Friday 8 July 2016

PRESPEKTIF ISU SEMASA KANGEN WATER



Penjelasan serba sedikit mengenai isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan KANGEN WATER BUSINESS AND MACHINE dari prespektif individu.

Kebelakangan ini terdapat beberapa penulis dari beberapa web atau facebook yang menulis mengenai SCAM Kangen Water dan beberapa tajuk lain yang berkaitan.

Admin akan cuba menjawab sebaik mungkin terhadap kenyataan yang diutarakan agar menjadi panduan kepada kita sendiri untuk membuat penilaian terbaik. Jawapan ini bukan bertujuan untuk menjawap semua tuduhan namun memberikan sedikit perspektif untuk sama-sama kita ambil panduan dan juga untuk kita buat nilaian tersendiri. Admin mengambil pendekatan bahawa Setiap persoalan mesti ada jawapan atau setiap permasalahan mesti ada jalan penyelesaiannya..


Isu berkeanaan FB Kementerian Kesihatan yang menyatakan Air Kangen tidak dilesenkan di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Merujuk kepada isu permasalahan ini ada 2 perkara penting untuk difahami:-
1.      Air Kangen yang dijual tidak dilesenkan.
2.      ‘Claim’ menyembuhkan penyakit.

Jawapan isu ini – sememang Air Kangen tidak didaftarkan di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana mengikut polisi syarikat tidak membenarkan untuk jual air kangen pembotolan kerana syarikat tidak memohon lesen untuk ini dan hanya mempunyai lesen untuk menjual Mesin Kangen sahaja.

Sila rujuk kepada link di bawah ini berkenaan peraturan tersebut



Oleh kerana syarikat Enagic yang mengeluarkan Mesin Kangen ini mendaftar di bawah Akta Jualan Langsung untuk menjual Mesin Kangen maka syarikat Enagic boleh mendaftarkan sesiapa sahaja yang ingin jadi agen pengedar dan penjual di bawah Akta ini untuk menjual Mesin Kangen.

Apa yang berlaku ada sesetengah dari agen yang membeli Mesin Kangen atau pembeli Mesin Kangen ini yang bertindak menjual Air Kangen yang dibotolkan mereka sendiri secara komersial atau secara terbuka di pasaran samada melalui jualan terus atau jualan melalui siber. Maka ini adalah salah disisi perundangan Malaysia. Jika sekiranya mengikut ketetapan undang-undang berkenaan ini di mana Air Kangen tidak boleh dibotolkan selagi tidak mendapat lesen pembotolan yang sepatutnya dipohon oleh sesiapa yang berhasrat untuk menjual Air Kangen yang dibotolkan.

Pada sudut lain pula jika dilihat dari kebenaran dan kelulusan kepada syarikat Enagic yang mengeluarkan Mesin Kangen hanya membenarkan jual Mesin Kangen sahaja. Jadi apa yang sepatutnya mereka jual adalah Mesin Kangen atau pada asasnya kongsi Air Kangen sahaja bukan membotolkan dan jual di pasaran terbuka.

Yang kedua apabila agen yang menjual membuat ‘claim’ mengenai Air Kangen yang boleh merawat penyakit yang berbagai-bagai ini juga salah kerana dari syarikat Enagic sendiri tidak membuat ‘claim’ yang sebegitu. Jadi kesalahan ini terletak kepada agen. Mengikut undang-undang Malaysia tidak boleh buat ‘claim’ merawat atau menyembuh penyakit ke atas sesuatu produk kerana ini perlu di buat kajian terperinci untuk dapat perakuan begini untuk diluluskan di bawah undang-undang.

Membandingkan sebagai kefahaman di mana seseorang membuat sesuatu produk kesihatan dengan maksud untuk dijual di pasaran terbuka maka ia buat ‘claim’ bahawa produk nya boleh merawat dan menyembuhkan penyakit itu dan ini maka tindakan ini adalah salah di sisi perundangan sekiranya ia tidak didaftarkan. Sepatutnya produk tersebut perlu didaftarkan serta dipohon kelulusan dahulu atas ‘claim’ yag dibuat itu kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan kelulusan untuk menjual produk tersebut.  Sama seperti Air Kangen ini jika ‘claim’ dibuat atas boleh menyembuhkan dan merawat penyakit maka ia harus didaftarkan sedangkan pada asasnya syarikat Enagic tidak melakukan ini kerana syarikat menjual hanya Mesin Kangen yang mempunyai sifat air yang baik untuk kesihatan sahaja.

Menjawap secara terperinci dari masalah ‘claim’ atau kesan dari minum Air Kangen ini adalah sepatutnya agen faham dan boleh menjelaskan akan tindak balas dari minum Air Kangen ini. Dengan kata mudah Air Kangen yang dikeluarkan dari Mesin Kangen ini mempunyai air yang berunsur baik di mana ia boleh berinteraksi dengan tubuh badan dan menghasilkan kesan +ve kepada tubuh badan kepada mereka yang meminumnya.

