banyak kajian terhadap manusia sedang dijalankan secara aktif bagi mengesahkan keputusan-keputusan kajian terhadap haiwan sebelum ini.

Sebagai contoh, dalam kajian orang-orang yang sihat, umur dalam lingkungan setengah abad yang mengambil formula curcumin ini mendapat keputusan menghasilkan pelbagai manfaat kesihatan termasuk mengurangkan tahap amilase saliva (penanda tekanan akut), meningkatkan penuaan radikal bebas, dan menurunkan penanda darah kemerosotan otak-semua kesan yang dijangka dapat mengurangkan kesan tekanan di otak.
 
Stres yang berkaitan dengan pekerjaan boleh menjadi sangat berbahaya kepada kesihatan. Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 menunjukkan kesan curcumin khusus pada orang yang menderita akibat kecemasan dan keletihan yang berkaitan dengan pekerjaan. Untuk kajian ini, 60 orang dewasa dengan gangguan tekanan pekerjaan itu secara rawak ditugaskan untuk mengambil formula curcumin dipertingkatkan, curcumin standard (semua 500 mg dua kali sehari) atau ubat plasebo selama 30 hari. Berbanding dengan dua kumpulan yang lain, mereka yang mengambil curcumin mengalami peningkatan yang ketara dalam kualiti hidup, pengurangan tekanan, keresahan, dan keletihan. Penambahbaikan ini berkait rapat dengan bukti penurunan kerosakan oksidatif.

Satu lagi kajian memberi tumpuan kepada kebimbangan pada orang gemuk yang berisiko untuk kedua-dua kebimbangan dan kemurungan. Subjek mengambil curcumin (1,000 mg / hari). Selepas 30 hari, subjek yang dikendalikan curcumin mengalami penurunan yang signifikan dalam skor kecemasan minima.

*APA YANG ANDA PERLU TAHU*
 
Curcumin Melawan Kecemasan dan Kemurungan
• Tekanan menghasilkan kerosakan sel dan molekul pada tisu di seluruh badan, terutamanya otak.
• Perubahan otak yang disebabkan oleh tekanan sering menyebabkan kecemasan atau gangguan kemurungan, yang boleh menyumbang kepada tekanan tambahan.
• Terapi ubat hanya sebahagiannya berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang ketara.
• Curcumin kini menunjukkan kesan melegakan, anti-kebimbangan, dan kesan antidepresan yang luar biasa dalam kajian makmal.
• Kajian manusia menunjukkan bahawa curcumin oral, terutamanya dalam formulasi penyerapan yang lebih baik, dapat menambah atau menggantikan terapi obat preskripsi.
• Sesiapa yang mengidap kesan kemurungan atau kecemasan harus mempertimbangkan untuk menambah curcumin penyerapan yang ditingkatkan untuk membantu memerangi kesan stres kronik.

*Kesan Antidepresan Curcumin*

Tekanan oksidatif di otak boleh membawa kepada *keradangan* gred rendah dan akhirnya menjadi disfungsi selular dan kematian. Proses-proses ini dapat dilihat sebagai gejala yang berkaitan dengan depresi.

Ciri-ciri anti-radang Curcumin menjadikannya bahan yang kuat untuk digunakan sebagai antidepresan semula jadi. Dan tidak seperti ubat antidepresan biasa, ia tidak mempunyai kesan sampingan utama yang diketahui. 

Dalam satu kajian, curcumin (500 mg dua kali sehari) didapati lebih berkesan daripada plasebo dalam meningkatkan simptom kemurungan (gangguan tidur, kelesuan, perasaan tidak berfaedah, keupayaan berkurang untuk menumpukan perhatian, perubahan berat badan, pemikiran kematian atau bunuh diri, mudah marah , hilang minat, kecemasan) pada orang dewasa dengan gangguan kemurungan utama. Kajian ini menunjukkan bahawa curcumin adalah yang paling berkesan dalam subjek dengan apa yang dipanggil kemurungan atipikal, sejenis kemurungan di mana peristiwa positif dapat meningkatkan mood.

