Monday 16 November 2020

FAKTOR KITA MENJADI GEMUK....

πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—

FAKTOR KITA MENJADI GEMUK....

Menurut para pakar kesihatan, berasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola makan yang berlebihan, kurang bersukan, emosi, dan faktor persekitaran.

1. GENETIK
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ‘ikut campur’ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

2. KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau ‘pusat makan&rsquo ; ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pemberhentian atau ‘pusat kenyang&rsquo .
Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

3. POLA MAKAN BERLEBIHAN
Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.

4. KURANG BERSUKAN
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:
1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;

2) angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.

Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti ‘gerak’ akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut.
Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.

5. PENGARUH EMOSIONAL
Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak teratasi. Orang-orang gemuk ‘dahaga’ akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.

Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya.

Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat, seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.

Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan; orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

6. LINGKUNGAN PERSEKITARAN
Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar (gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan

HNZL 
πŸ’«Memanafaatkan Ilmu & SumberπŸ’«

PENCERNAAN - TAJUK BAGAIMANA PERJALANAN MAKANAN DALAM TUBUH BADAN MANUSIA

πŸ€πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ€πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ€

PENCERNAAN - TAJUK BAGAIMANA PERJALANAN MAKANAN DALAM TUBUH BADAN MANUSIA

Pencernaan merupakan proses di mana makanan yang besar dipecahkan kepada bentuk yang kecil, seterusnya dipecahkan lagi kepada molekul yang lebih kecil untuk diserap ke dalam badan sebagai sumber tenaga atau sebagai sumber penting untuk badan menjalankan satu-satu fungsi. Dalam entri ini saya akan susun kembali kronologi pencernaan makanan oleh seorang manusia, dan anda sebagai seorang manusia yang prihatin kepada tubuh yang dipinjam ini harus membayangkan kronologi ini ketika anda sedang makan agar anda lebih menghayati dan menghargai konsep makan dalam hidup seorang manusia.

1 – Beberapa minit sebelum makan – Fasa “cephalic” bermula apabila deria penglihatan dan bau mula mengesan sesuatu yang agak “lazat” untuk dimakan. Ini disusuli dengan tindakbalas beberapa kelenjar yang mula merembeskan beberapa enzim penting pencernaan seperti air liur (amylase) dan jus perut, meskipun makanan belum lagi masuk ke dalam sistem pencernaan.

2 – Di saat makanan dimasukkan ke dalam mulut – Ketika gigi dan rahang sedang asyik menghancurkan makanan, “tastebuds” yang ada pada permukaan lidah mula mengesan komponen kimia yang ada dalam makanan tersebut seterusnya laporan dihantar dalam tempoh beberapa mili saat ke otak. Otak mentafsir laporan yang diterima dengan memberitahu diri anda “Makanan ini rasanya masam-masam manis, lemak berkrim, lazat oh la la sekali rasanya” atau “Makanan ini rasanya pahit, tak sedap“.

3 – Pada masa yang sama, makanan yang dihancurkan ini disebatikan dengan air liur (enzim amylase) yang sedia banyak. Amylase ini berfungsi untuk memecahkan rantai-rantai kanji panjang yang ada dalam sumber karbohidrat seperti roti, kentang atau nasi agar menjadi lebih pendek strukturnya. Amylase juga mengandungi “mucin” yang berfungsi untuk melembutkan lagi makanan agar mudah melepasi saluran penghadaman (gastrointestinal tract). Pada peringkat ini, lemak dan protein masih belum dipecahkan lagi strukturnya.

4 – Kurang dari 30 saat selepas dikunyah – Makanan yang separa hancur dan digaul dengan amylase tadi mula ditelan dan masuk ke saluran Esofagus (panjangnya salur ini adalah dari tekak hingga ke perut). Esofagus ini merupakan saluran berotot, boleh mengembang dan mengecut, dan kelebihan ini digunakan untuk mengangkut makanan yang dikunyah tadi sehinggalah ia sampai ke perut. Gerakan mengembang dan mengecut saluran berotot ini dikenali sebagai “Peristalsis”. Secara purata masa untuk makanan ini sampai dari tekak ke perut adalah 6 saat.

5 – 1 minit telah berlalu – Makanan selamat sampai dalam perut anda. Alhamdulillah. Naik LRT pun tak cepat macam ni. Sifat dinding perut yang elastik membuatkan saiz perut yang asalnya kosong (50ml isipadu) kini mula membesar dan terus membesar sehingga mampu menjangkau 1500ml isipadu atau lebih, bergantung pada saiz makanan dan isipadu minuman yang diambil.

6 – Dinding perut terdiri dari 3 lapisan otot berbeza yang membantu untuk menggauli makanan-makanan ini bersama jus-jus pencernaan yang bersifat asid. Asid Hidroklorik (HCL) mula menghentikan tindakan Amylase dan dalam masa yang sama membunuh kuman-kuman/bakteria yang mungkin hadir menerusi makanan tersebut, atau bakteria-bakteria yang sedia ada dalam mulut/celah gigi anda yang terbawa bersama makanan ini juga dibunuh pada ketika ini.