Air Kangen ni bukan air ajaib atau air yang merawat penyakit tetapi air ini adalah air yang boleh memberi kesan baik kepada sistem tubuh badan..... Sebab ia merawat sel-sel dalam badan kita menjadi sel-sel sihat. Menghapuskan sel-sel radikal yang menyebabkan sakit serta badan berkeadaan asid terlebih. Dengan tindakan ini sistem tubuh badan akan menjadi lebih kuat dan dengan sendirinya boleh melawan penyakit yang dihadapi.

Sebab tu ada kesan orang yang berpenyakit ada yang merasai kesan baik bila minum Air Kangen. Jadi bukan air yang merawat tetapi sistem tubuh badan dan sistem imunisasi tubuh badan meningkat yang melawan penyakit. Dengan kata lain ada kesan +ve bila minum cuma kita tidak boleh ‘claim’ air ini merawat. Sama juga bila kita minum air Zam-Zam yang mana kita ada kesan rasa +ve pada tubuh badan kita.


Ada persoalan dari mana datang ‘claim’ ini semua yang mengatakan Air Kangen boleh merawat dan menyembuhkan.

Sememang tidak ada klinikal pengiktirafan terhadap Air Kangen dalam merawat atau menyembuhkan penyakit yang telah dibuat kajian yang dapat di terima pakai oleh Pakar-Pakar Perubatan Moden yang berdaftar. Kebanyakan yang ada adalah dari testimoni-testimoni pengguna Air Kangen seluruh dunia dan juga banyak di Malaysia yang meminum Air Kangen ini dan mendapat kesan-kesan +ve dan itu adalah asasnya. Mengikut cara standard dan cara yang sepatutnya sememangnya ini tidak boleh dijadikan sebagai satu ‘claim’ bahawa Air Kangen ini boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tersebut namun pada hakikatnya ini yang berlaku.


Cuma terdapat banyak kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pakar-pakar dalam bidang perubatan yang memberikan tulisan yang sangat baik bagi menyokong kepada penggunaan Air Alkali Berion yang seumpama Air Kangen malahan ada yang menyebut Air Kangen adalah yang terbaik untuk digunakan bagi mengatasi permasalahan penyakit-penyakit kerana unsur pada Air Alkali Berion ini adalah unsur-unsur yang diperlukan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit tersebut.

Sila buka web ini untuk kita baca komen-komen dari mereka yang professional dan pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan.


Namun tidak ada satu kajian yang dibuat sehingga boleh mengeluarkan satu pengiktirafan Perubatan Moden yang boleh menerima ini. Tetapi pengamalan Air Alkali Berion ini telah membuktikan bukan 100-200 tetapi ribuan malahan hari ini mencecah Jutaan manusia di seluruh dunia yang menggunakan Air Alkali BerIon ini.

Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa Mesin Kangen sebagai satu produk yang didaftarkan di bawah Akta Jualan Langsung sahaja maka produk Mesin Kangen ini memang mempunyai beberapa sijil-sijil pengiktirafan seperti ISO 13485 iaitu sijil Medical Device atau pengiktirafan doktor di Jepun mengenai perakuan syarikat Enagic mengeluarkan produk yang tinggi kualiti untuk perubatan. Sila lihat pengiktirafan di bawah ini.







Ada satu FB ada menyebut pasal air kangen 11.5 menggunakan Electrolyte Enhancher yang mengandungi Sodium Hypochlorite yang membahayakan tubuh badan bila di minum.

Jawapan ringkas Air Kangen 11.5 adalah bukan untuk diminum. Ini telah ditetapkan oleh syarikat Enagic dan ia digunakan untuk kegunaan luaran seperti membasuh, mencuci dan kegunaan luaran tubuh badan. Jadi kalau diambil kira isu ianya membahayakan bila di minum kerana salah satu kandungan dalam Sodium Hypochlorite tersebut adalah lebih dikenali sebagai ‘clorox’ adalah tidak relevan sama sekali kerana ianya bukan untuk di minum. Air Kangen yang untuk diminum adalah 8.5 – 9.5.
Sila rujuk kepada photo mesin yang menunjukkan dengan jelas pH berapa untuk di minum air kangen tersebut.
Image result for uses kangen water
         

Isu mengenai kandungan Sodium Hypochlorite di dalam pembuatan 11.5 dan 2.5 ini ingin ditegaskan bahawa kalau di lihat di dalam ‘clorox’ kandungan ini ada 6% tapi di dalam Electrolyte Enhancer hanya ada 0.001% sahaja. Juga kalau dibandingkan dalam bahan kimia ini  yang digunakan di dalam pembuatan air paip juga adalah sama…

Sila buka link ini….  http://www.enagic-my.com/download/280/

Sememangnya ada beberapa pakar kesihatan ada membuat pendedahan di mana air 11.5 ini baik untuk digunakan sebagai rawatan kepada beberapa jenis penyakit sebagai satu ‘treatment’ namun ia tidak menyatakan sebagai satu ‘claim’ namun pengamalan sesetengah pesakit telah mendapat kesan yang sangat +ve bila mengamalkannya. Ini telah dijadikan sebagai satu testimoni bahawa air 11.5 diguna pakai untuk di minum. Protokol ini ada dikeluarkan daripada beberapa pakar kesihatan dan beberapa agensi seperti Pusat Anti-Cancer USA Institute.