Hanya pada tahun lepas, penyelidik menerbitkan satu kajian yang mengkaji kesan curcumin pada kognisi dan mood pada orang dewasa yang lebih tua yang sihat. Untuk kajian ini, satu bentuk penyerapan kurkumin (400 mg / hari) telah diberikan kepada orang dewasa yang berumur 60 hingga 85. Kajian ini memberi tumpuan kepada rawatan akut (bermakna dos tunggal) dan rawatan kronik (bermakna rawatan sepanjang tempoh masa ) dengan curcumin vs plasebo.

Satu jam selepas satu dos, subjek yang ditambah curcumin memberikan lebih baik pada situasi yang memerlukan perhatian yang berterusan dan fungsi memori dipertingkatkan yang biasanya mengalami pengurangan oleh kemurungan. Suplemen berterusan dengan curcumin selama empat minggu juga meningkatkan skor pada ingatan dan mood kerja (keletihan umum, ketenangan, kepuasan, dan keletihan yang disebabkan oleh tekanan psikologi). Dan apabila subjek mengambil satu dos akut selama tempoh suplemen kronik, ia membawa kepada penambahbaikan lebih lanjut dalam kewaspadaan dan kepuasan.

Baru-baru ini, kajian meta-analisis mengenai kurkumin dan kemurungan telah diterbitkan pada awal 2016 yang menilai keputusan yang dikumpulkan dari enam kajian kecil sebelumnya. Ia menunjukkan bahawa suplemen curcumin terutama dalam formulasi penyerapan yang lebih baik-jauh lebih baik daripada plasebo untuk merawat utama gangguan kemurungan. Ia juga mendedahkan bahawa kesannya kelihatan paling besar apabila diberikan untuk tempoh masa yang lebih lama, pada dos yang lebih tinggi, dan orang-orang pertengahan umur khususnya.

Ringkasan & Rumusan

Tekanan perasaan kronik mempunyai kesan yang mendalam terhadap kesihatan dan kesejahteraan kita. Ini terutamanya dikaitkan dengan perkembangan kebimbangan dan kemurungan, kedua-duanya boleh menjadi keadaan yang mengancam nyawa.

Rawatan ubat untuk kegelisahan dan kemurungan jauh dari mencukupi, dan penuh dengan kesan sampingan yang berpotensi serius. Curcumin polifenol dalam PIPER TURMERIC semulajadi bertindak oleh pelbagai laluan biokimia untuk mengurangkan kesan tekanan pada sel-sel otak, dan untuk mengelakkan atau mengurangkan kecemasan yang disebabkan oleh tekanan dan kemurungan.

PIPER TURMERIC boleh digunakan secara bersendirian, atau digabungkan dengan ubat-ubatan preskripsi, untuk melegakan simptom dan meningkatkan kualiti hidup. Sesiapa yang mengalami stres, kemurungan, dan / atau kebimbangan perlu mempertimbangkan untuk menambah kurkumin penyerapan yang dipertingkatkan untuk meniru hasil penemuan yang diperoleh daripada kajian manusia baru-baru ini.

Moga informasi bermanafaat kepada kita semua. Pm untuk dapatkan produk PIPER TURMERIC yang hanya ada pada saya buat masa ini. Formulasi dari hasil kajian mendalam beberapa pakar dari seluruh dunia.

Walluaklam...

HNZL

Sunday 6 October 2019

PROBIOTICS - BAKTERIA BAIK UNTUK KESIHATAN (Siri II)

PROBIOTICS - Siri II

Cerita lanjut pasal Probiotik baik ini dan kenapa kita perlu ambil pemakanan dan minuman jenis probiotik adalah juga kerana infomasi di bawah ini...

Tahu tak anda bahawa bakteria baik ini telah ada sejak lama dahulu lagi dan Bakteria Probiotik ini telah berada dalam sistem kita sejak saat kita dilahirkan. Apabila bayi yang baru dilahirkan dalam saluran kelahiran ibu semasa kelahiran bayi terdedah kepada bakteria ibunya untuk pertama kalinya. Proses ini memulakan rantaian situasi yang berlaku di dalam saluran tali pusat bayi, dan saluran tali pusat bayi mula menghasilkan bakteria yang baik.

