Thursday 7 May 2015

AIR KELAPA

Kesan Minum Air Kelapa Secara Kerap

Kesan Minum Air Kelapa Selama 7 Hari | Air Kelapa, antara minuman yang cukup popular. Selain dapat melegakan tekak yang dahaga, air kelapa juga dapat menurunkan suhu badan.

Kajian menunjukkan air kelapa dan plasma darah manusia mempunyai struktur yang hampir sama. Pernah dulu orang menggunakan air kelapa sebagai gantian darah dan berjaya menyelamatkan banyak nyawa.

Air kelapa merupakan sejenis minuman yang berkhasiat dan mempunyai keajaibannya yang tersendiri. Jadi apa manfaat air kelapa kalau diminum secara kerap?

Kesan Minum Air Kelapa Selama 7 Hari

Kesan Minum Air Kelapa Secara Kerap

1) Air kelapa membantu menguatkan sistem imunisasi badan dan dapat membantu menyingkirkan bakteria yang menjadi penyebab jangkitan saluran kencing, gonorrhea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan sejuk, penyakit jangkitan dan typhus.

2) Selain membantu meningkatkan tenaga, air kelapa juga akan mempertingkatkan pengeluaran hormon kelenjar tiroid. Ia bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat bermanfaat atau berkhasiat untuk individu yang mempunyai penyakit buah pinggang. Air kelapa akan membantu membersihkan pundi dan saluran kencing. Ia juga membantu menyingkirkan toksin dan memecahkan batu karang.

3) Kandungan serat yang tinggi dalam air kelapa menjadikannya berkhasiat untuk merawat masalah pencernaan. Jadi tak mustahil pengambilan air kelapa secara kerap boleh mengatasi masalah gastrik.

4) Kandungan lemak dalam air kelapa adalah sangat rendah, jadi anda boleh minum air kelapa dalam jumlah yang banyak tanpa perlu risau. Air kelapa sesuai diminum oleh individu yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia mengurangkan selera makan dan membuatkan anda rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

5) Dari segi kecantikan pula air kelapa boleh digunakan untuk merawat kulit wajah yang bermasalah. Selain mengamalkan meminum air kelapa secara kerap, rutin melembabkan wajah dengan air kelapa juga dapat membantu merawat masalah kulit yang berjerawat, kulit berminyak ataupun kering. Air kelapa akan menjadikan kulit kelihatan lebih bersih dan segar.

6) Ada kajian yang menunjukkan bahawa masalah yang berkaitan kesihatan ketika hamil dapat diselesaikan dengan meminum air kelapa. Air kelapa membantu mengimbangi elektrolit yang tidak seimbang yang boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi.

7) Jika inginkan kulit yang nampak sentiasa terhidrat, amalkan meminum satu cawan air kelapa setiap hari. Malah jika anda rasa kurang bertenaga atau letih, boleh amalkan minum air kelapa untuk memulihkan tenaga dalam badan anda.

Jadi lepas ini, rajin-rajinlah amalkan minum air kelapa ye.

No comments:

Post a Comment