7 – Enzim kedua iaitu pepsin mula bertindak dengan memecahkan struktur protein dari sumber protein seperti ayam, ikan, daging, telur dan tenusu agar menjadi molekul yang lebih ringkas. Pada ketika ini, tinggal lemak sahaja yang belum mula dicernakan lagi sedangkan karbohidrat dan protein telah mula dicernakan.

8 – Masa berlalu dan makanan terus diisi dan diisi dalam perut sekaligus membuatkan hormon ghrelin mula berkurangan. Apa itu Hormon ghrelin? Sel-sel yang terdapat pada dinding perut juga menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai “Ghrelin”. Hormon ghrelin berfungsi untuk mengaktifkan rasa lapar apabila parasnya meningkat, kebiasaannya ia dirembes dengan banyak ketika perut “kosong”, tetapi parasnya mula berkurangan apabila perut mula penuh diisi dengan makanan. Hormon ini merupakan sebahagian dari sistem komunikasi antara perut dan otak yang mana seterusnya ditafsir oleh otak sama ada anda masih lapar atau sudah kenyang. Sekiranya anda makan terlalu laju/gelojoh, ada kemungkinan anda akan makan secara berlebihan kerana otak lambat mentafsir signal dari sistem komunikasi ini.

9 – Sepanjang tempoh 2-3 jam selepas makan – Dibantu air yang diminum selepas makan, makanan yang separa cerna (pejal) tadi telah mula bertukar rupa/fizikal sedikit demi sedikit sehingga menjadi cair pekat berkrim (seperti kuah Campbell Soup, tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat). Kini ia tidak lagi dikenali sebagai makanan, sebaliknya dikenali sebagai “chyme“. “Pyloric sphincter” mula melonggarkan ikatannya dan sedikit demi sedikit chyme masuk ke dalam bilik yang baru, iaitu Usus Kecil. Untuk satu sesi bukaan, hanya kira-kira 3ml chyme sahaja yang akan dipancutkan ke dalam usus kecil. Bukaan sphincter ini pula adalah kecil sahaja justeru makanan yang belum bertukar kepada chyme tidak boleh masuk selagi tidak menjadi chyme sepenuhnya.
stomach+chyme

10 – Selepas 2-3 jam anda makan – Kini sebahagian besar chyme dari makanan yang dimakan tadi sudah berada dalam usus kecil. Pencernaan lemak baru sahaja bermula pada ketika ini (dengan kehadiran enzim Lipase dari Pankreas) dan ia berlaku pada bahagian awal usus kecil yang dikenali sebagai duodenum. Pencernaan dan penyerapan lemak, protein dan karbohidrat juga berlaku dalam usus kecil. Pada ketika ini 3 organ akan memainkan peranan penting mereka:

- Hempedu (gall bladder) – membekalkan “bile salts” untuk memudahkan penyerapan lemak.- 
- Pankreas – membekalkan komponen bikarbonat untuk meneutralkan kembali chyme yang bersifat asid (sebab dah bergaul dengan jus perut tadi); juga membekalkan enzim tambahan Trypsin dan Chymotrypsin untuk memecahkan lagi protein menjadi lebih ringkas (peptida + asid amino) dan enzim pancreatic amylase untuk menyambung kembali proses menukarkan karbohidrat (kanji) kepada  oligosaccharides.
- Usus kecil itu sendiri – dindingnya mengandungi sel yang berfungsi meneutralkan kembali asid disamping membekalkan enzim pencernaan untuk memecahkan lagi nutrien menjadi komponen yang LEBIH ringkas. Villi pada permukaannya berfungsi menyerap nutrien untuk disalurkan terus ke darah. Villi berbentuk seperti jejari panjang, tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi luas permukaan agar mampu menyerap lebih banyak nutrien pada satu-satu masa.

11 – Selepas 5 jam anda makan – Sebahagian besar nutrien telah diserap dan majoriti yang tinggal adalah saki-baki campuran molekul triglyceride, monoglycerides dan asid lemak bebas (kesemuanya berasal dari komponen lemak). Lemak sememangnya mengambil masa yang lama untuk dihuraikan menjadi molekul yang lebih kecil (rujuk bahagian “Makanan Berlemak” dalam entri ini).