Bakteria baik bertanggungjawab untuk:
• Menghasilkan vitamin B12, butyrate dan vitamin K2
• Mengurangkan mikrob yang jahat dan buruk
• Mewujudkan enzim yang memusnahkan bakteria berbahaya
• Merangsang rembesan IgA dan sel-sel T pengawalseliaan, yang menyokong fungsi imun



Ingat seperkara... apabila kita makan makanan yang tidak bagus bermakna tidak banyak bakteria baik yang akan ada dalam badan kita dan pada ketika ini kita harus lakukan sesuatu seperti ambil Supplement untuk tambah kembali bakteria baik dalam tubuh badan seperti FloraMax Pro yang ada 20 Billion Bakteria dalamnya.

Wallahuaklam…

HNZL

CERITA BAB SIHAT - Siri 3

πŸ’‘ *CERITA BAB SIHAT - SIRI 3 (Part One)….* πŸ’‘

πŸ’₯ SAKIT ARTHRITIS πŸ’₯
Apa dan bagaimana yang diperkatakan Sakit Arthritis ini?  

Saya pasti ramai yang tidak berapa mengetahui kecuali kepada mereka yang mengidap atau pernah mengalami sakitnya. Saya akan cuba terangkan di sini dan berharap kita semua akan dapat mengambil langkah-langkah awalan untuk mencegahnya dari berlaku kepada anda family anda dan juga kepada masyarakat semua. 

Jadikan anda sebagai sumber ilmu untuk menyampaikan maklumat dan informasi ini untuk panduan semua…. 

Semoga ia jadi ibadah kepada saya dan juga kepada anda semua…

Arthritis ini adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Sakit dan menyakitkan… Kepada yang pernah mengalami akan tahu bagaimana rasanya. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :
Kerosakan Sendi
Jangkitan kuman
Penyakit yang diwarisi
atau sebab-sebab lain

Adakah semua penyebab ini dapat dibantu…??? 

Ya boleh.... Pengamalan pemakanan baik, ubatan yang betul dan supplement akan membantu.

Boleh tak kunyit membantu masalah Arthritis...??? Kita rujuk kepada Produk Piper Turmeric… 😁😁😁

Claim... : Mengurangkan rasa sakit, keradangan dan kekakuan yang berkaitan dengan arthritis rheumatoid (RA) dan osteoarthritis (OA);  merawat bursitis.  Dikenali sebagai agen pembersih, kunyit sering digunakan sebagai bantuan pencernaan di India.

Rheumatoid arthritis adalah keadaan autoimun jangka panjang yang menyebabkan keradangan, sakit, dan kekakuan pada sendi.  

Beberapa kajian mencadangkan bahawa kunyit rempah dapat membantu melegakan gejala keradangan keadaan ini.

Kita lihat tanda-tanda Arthritis supaya kita dapat kesan dan kenali sakit ini lebih awal…
Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
Sendi bengkak
Kekejangan sendi
Susah untuk bergerak seperti biasa
Sakit apabila bergerak
Perubahan kepada sendi
Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut
Sakit bila sekeliling sendi ditekan

Pengambilan berterusan Air Kangen dan Piper Turmeric akan banyak membantu permasalahan dari jangkamasa panjang. Sebab tu saya mengesyorkan agar mengamalkan ini. Banyak testimoni yang didapati sebelumnya yang sangat positif.

Part Two akan kita perincikan lagi pasal Sakit Arthritis ini….

Wallahuaklam….

HNZL

Wednesday 25 September 2019

CERITA BAB SIHAT - SIRI 2 (Part Three)

πŸ’‘ *CERITA BAB SIHAT - SIRI 2 (Part Three)….* πŸ’‘

Bagaimana antibiotik memusnahkan sistem imun anda……..

