Sunday 26 June 2016

PENGHADAMAN DAN MINUM AIR ALKALI





 

Air alkali dan penghadaman


Sering kita dengar baru-baru ini Air Kangen telah mendapat tempat yang baik di dalam pembinaan Kesihatan yang baik di kalangan masyarakat kita hari ini kerana ia adalah Air Alkali BerIon yang terkini dari kumpulan air alkali yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar air alkali.

Mungkin pembaca ingin untuk melakukan sedikit kajian berkenaan air alkali yang dipasaran dan Air Alkali BerIon yang dikeluarkan oleh Mesin Kangen.

Image result for mesin kangen

Apa kaitan penghadaman dengan air alkali....???

Kita mula dengan Asid di dalam perut yang memainkan peranan penting dalam proses mencairkan atau menghadam makanan yang dimakan kepada sejenis campuran pekat. Dari sini, campuran ini akan mengalir melalui usus kecil di mana nutrien dapat diserap ke dalam tubuh badan. Kandungan asid yang tidak mencukupi akan mengakibatkan penghadaman yang tidak sekata atau pun masa penghadaman akan lebih panjang.
The best , i use and I feel better Indian pharmacy. We’re here to save you money on the very best prescription medication in the world.

Oleh itu, persoalan sekarang … apabila air alkali melalui perut, ia akan meningkatkan tahap pH perut dengan kemungkinan mencairkan tahap asid dalam perut. Adakan ini akan merosakkan sistem penghadaman kita???

Jawapannya adalah tidak sehingga merosakkan sistem penghadapam namun adalah baiknya jika kita melakukan cara mudah untuk penyelesaian masalah di atas adalah sangat mudah … Minum air alkali pada ketika perut kosong dan bukan semasa waktu makan atau baru selepas makan.

Image result for usus manusia

Apabila perut kita kosong, air yang diminum akan terus mengalir ke usus, di mana ia akan diserap.
Ketika minum air, perut tidak menghasilkan asid pencernaan kerana air bukan sejenis protein, karbohidrat atau lemak dan sebab ini, ia tidak perlu diuraikan.
Minum air dengan perut kosong juga akan menolong mengalirkan sebarang sisa makanan yang tertinggal dari makan yang sebelumnya ke dalam usus.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa air alkali hanya akan meningkatkan pH perut sebanyak 0.5pH – 1pH kira-kira selama setengah jam.

Nak anda sudah faham kan permasalahan ini.....

Petua minum Air Alkali:
  • Minum air alkali 1/2 jam sebelum makan.
  • Minum air alkali 1/2 jam selepas makan untuk membenarkan perut selesai mencerna makanan yang dimakan tadi. Cara ini juga dapat membantu mengalirkan baki sisa makanan ke dalam usus.

Usus adalah Beralkali!

Image result for usus manusia bersifat alkali

Walaupun perut kita memerlukan jus berasid untuk berfungsi dengan baik, usus kita memerlukan persekitaran yang beralkali (pada tahap pH 8.3) untuk menyerap nutrien. Ini sangat penting kerana kalau usus kita berada pada tahap asid tinggi maka akan terhasil satu lapisan di usus kita sebagai satu pendeposit.

Selepas makanan di bahagian perut telah dicerna, ia akan mengalir ke usus kecil. Makanan yang masih dalam keadaan berasid mungkin akan merosakkan dinding usus.

Oleh itu, air alkali yang melalui perut kosong sebelumnya boleh menolong usus mengekalkan kealkaliannya, agak dapat menyerap nutrien dengan mudah.

Petua kesihatan Air Kangen:
  • Pakar kesihatan biasanya mensyorkan kita supaya minum air alkali pH 9- pH 9.5 yang sepadan dengan julat pH yang berada di dalam usus kita.

Air Alkali dan Asid Reflux

Sakit asid refluks (juga dikenali sebagai sakit pedih ulu hati) akan berlaku bila makanan dan asid perut mengalir naik esofagus (tiub yang membawa makanan, cecair dan air liur dari mulut ke dalam perut).

Gejala-gejala sakit asid refluks termasuk ketidakselesaan seperti pitam atau susah bernafas.  Jika dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka panjang, asid perut akan membawa kerosakan kepada lapisan dinding esophageal.

Semasa gejala yang akut, kita boleh minum sedikit air biasa untuk mencuci kandungan asid dari bahagian esofagus ke bahagian perut. Minum air secara berlebihan tidak digalakkan kerana ia akan meningkatkan jumlah isi kandungan di bahagian perut dan mengakibatkan lagi refluks.

Bagi sakit asid refluks yang kronik, doktor akan menetapkan antacid, tetapi biasanya ini boleh mendatangkan kesan sampingan. Oleh itu, sesetengah doktor akan menyarankan air alkali bagi mengimbangkan asid perut dan mengekalkan keseimbangan dari segi keasidan dan kealkalian dalam badan.


Petua kesihatan Air Kangen:
  • Minumlah air Kangen sebagai satu cara untuk menangani sakit refluks asid. 





TESTIMONI AIR KANGEN


 Image result for usus manusia bersifat alkali

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjMzre-uMfNAhWBqo8KHdNcBU8QtwIIHjAA&url=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3D0jJFHbfDnH4&usg=AFQjCNHKMg8pj0k5xxJiPShg-x_iGdVdtA&sig2=LpNGjlcRn7GuP0y30xFPuA


Image result for usus manusia bersifat alkali

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjMzre-uMfNAhWBqo8KHdNcBU8QtwIIJzAC&url=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DoBBVrasbPJI&usg=AFQjCNHgB8b86NPigDT18VLyE0t2Za28MA&sig2=h4lTWq7tapj_vSwhJSOEGg



No comments:

Post a Comment