12 – Selari dengan kehadiran chyme yang baru masuk (orang yang kuat makan chyme nya mesti tak henti-henti masuk berbanding orang mempunyai timing makan yang baik), chyme yang sedia akan terus maju bergerak menyusuri usus kecil disamping nutrien dan air darinya juga diserap. Sehingga satu ketika, chyme yang sedia ada sudah sampai ke pintu sempadan “usus kecil – usus besar”. Pada ketika ini majoriti nutrien dalam chyme sudah diserap dan apa yang tinggal hanyalah “bahan-bahan yang tidak boleh diserap”. Kenapa tidak boleh diserap? Kerana saiznya masih besar dan tidak muat untuk diserap oleh villi ke dalam darah. Kenapa saiznya masih besar? Kerana tiada enzim yang boleh memecahkan ia menjadi molekul yang lebih ringkas. Sebagai contoh cellulose yang membentuk komponen ‘serat makanan‘. Chyme yang tinggal ini seterusnya dihalau keluar ke usus besar untuk proses seterusnya.

13 – Selepas 8 jam anda makan – Episod seterusnya berlaku dalam usus besar sepanjang 1.5 meter dan mengandungi lebih 400 spesis bakteria termasuklah E. coli. Bakteria-bakteria ini, dikenali sebagai “Normal Flora”. Kehadiran saki baki chyme yang tidak terserap tadi merupakan pesta buat bakteria-bakteria ini kerana saki baki makanan yang tidak dicerna/diserap ini merupakan makanan mereka (seterusnya dipecahkan lagi molekulnya oleh mereka). Pada peringkat ini, hanya air sahaja yang akan diserap oleh tubuh berserta saki baki sodium. Selari dengan pergerakan saki baki ini menyusuri usus besar, kandungan air di dalam saki baki ini makin berkurangan, seterusnya semakin mengeras lalu menjadi pejal. Pepejal ini pula akan disimpan dalam “launching dock” yang dikenali sebagai “rectum”, sebelum dilepaskan, “blast off” sebagai TAHI apabila tiba masanya.

Demikianlah kronologi perjalanan sebuah subjek yang dikenali sebagai “makanan”. Semoga selepas membaca entri ini anda sedikit sebanyak akan lebih menghargai setiap butir makanan yang masuk ke dalam mulut anda. Mereka yang selama ini tidak tahu akan hal ini pastinya hanya mengetahui 2 perkara sahaja – makan dan berak, makan dan berak, DAN makan dan berak. Apa yang berlaku di antara “makan” dan “berak” itu, mereka tidak pernah sedar atau ambil tahu. Tahniah, kerana anda sudah ambil tahu.

HNZL 

Boleh buka link ini utk lebih jelas dengan gambarajah penerangan...

http://mediksureshop.blogspot.my/2015/12/pencernaan-tajuk-bagaimana-perjalanan.html

Monday 3 August 2020

TAUGEH - PANJANG USIA PART THREE

*πŸ’₯ TAUGEH - Panjang Usia πŸ’₯ (Part Three)*

Sebab Taugeh sesuai diamalkan pada tiap-tiap hari... ada 6 sebab dan kita dah bincang yg pertama di part two yang lalu....

2. Taugeh sesuai lebih lagi dari kekacangan kerana khasiatnya. Zat-zat makanan yang terdapat pada Taugeh bernilai lebih tinggi daripada kekacang. Sebelum disemai kekacang ada kekurangan zat-zat penting namun apabila ia bertunas dan tumbuh maka ia menyerap, menambah dan mengeluarkan za-zat makanan yang kekurangan itu.

3. Taugeh mudah dihadam dan sesuai di makan mentah kepada mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Kandungan enzimnya bertindak menukar lemak dan minyak menjadi karbohidrat sewaktu ia memproses tunas yang menyebabkan ia lebih mudah dihadam. Protein bertukar menjadi asid amino melalui tindakbalas hidrolisis semasa tempoh bertunas.

4. Taugeh bebas daripada racun. Biasanya ia tidak menggunakan racun. 

5. Taugeh tidak memerlukan masa lama untuk dimasak. Ia tidak memerlukan pencucian yang teruk dan mudah untuk dipotong. Apapun ia lebih baik dimakan mentah sebab apabila ia dimasak 83% daripada enzimnya hilang. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada Taugeh mentah ada 2 kali ganda lebih tinggi dari yang dimasak. 

6. Taugeh menjimatkan. Kalau anda semai 1 kilogram kacang maka ia akan menghasilkan 6 kilogram taugeh. 

So makan taugeh ye... banyak manafaat serta sangat-sangat sesuai dalam situasi kegawatan ekonomi ini... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Tanam jurus Taugeh dgn Air Kangen pasti lebih khasiatnya... kena cuba nie... 😁😁😁

Wallahuaklam....

HNZL
πŸ’« Memanafaatkan Ilmu πŸ’«

Join Group Whatsapp dgn klik link ini... https://chat.whatsapp.com/GA40UDIYO9E0Ussss1Qy02

Saturday 1 August 2020

Taugeh - Panjang Usia - Part Two

*πŸ’₯TAUGEH - Panjang UsiaπŸ’₯ (Part Two)*

Taugeh antara sayuran yang super tidak diketahui... part one kita dah bincang apa yang Taugeh boleh lakukan kepada kesihatan anda dan di sini kita akan huraikan dengan lebih mendalam lagi... Jom baca nie...

