Monday 3 August 2020

TAUGEH - PANJANG USIA PART THREE

*💥 TAUGEH - Panjang Usia 💥 (Part Three)*

Sebab Taugeh sesuai diamalkan pada tiap-tiap hari... ada 6 sebab dan kita dah bincang yg pertama di part two yang lalu....

2. Taugeh sesuai lebih lagi dari kekacangan kerana khasiatnya. Zat-zat makanan yang terdapat pada Taugeh bernilai lebih tinggi daripada kekacang. Sebelum disemai kekacang ada kekurangan zat-zat penting namun apabila ia bertunas dan tumbuh maka ia menyerap, menambah dan mengeluarkan za-zat makanan yang kekurangan itu.

3. Taugeh mudah dihadam dan sesuai di makan mentah kepada mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Kandungan enzimnya bertindak menukar lemak dan minyak menjadi karbohidrat sewaktu ia memproses tunas yang menyebabkan ia lebih mudah dihadam. Protein bertukar menjadi asid amino melalui tindakbalas hidrolisis semasa tempoh bertunas.

4. Taugeh bebas daripada racun. Biasanya ia tidak menggunakan racun. 

5. Taugeh tidak memerlukan masa lama untuk dimasak. Ia tidak memerlukan pencucian yang teruk dan mudah untuk dipotong. Apapun ia lebih baik dimakan mentah sebab apabila ia dimasak 83% daripada enzimnya hilang. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada Taugeh mentah ada 2 kali ganda lebih tinggi dari yang dimasak. 

6. Taugeh menjimatkan. Kalau anda semai 1 kilogram kacang maka ia akan menghasilkan 6 kilogram taugeh. 

So makan taugeh ye... banyak manafaat serta sangat-sangat sesuai dalam situasi kegawatan ekonomi ini... 😆😆😆

Tanam jurus Taugeh dgn Air Kangen pasti lebih khasiatnya... kena cuba nie... 😁😁😁

Wallahuaklam....

HNZL
💫 Memanafaatkan Ilmu 💫

Join Group Whatsapp dgn klik link ini... https://chat.whatsapp.com/GA40UDIYO9E0Ussss1Qy02

No comments:

Post a Comment