Kata seorang penulis senior Michael S. Daimond seorang Profesor Perubatan di Universiti Washington di St. Louis….. "Sistem kekebalan tubuh badan akan diaktifkan secara berbeza jika usus tidak mempunyai mikrobiotik yang sihat," 

"Jika seseorang sakit dengan jangkitan bakteria, mereka harus mengambil antibiotik. Tetapi adalah penting untuk diketahui bahawa ia mungkin ada kesan sampingan selepasnya. Anda mungkin menjejaskan tindak balas imun anda terhadap jangkitan virus tertentu. "

Mengulas dari maksud tulisan di sini adalah di mana Antibiotik ini perlu diambil hanya untuk maksud-maksud tertentu sahaja yang ada kaitan dengan masalah jangkitan bakteria virus atau kuman yang perlu ditangani segera dari ia merebak. Namun kalau situasi sakit biasa maka tidak perlu ambil ubat Antibiotik seperti mana yang diperkatakan oleh Profesor Perubatan ini.

Peranan Bakteria kepada logam berat …..

Lebih dari 80 peratus logam berat dikeluarkan dari tubuh melalui bakteria baik di usus. Bakteria dan kulat yang tidak baik sebenarnya lebih suka mengekalkan dan menggerakkan logam berat ke dalam badan dan mengangkut logam-logam ini ke tisu dan organ yang berbeza untuk melemahkan mereka bagi pencerobohan masa hadapan. Kulat/Fungi adalah organisma yang hidup dengan memakan tisu-tisu tubuh badan. Akhir sekali kulat serta bakteria jahat ini akan menyerang tisu yang sihat kerana ia perlu untuk mendapatkan kekuatan dan pada peringkat ini tubuh badan anda akan lemah.

Pemahaman lain di sini ingin saya nyatakan apabila proses ini berlaku maka apa yang anda perlu ada 2 benda penting. Yg pertama bakteria baik untuk mengeluarkan logam-logam berat ini. Yang kedua adalah penggunaan air yang betul sebab air akan jadi medium untuk penceranaan dan transport Nutrient baik Vitamin dan Mineral. Kita tidak mahu Vitamin dan Mineral ini dicuri oleh 2 anasir jahat iaitu Parasite dalam badan dan air yang belum lengkap sifatnya.

Kekurangan bakteria menyebabkan Kanser lebih aktif…..

Perkara lebih penting yang harus kita jagai adalah Kanser kerana bila ketidak seimbangan bakteria dalam badan maka kanser akan jadi dua kali ganda lebih aktif……. Apabila keseimbangan bakteria jahat berlaku dan kulat/fungi mendirikan tapaki maka dinding usus akan menjadi bocor yang membolehkan makanan, bakteria dan alergen serta sebahagiannya dicerna ke dalam darah. Kini sistem imun yang sudah lemah menjalankan tugasnya untuk membersihkan usus ketika menjejaki ada ancaman-ancaman baru ini kepada tubuh. 

Memikirkan semula semua ini maka rumusan yang kita akan buat dengan pasti menyalahkan kepada pakar perubatan yang memberikan perkhidmatan serta nasihat yang salah namun jangan lupa pula kepada ibubapa yang kurang maklumat dan salah faham.

Kanser adalah penyakit keradangan. Ingat perkara ini bagi faham betul… Kanser adalah sebab KERADANGAN SISTEM TUBUH BADAN KITA. Jadi kalau tidak mahu jadi keradangan anda harus ambil pemakanan yang anti keradangan atau Supplement yang boleh elak jadi keradangan. 

Ketidak seimbangan usus menyebabkan kebocoran zarah-zarah tidak baik ke dalam darah yang  menyebabkan keradangan di seluruh badan. Kroniknya organ-organ yang rosak menjadi sasaran logam berat, virus, bakteria dan kulat. Tetapi kerosakan tidak berhenti di sana kerana makanan yang diproses  akan melalui sistem di perut serta usus yang kini menyebabkan tekanan dan masalah kepada pankreas. Tekanan kronik melemahkan organ untuk memproses atau menyerap yang menjadikan ia lebih mudah terdedah kepada penyakit dan kanser.

Di mana ia patut berakhir….. satu persoalan penting….

Ia akan berakhir dengan anda membuat keputusan dengan bermaklumat serta berilmu sebelum mengemukakan sebarang rawatan perubatan, termasuk mengambil antibiotik. Anda adalah orang yang mengambil faedah atau mengalami akibatnya… bukan doktor. Ia mudah bagi seorang doctor dengan hanya menandatangani serta hanya memerlukan persetujuan anda sahaja untuk rawatan. Akibatnya tetap anda yang perolehi samada akibat baik atau akibat buruk. Jadi di sini buat pertimbangan baik dengan maklumat yang lengkap serta tepat.