Terdapat 6 sebab kenapa Taugey ini bagus di makan...

1. Taugeh adalah merupakan makanan lengkap yang kaya dengan zat-zat makanan untuk membantu memerangi tekanan, menghindar penyakit jantung, menguatkan sistem pelalian, menyembuhkan luka serta mempertingkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin dan juga daripada makanan yang berasaskan binatang.  

Ia juga mengandungi Vitamin A,B,C,G dan K. Daging dan hati mengandungi Vitamin K yang bertindak mencegah pembekuan darah tetapi jika anda tidak menggemari kedua-dua ini maka taugeh boleh jadi penganti yang terbaik. Taugeh juga adalah sumber Vitamin C yang termurah dan lebih berkhasiat daripada setengah sayuran dan buah-buahan. 

Ia juga kaya dengan protein. Jika dibandingkan kandungan proteinnya adalah 5 kali ganda yang terdapat pada epal. Ia bebas daripada kolesterol dan lemak tepu yang menjadikan ia kurang risiko serangan jantung dan tekanan darah tinggi. So pesakit jantung start ambil Taugeh naa... 😊😊😊... 

Selain dari itu ia juga dikatakan boleh menghalang dan merawat selsema, penyakit sengal-sengal tulang dan penyakit gusi. Banyak kelebihan makan Taugeh ni yang sekarang kita ketahui namun sesuatu yang pasti di sini ialah Taugeh bagus dimakan dan tidak ada masalah kalau anda makan banyak kerana ia tidak akan memudaratkan kesihatan. πŸ‘πŸ‘

Seperkara yang menarik juga di sini kepada yang nak menguruskan badan elok lah makan Taugeh ini kerana ia adalah antara makanan yang sesuai dimakan dan mengandungi rendah kalori namun kaya dengan lesitin yang bertindak mempercepatkan proses memecahkan lemak.... Ini pasti menarikkan... 😁😁😁... so you Guys yang nak kurus better makan Taugeh dah start hari ni.... 🀘🀘🀘

Taugeh juga kaya dengan serat... bermakna ia baik untuk pencernaan makanan serta baik untuk kesihatan jantung. Ingat serat sangat penting untuk perut dan usus kita serta darah kita. Elok makan serat banyak untuk anda lebih sihat.. Taugeh antara pilihan terbaik...

Agaknya lepas ni di market akan mengalami satu fenomena kekurangan bekalan Taugey...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Sebarkan maklumat ini dan suruh family dan rakan-rakan anda makan Taugeh. Forward info ini kalau anda ambil peduli...

Semoga bermanafaat dan kita mengamalkan pemakanan sihat serta berkhasiat. Ada 5 lagi sebab kena makan Taugeh.. kita tunggu next posting.

Wallahuaklam...

HNZL
🐝Memanafaatkan Ilmu🐝

Join Group Whatsapp Info Kesihatan dengan klik link ini... https://chat.whatsapp.com/GA40UDIYO9E0Ussss1Qy02

Tuesday 28 April 2020

PSYLLIUM HUST DAN BIJI SELASIH MERAH

*🌹PSYLLIUMS HUST DAN BIJI SELASIH MERAH*🌹

Gabungan Psyllium Hust dan Biji Selasih Merah memberikan satu fanomena baru dlm menjaga kesihatan. Apabila digabungkan ia beri efek yg sgt menajubkan dlm penyembuhan kpd beberapa masalah. Saya akan cuba berikan sinopsi setiap satu produk ini utk kita fahami akan apa kelebihannya  

Saya jumpa khasiat Biji Selasih Merah ni pada masa saya tengah mencari sesuatu utk dijadikan sebagai satu booster antaranya kpd permasalahan salur darah yg ada masalah tersumbat dan perut serta usus yg ada masalah.... payah cari yg biji selasih merah nie.. yg biasa jenis hitam byk tapi yg merah nie special sikit... bila pula digabungkan dgn Psyllium Hust.. dia jadi Super duper.... 🀭🀭🀭

Khasiat bila mengamalkan biji selasih merah...salah satu biji bijian yg disebut didlm alquran (yg ni saya tak pasti jika ada sesiapa ada maklumat mohon share).

πŸ‘ Untuk Penjagaan mata
πŸ‘ Rendahkan Kolestrol
πŸ‘ Jaga Kencing Manis
πŸ‘ Rendahkan Darah tinggi
πŸ‘ Elak dari Sakit Jantung
πŸ‘ Redakan masalah Gastrik
πŸ‘ Meningkatkan prestasi seksual lelaki dan wanita
πŸ‘ Kuatkan tenaga batin
πŸ‘ Bantu melawaskan pembuangan air besar/kecil
πŸ‘ Ubat Sakit Saraf
πŸ‘ Hilangkan lenguh2 
πŸ‘ Redakan Sakit Gout
πŸ‘ Kurangkan buncit
πŸ‘ Cepat pulihkan perempuan bersalin

Psyllium Husk pula berasal dari India, dan berasal dari benih tumbuhan dikenali sebagai Plantago ovata. Ia amat kaya dgn serat. Serbuk psyllium juga adalah makanan tambahan larut air tetapi mudah dicernakan. Ia adalah fiber yg sgt Natural serta organik pula. Ia jg sejenis gelatin dan bagus utk bakteria2 baik dlm usus sebagai pemakan mereka.  

πŸ‘‰ Ia berguna utk usus yg sihat dan lain2 fungsi gastrousus. 
πŸ‘‰ Ia memanafaat kpd orang2 yg mempunyai kolesterol tinggi.
πŸ‘‰ Ia bantu org yg ada masalah kencing manis. Mengawal gula dlm darah
πŸ‘‰ Ia jg dpt membantu mengawal obesiti dan mencapai penurunan berat badan yg dikehendaki.
πŸ‘‰ Ia dpt menstabilkan ketidakseimbangan hormone bg terutamanya kpd wanita.
πŸ‘‰ Ia berfungsi besar untuk sembelit. 
πŸ‘‰ Ia melegakan kesakitan yang dikaitkan dengan buasir.
πŸ‘‰ Ia memainkan peranan pelincir.  
πŸ‘‰ Ia berkesan membersihkan kolon.
πŸ‘‰ Ia membantu anda untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang normal.
πŸ‘‰ Ia mengurangkan kembung dan angin. 
πŸ‘‰ Ia dianggap sebagai julap semulajadi yang selamat.
πŸ‘‰ Ia berfungsi besar bagi ulser perut dan usus.
πŸ‘‰ Ia digunakan untuk merawat pedih ulu hati. 
πŸ‘‰ Ia membantu dalam penurunan berat badan semula jadi.
πŸ‘‰ Ia dianggap sebagai ubat terbaik bagi kes-kes yang ringan dan sederhana cirit-birit.

Ini adalah satu gabungan yg agak super bg saya slps byk testimoni yg kita perolehi dr rakan2 yg mencuba dan sekarang saya jadikan ia sebahagian dr tambahan kpd perawatan dgn produk2 lain spt Piper Turmeric dan MyNutre.

Ada cara bancuhnya utk gabungan ini. Akan saya ceritakan kpd mereka yg nak cuba amalkan. 2 benda ni tak mahal tapi efeknya sangat mahal.. tambah lg info yg bagus menjadikan ia benar2 mahal. Jom amalkan sesuatu yg baik ini... 😁

Mai try... baguih habaq kat saya semula.. produk ni saya tak buat tapi saya gabungkan dgn yg saya buat utk rawatan... tapi kalau nak order saya ada stok byk utk anda.. pm saya...

Nota :- Tidak sesuai utk org yg mengandung. Di larang ambil gabungan ini. Namun jika hanya Psyllium Hust shj tidak jd masalah. 

Wallahuaklam...

HNZL
✨Memanafaatkan Ilmu✨

Join tajuk perbincangan pasal Info Kesihatan di link di bawah ini...

Whatsapp Group Info Kesihatan Chat : https://chat.whatsapp.com/BB3dgNeFUFfAnYCCFy1XwW

Telegram Info Kesihatan Group : https://t.me/joinchat/Hu9dJBQxexFJ6encOfa3EQ

FB Group Info Kesihatan link : https://www.facebook.com/groups/243330996035072/?ref=share

FB link : https://www.facebook.com/ahmad.nizal.77

Wednesday 29 January 2020

*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part FourπŸ’₯πŸ’₯*

Ni informasi tambahan pasal Madu Asli utk rawat Gastritis...

πŸ‘‰ Madu dapat bunuh Kuman H. Pylori pada luka gastritis.

πŸ‘‰ Kesan bunuh kuman ni tak ada pada ubat gastrik biasa

πŸ‘‰ Dlm madu sudah polifarmasi. Dah cukup nak cover semua jenis ubat gastrik

Cara makan madu utk gastritis...  ambil 2-3 sudu besar selepas makan...

Kekal bersama Madu Asli Al Qudwah naaa... 😁😁😁 Ingat hanya madu asli kualiti shj akan ada efek baik.. yg madu tiruan atau campuran akan ada masalah mengubati atas mungkin kerana bakteria baik dah tak ada..

Ini informasi rujukan yg kajian dan test dibuat... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3074916/

Bukti madu berinteraksi dgn Gastritis... boleh baca dan fahami kenapa Pharmacology amalan madu akan rawat gastritis dan penyakit2 lain.. InsyaAllah...

Wallahuaklam...

HNZL 
✨Memanafaatkan ilmu✨
*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part ThreeπŸ’₯πŸ’₯*

Sebenarnya banyak cara untuk penyelesaian atas permasalahan gastritis ini. Salah satu cara lagi adalah dengan cara pemakanan Sunnah... Jom kita belajar pasal ini juga...