Kita akan bincang lagi di siri akan datang tentang pilihan menggunakan ubat antibiotic atau tidak. Namun saya tetap mengesyorkan anda kuatkan diri anda dengan 3 benda yang penting untuk immune system anda dan kekalkan bakteria Probiotics baik dalam tubuh badan serta yang terakhir guna antibiotik natural. Piper Turmeric / FloraMax Pro / BioUtra Natural Antibiotic

Di sini ada link tambahan anda boleh baca pasal ubat antibiotic… https://medikcurehealth.blogspot.com/2016/04/persoalanadakah-rawatan-ubat-antibiotik.html

Jaga kesihatan anda dengan ilmu serta maklumat tepat…..

Wallahuaklam…

HNZL

Monday 23 September 2019

CERITA BAB SIHAT - Siri 2 (Part Two)

πŸ’‘*CERITA BAB SIHAT - SIRI 2 (Part Two)….*πŸ’‘

Bagaimana antibiotik memusnahkan sistem imun anda……..

Di mana masalah bermulanya kemusnahan sistem imun kita ni. Jom kita lihat dengan lebih mendalam. Perkara yang paling teruk untuk dilakukan kepada mana-mana bayi adalah memberi mereka antibiotik. Ini ada terbukti dan dibuktikan hasil dari kajian-kajian terkini yang dapat kita perolehi. Nanti kita sharekan data-data sumber kajian ini. Sememangnya kita telah ditanamkan bila ambil ubat Antibiotik harus dihabiskan terutama apabila kepada kanak-kanak. 

Sebenarnya Antibiotik tidak membunuh bakteria baik dan buruk sahaja. Satu pusingan tindak balas antibiotik akan mengubah sistem imun bayi secara kekal dan oleh kerana ini majoriti bahan kimia juga dibuat dalam usus neurologi bayi juga terubah. Antibiotik yang telah disebut-sebut sebagai penyelamat manusia dari penyakit menjadi penyebab kita dalam sakit kanser dan penyakit degeneratif kronik seperti Hipertensi, Diabetes dan beberapa penyakit kronik lain.

Sebaik sahaja antibiotik pertama diberikan kepada bayi atau kanak-kanak, bakteria di usus terhapus dan sistem kekebalan tubuh badan kekal akan berubah. Seperkara lagi keupayaan semulajadi untuk menghasilkan sel imun yang sesuai juga terhapus. 

Fungi dalam usus kini tidak dapat dipisahkan dan mula berkembang biak yang tidak dapat dikawal oleh bakteria baik dalam tubuh badan. Selepas itu fungi ini memperkukuhkan tapak maka parasite akan bergerak untuk berkongsi tapak ini dan mula memakan makanan dan mineral yang sepatutnya untuk memberi makan dan pemakanan kepada tubuh badan kita. Ini adalah langkah pertama dalam mengundang penyakit kronik dan kanser. Menakutkan bukan…. Ini adalah proses biasa atau proses normal dalam tubuh badan sel kita. 

Proses yang sama berlaku apabila seorang dewasa mengambil ubat antibiotic secara berterusan. Segala-galanya berubah secara kekal dan mengambil masa bertahun-tahun nutrisi yang disasarkan dan terapi probiotik untuk memulihkan keadaan kembali normal dalam sistem badan. 

Siri ini kita berbincang sebab asal imun kita dicerobohi dan termusnah namun ini adalah sebahagian dari apa kesan yang didapati di dalam tubuh badan manusia. Sebahagian kesan lagi akan kita bincangkan di siri yang lain atas bagaimana tubuh badan berinteraksi apabila pengambilan Antibiotik ini. Juga kita akan sambung kesan berterusan sebab Antibiotik ini di siri ke-3. 