Ingin saya tegaskan semua daripada kita ada masalah gastritis ini cuma mengikut ketahanan badan masing-masing dan juga ikut cara pemakanan serta life stail masing-masing..

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

*PANDUAN UBATI MASALAH GASTRITIS DENGAN MADU TUALANG*

+ Gastritis atau gastrik adalah sakit radang perut.
+ Penyebabnya kerana kesan sampingan ubat sintesis kimiawi (aspirin atau NSAID), alkohol, stress atau kerana bakteria Helicobacter pylori.
+ Gejala: Sakit ulu hati (epigastrum), mual muntah (anoreksia), pendarahan, suhu meningkat, sering sendawa terutama ketika perut kosong.
+ Diagnosis: Endoskopi, histopatologi biopsi, kultur dan serologi

--------------
PERUBATAN KONVENSIONAL
--------------

Ini jenis ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk masalah sakit gastritis...

1. Proton Pump Inhibitor (PPI): Omeprazole
2. Ranitidin
3. Antasid
4. Antiulser
5. Antibiotik (jika penyebabnya jangkitan helicobacter pylori)

--------------
TERAPI ISLAMI MENGGUNAKAN MADU TUALANG
--------------

Selain dari perubatan standard, kita juga boleh ikhtiar dengan pengubatan Thaib Nabawi dan bahan-bahan Natural makanan iaitu,

1. Amalkan makan buah betik (melancarkan pencernaan)
2. Madu (antibiotik alamiah dan sangat baik mengatasi gangguan pencernaan)

Makan makanan dengan jumlah sedikit tapi kerap. Hindari sementara minum kopi, makanan pedas dan masam, santan, makanan yang mengandung gas seperti ubi, buncis, kubis dan lain-lain. 

-----------------
Pesan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, "jika makanan boleh menyembuhkan, jangan beralih ke ubat-ubatan.."

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

GASTRIK CARA PENYELESAIAN - Part Two

*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part TwoπŸ’₯πŸ’₯*

Kita dah tahu penyebab gastrik dan kali ini kita lihat bagaimana rawatan cara mudah untuk merawatnya....

Untuk dikongsikan bersama  pasal Penyelesaian Masalah Penghidap GASTRIK....πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Air alkali dan penghadaman                     
Asid di dalam perut memainkan peranan penting dalam proses mencairkan makanan yang dimakan kepada sejenis campuran pekat. Dari sini, campuran ini akan mengalir melalui usus kecil di mana nutrien dapat diserap ke dalam tubuh badan. Kandungan asid yang tidak mencukupi akan mengakibatkan penghadaman yang tidak sekata.

Oleh itu, persoalan sekarang … apabila air alkali melalui perut, ia akan meningkatkan tahap pH perut dengan kemungkinan mencairkan tahap asid dalam perut. Adakan ini akan merosakkan sistem penghadaman kita???
Cara penyelesaian masaalah di atas adalah senang … Minum air alkali dengan perut kosong dan bukan semasa waktu makan. Apabila perut kosong, air yang diminum akan terus mengalir ke usus, di mana ia akan diserap.

Ketika minum air, perut tidak menghasilkan asid pencernaan kerana air bukan sejenis protein, karbohidrat atau lemak dan sebab ini, ia tidak perlu diuraikan. Minum air dengan perut kosong juga akan menolong mengalirkan sebarang sisa makanan yang tertinggal dari makan yang sebelumnya ke dalam usus. 

Kajian klinikal menunjukkan bahawa air alkali hanya akan meningkatkan pH perut sebanyak 0.5pH – 1pH kira-kira selama setengah jam.

Petua minum Air Alkali:
Minum air alkali 1/2 jam sebelum makan.
Minum air alkali 1 jam selepas makan untuk membenarkan perut selesai mencerna makanan yang dimakan tadi. Cara ini juga dapat membantu mengalirkan baki sisa makanan ke dalam usus.

Usus adalah Beralkali!

Walaupun perut kita memerlukan jus berasid untuk berfungsi dengan baik, usus kita memerlukan persekitaran yang beralkali (pada tahap pH 8.3) untuk menyerap nutrien.
Selepas makanan di bahagian perut telah dicerna, ia akan mengalir ke usus kecil. Makanan yang masih dalam keadaan berasid mungkin akan merosakkan dinding usus.

Oleh itu, air alkali yang melalui perut kosong sebelumnya boleh menolong usus mengekalkan kealkaliannya, agak dapat menyerap nutrien dengan mudah.

Petua kesihatan Air Alkali:
Pakar kesihatan biasanya mensyorkan kita supaya minum air alkali pH 9- pH 9.5 yang sepadan dengan julat pH yang berada di dalam usus kita.

Air Alkali dan Asid Reflux

Sakit asid refluks (juga dikenali sebagai sakit pedih ulu hati) akan berlaku bila makanan dan asid perut mengalir naik esofagus (tiub yang membawa makanan, cecair dan air liur dari mulut ke dalam perut).
Gejala-gejala sakit asid refluks termasuk ketidakselesaan seperti pitam atau susah bernafas.  Jika dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka panjang, asid perut akan membawa kerosakan kepada lapisan dinding esophageal.
Semasa gejala yang akut, kita boleh minum sedikit air biasa untuk mencuci kandungan asid dari bahagian esofagus ke bahagian perut. Minum air secara berlebihan tidak digalakkan kerana ia akan meningkatkan jumlah isi kandungan di bahagian perut dan mengakibatkan lagi refluks.

Bagi sakit asid refluks yang kronik, doktor akan menetapkan antacid, tetapi biasanya ini boleh mendatangkan kesan sampingan. Oleh itu, sesetengah doktor akan menyarankan air alkali bagi mengimbangkan asid perut dan mengekalkan keseimbangan dari segi keasidan dan kealkalian dalam badan.

Petua kesihatan Air Alkali:
Minumlah air alkali sebagai satu cara untuk menangani sakit refluks asid.

Try Air Kangen - Air Alkali.... kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal air kangen malah nak beli air kangen atau nak beli mesin kangen sila contact saya... wasap.my/60194146025/Kangen_Water

Moga bermanafaat kepada anda semua....

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

PEGAGA HERBA KECERDASAN OTAK

*HERBA AJAIB UNTUK KESIHATAN - Part One*

Herba yang diiktiraf oleh WHO untuk kecerdasan otak... kira bahasa mudah bagi kita tu cerdik la senang cakap... 😁😁😁

Saya tak lupa untuk menulis pasal ini dan ada antara kita dah teka dengan betul apabila saya bertanya apa herba yang bagi kita cerdik.. Jom kita lihat herba apa... 😊😊😊

Manfaat hebat herba yang meningkatkan fungsi otak.... *HERBA PEGAGA*.... 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. 

Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Gotu Kola, Pegaga atau Brahmi, adalah salah satu ramuan adaptogenik yang paling kuat di dunia, walaupun dipanggil 'elixir keajaiban hidup' dan 'farmasi dalam satu ramuan' dan untuk alasan yang terbaik bagi semua orang menggunakannya.

Jika anda diberitahu terdapat tumbuhan tropika purba yang berasal dari Malaysia yang dapat meningkatkan fungsi otak (untuk kanak-kanak dan orang dewasa), mempercepatkan penyembuhan luka dan mempunyai antioksidan yang kuat dan juga meningkatkan kualiti kulit keseluruhan - tidakkah anda ingin mencubanya dengan lebih serious lagi....? πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Selama beribu-ribu tahun sebagai ramuan herba panjang yang kuat, Pegaga dikenali sebagai herba kerohanian di India, dan "air mancur belia" di China kerana keupayaannya untuk mempercepat penyembuhan luka, melindungi hati,  dan membantu menyembuhkan segala-galanya.

Gotu Kola yang dikenali sebagai Centella Asiatica, Pennywort India, Brahmi dan Pegaga di Malaysia adalah tumbuhan yang ditanam di negara-negara tropika panas seperti Malaysia, Indonesia, India, Sri Lanka dan juga Pasifik Selatan.  Ia telah digunakan dalam Ayurvedic dan perubatan tradisional Cina untuk merawat dan meringankan pelbagai keadaan termasuk jangkitan selesema, kelesuan dan bakteria, virus dan kulat yang biasa.

Daun tumbuhan digunakan sebagai bahan utama dalam krim, kapsul, sebagai teh atau bahkan dimakan segar.  Ia mengandungi nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B dan phytonutrients (tanin, polifenol, flavonoid).  

Di sini di Malaysia Pegaga dimakan segar dan merupakan ramuan ulam, salad Melayu tradisional yang terdiri daripada herba dan sayur-sayuran mentah seperti Ulam Raja, Selom dan Pegaga.

Profesor Gerard Bodeker, Pengerusi Inisiatif Global berasaskan Oxford berkata Pegaga baik untuk Sistem Kesihatan Tradisional yang melakukan penyelidikan doktoralnya di Universiti Harvard yang memberi tumpuan kepada perubatan Ayurveda dan Cina.  Ini apa yang dia perkatakan:.....

 "Pegaga telah menjadi pokok herba Melayu (ulam) sepanjang sejarah.  Secara semulajadi, ia telah membantu mengekalkan kualiti kulit yang muda dan minda yang jelas.  Apakah tumbuhan yang indah ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dan fibronektin yang membawa kepada keanjalan kulit dan kehamilan yang lebih baik, sementara juga meningkatkan hubungan otak.  Sekarang kita memahami sains di sebalik manfaat yang generasi sebelum kita tahu dari pengalaman.  Ia adalah tonik otak yang baik bahawa setiap pelajar harus mempunyai ini setiap hari dan kebanyakan orang dewasa boleh melindungi otak penuaan dengan memakannya juga."