Merumuskan siri ini kita harus tingkatkan imunasasi kita apabila ia dirosakkan atau dihapuskan secara tidak langsung oleh sebab-sebab sebelum ini. Amat penting bagi kita tingkatkan semula imun kita dengan cara pemakanan serta pengambilan Supplement untuk membantu seperti Probiotics dan Antioxidant. Supplement berbentuk ini ada pada 2 produk yang saya perkatakan sebelum-sebelum ini iaitu FloraMax Pro untuk Probiotics dan Piper Turmeric untuk Antioxidant serta Anti-Inflamation.

Pesan dan amalkan 2 produk ini moga kesihatan anda bertambah baik….

Wallahuaklam…

HNZL

Di bawah ini sebahagian rujukan berkenaan Antibiotic  dan immune systems manusia.....

https://www.futurity.org/antibiotics-infections-bacteria-1717862/

https://newatlas.com/antibiotics-counteract-immune-system/52457/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5181774/

https://www.sciencealert.com/antibiotics-might-stop-immune-cells-working-properly

Sunday 22 September 2019

CERITA BAB SIHAT - Siri 2 (Part One)


πŸ’‘*CERITA BAB SIHAT - SIRI 2 (Part One)….*πŸ’‘

Bagaimana antibiotik memusnahkan sistem imun anda……..

Tajuk ni agak mengelirukan betul tak? Jom kita mentelaah untuk kefahaman…. Sebelum perbincangan lebih jauh kita harus dahulu fahami asal sistem imun dan apa itu sistem imun kita dahulu….



Sistem imun ialah satu sistem struktur dan proses biologi dalam tubuh badan yang melindungi organisma untuk melawan penyakit. Bagi berfungsi dengan betul, sistem imun mesti mengesan pelbagai agen yang dikenali sebagai patogen daripada virus hingga ke cacing parasit dan akan membezakannya daripada tisu sihat milik tubuh badan itu sendiri.

Sistem imun anda sentiasa dalam status misi mencari dan musnah… mencari penjajahan asing, kecacatan sel secara semula jadi dan sel mutan dalam tubuh badan anda. Sistem kekebalan tubuh mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengingati benda-benda jahat ini dan menggunakan taktikal daripada pengalaman masa lalu untuk memusnahkan musuh dalam tubuh badan. Dalam banyak-banyak sel yang paling cepat berkembang di dalam tubuh manusia adalah sel imun. Jadi sel-sel imun ini perlu sihat untuk membiak dan berkembang.

Lebih 80 peratus daripada imuniti badan terbina di saluran usus oleh keseimbangan bakteria baik yang ada di sana. Bakteria baik ini yang pernah kita sentuh sebelum ini dan dibahaskan yang kita namakan Probiotics. (Boleh rujuk semula tulisan dari Siri I sehingga Siri VII pasal Probiotics di link ini… https://medikcurehealth.blogspot.com/2019/09/probiotics-bakteria-baik-untuk.html)

Flora usus mula terbina pada usia bayi semasa dalam rahim lagi tetapi ia tidak benar-benar aktif sehingga selepas lapan hari usia. Bermula dengan susu kolostrum… usus mula membiak lebih banyak bakteria sementara sistem imun bayi memulakan inventori sel-sel yang baik dan buruk di dalam badan. Inventori bakteria baik ini adalah satu proses sepanjang hayat dan sistem kekebalan tidak pernah melupakan pencerobohnya iaitu bakteria jahat dan virus.

Apa pula antibiotic yang kita fahami….???

Antibiotik merupakan sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganisma seperti kuman, virus dan bakteria. Antibiotik boleh diperolehi daripada sumber biologi seperti kulat dan mikroorganisma. Dengan kemajuan dalam kimia organik, antibiotik kini juga boleh dihasilkan melalui sintesis kimia. Ubat antiobiotik bertindak dengan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.

Kita akan bincang pasal kesan Antibiotik kepada sistem imun tubuh badan pada siri yang akan datang insyaAllah…

Gunakan FloraMax dan Piper Turmeric untuk kesihatan dalam menjaga baik bakteria baik serta kuatkan sistem imun tubuh badan dengan meningkatkan keberkesanan organ-organ dalaman anda agar berfungsi pada tahap optimum.




Dan sekiranya anda mencari alternative kepada produk Antibiotik yang Natural boleh cuba BioUltra Natural Antibiotic….



Wallahuaklam….

HNZL