Jadi Pegaga ini sangat baik untuk otak dan ia menjaga kesihatan otak dengan baik. 

InsyaAllah saya akan menulis lebih lanjut pasal kelebihan mahkota herba di Malaysia ini dan saya juga akan keluarkan Ubat Cerdik ini tak lama lagi... InsyaAllah... Nak Cerdik kan.. saya bagi anda semua cerdik... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Wallahuaklam...

HNZL
Memanafaatkan Ilmu

Sunday 26 January 2020

CANTIK DENGAN TERAPI OKSIGEN

πŸ’¦πŸ’¦CANTIK DENGAN TERAPI OKSIGENπŸ’¦πŸ’¦

Haaa.... tajuk menarikkan....kan..... 😁😁😁 terutama kepada wanita yang mementingkan kecantikan diri tak kurang juga untuk lelaki yang mahu menjaga penampilan. Lelaki ni kurang sikit nak ambil kisah pasal kecantikan namun penjagaan kulit juga sangat penting untuk kesihatan menyeluruh. Jom kita baca beberapa fakta dalam tulisan ini semoga anda akan dapat ilmu pasal kecantikan ke arah kesihatan...

Perkara yang paling kita semua ketahui apabila semakin bertambah usia akan membuatkan kulit wajah memerlukan penjagaan lebih rapi terutama bagi mereka yang sering terdedah dengan cuaca panas, penyaman udara dan udara kurang bersih.

Selain itu kemasukan oksigen dan pengambilan makanan nutrien untuk kulit yang semakin berkurang juga boleh menyebabkan dehidrasi kulit.

Bagi wanita yang mementingkan penampilan diri perkara ini sering menjadi kebimbangan utama mereka. Ini kerana masalah seperti cela hitam, jerawat, kulit kusam dan pigmentasi bukan sekadar menjejaskan penampilan malah menghakis keyakinan diri.

Tanda kulit kekurangan oksigen apabila timbul kedut halus dan kulit tampak kusam yang seharusnya diberi perhatian.

Seiring perkembangan zaman banyak pusat kecantikan menawarkan pelbagai rawatan wajah menggunakan teknologi tinggi tanpa memerlukan suntikan atau prosedur menyakitkan atau membelanjakan ribuan ringgit untuk kelihatan menawan.

Namun ada kaedah mudah dan tidak menggunakan belanja yang banyak adalah salah satu terapi yang baik untuk meremajakan kulit adalah dengan rawatan oksigen. Prosedur bukan perubatan ini tidak memerlukan suntikan atau penggunaan sebarang bahan kimia.

Ramai pakar perubatan dan kecantikan berkata rawatan oksigen amat efektif untuk merawat kulit kusam, tidak bermaya dan kering yang sesuai dilakukan semua peringkat usia.

*Oksigen mampu merangsang pernafasan kulit. Dengan bertambahnya bekalan oksigen pada kulit dan tubuh... metabolisme tubuh akan terangsang untuk menghilangkan kesan toksin dan radikal bebas serta dapat melancarkan regenerasi sel.*

Oksigen juga mampu merangsang tumbuhnya sel kulit baru yang menjadikan kulit akan kelihatan lebih muda dan cerah. Oksigen mampu melancar peredaran darah di bawah kulit. Ia membuatkan kulit wajah menjadi lebih lembap dan mulus, kulit wajah lebih bercahaya, bersih dan tampak muda kembali.

Oksigen yang digunakan biasanya ditambah dengan beberapa suplemen yang baik untuk membantu keberkesanan dengan lebih baik dan cepat menjadikan kulit kekal anjal dan mengurang atau menghilangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Piper Turmeric, UKON, Black C dan MyNutre adalah antara Supplement baik untuk kulit dan kesihatan. 

Di samping ini juga elemen penting lain adalah air yang anda minum yang seharusnya mencukupi serta yang dapat memberikan Antioxsidant tinggi kepada tubuh badan adalah juga penyumbang penting. Gunakan Air Kangen 9.5 untuk minum sebagai Antioxsidant tinggi. Air Kangen 6.0 gunakan untuk spray keseluruh kulit untuk kecantikan. Antioxsidant Air Kangen segelas fresh sebaik diambil dari mesin kangen dapat dibandingkan dengan makan 5kg Brocoli.

Mesin Oksigen hari ini sudah available dengan harga mampu milik anda tidak lagi seperti dahulu yang harga mencecah paling kurang RM 5,000.00 tetapi hari ini hanya RM 2,500.00 sahaja. PM saya untuk bantu anda memiliki mesin kesihatan ini. 😁😁😁

Amalkan yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan diri anda....

Wallahuaklam...

HNZL
✨Memanafaatkan Ilmu✨