Terserah kepada individu tersebut membuat nilaian dan ingin mengamalkannya namun pada asasnya seperti yang diletakkan sebagai panduan oleh syarikat Enagic penggunakan Mesin Kangen ini bahawa 11.5 bukan untuk di minum masih kekal.

Isu Gas Hydrogen yang mempunyai kesan +ve kepada tubuh badan yang terdapat dalam Air Kangen atau dari sistem electrolysis yang lainnya namun ia tidak boleh kekal lama kerana ia gas yang ‘reactive’ (cepat hilang atau berubah).

Benar… Gas Hydrogen memang bagus untuk sistem badan dan juga benar ianya tidak dapat kekal lama.

Sebab itu kita galakkan minum terus dari Mesin Kangen sebaik ianya dibuat. Minum Fresh terus dari mesin…. Tapi kalau terus dibotolkan ia boleh kekal lebih lama sedikit namun berkurangan dari minum terus. Walaubagaimana pun ingin ditegaskan tidak digalakkan untuk lakukan pembotolan. Hasil kajian banyak menyebut kebaikan air alkali melalui sistem elektrolisis ini. Cuma membandingkan Mesin Kangen dengan mesin lain ada bezanya kerana kualiti setiap mesin tidak sama dan setakat hari ini mesin kangen tetap yang tebaik dari segi pembuatannya serta dari segi engineering nya…

Dengan kata mudah sememangnya betul kesan +ve Gas Hydrogen kepada kesihatan namun penghasilannya dari Mesin Kangen akan hilang jika dibiarkan terdedah lama. Maka di sini kita simpulkan kepada 2 perkara.

Yang pertama Air Kangen yang ada Gas Hydrogen ini sangat bagus untuk kesihatan dan hanya Air Kangen yang mempunyai kesan lebih lama Gas Hydrogen dari mesin yang lain.
Yang kedua Air Kangen harus diminum terus dari mesin bagi mendapatkan semaksima kesan Gas Hydrogen ini namun ia tidak membahayakan sekiranya ianya hilang dan diminum airnya.

Isu mesin kangen mahal dan diminipulasi oleh syarikat Enagic kepada pembeli atau pengguna berbanding mesin lain yang lebih murah.

Kita jelas dahulu kenapa Mesin Kangen ini mahal… kerana ia adalah dari sistem Jualan Langsung atau MLM (Multi Level Marketing) maupun ada agen Kangen yang akan cakap ia bukan sistem MLM sebab ia guna Sistem 8 Point tapi sebenarnya ia sama saja. Cuma kelebihannya sistem 8 Point memberi peluang yang sangat baik kepada agen untuk buat jualan dan dapat pendapatannya baik.

Maka di sini pihak Syarikat Enagic mengelakkan dari keluar wang besar untuk promosi namun ia memberikan satu sistem yang terbaik bagi mengiktiraf pengedar-pengedar atau agen-agennya bagi merebut peluang untuk bersama-sama syarikat membina kerjaya. Ini adalah cara Traditional yang sangat berjaya seperti awal-awal dulu orang jual Tupperware yang di mana agennya buat Home Tupperware Party.

Jadi sebab mahal lah pihak Syarikat Enagic dapat memberikan banyak bonus kepada agen-agen di atas penghargaan mereka membantu mempromosikan mesin kangen tersebut. BENAR…..
  
Di sini ada Pro dan Con nya sebab Mesin Kangen mahal.. maksudnya kalau Pro atau baiknya adalah ia memberikan peluang bagus kepada sesiapa saja untuk jadi agen. Bila sesiapa saja boleh jadi agen akan membawa maksud mesin yang dibelinya boleh didaftarkan sebagia agen jualan di mana akan ada peluang dapat balik duit beli mesin tersebut di samping boleh tambah pendapatan. Semua dapat peluang ini.

Kalau yang Con atau tak baiknya bila orang itu hanya nak beli mesin guna sendiri sahaja ianya akan terasa agak mahal.
Namun ada jawapan lain dari sebab di atas di mana kita harus lihat dari sudut Syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk tersebut. Kita lihat Syarikat Enagic hari ini dimana sudah 46 tahun berada di pasaran tanpa rasa tergugat dan makin hari makin kukuh. Ini adalah salah satu unsur yang kita harus ambil perhatian.

Ada sesetengah komen dalam website menyatakan Syarikat Enagic ini mengaku diri sendiri bahawa mereka mempunyai GOLD STANDARD atas produk yang mereka keluarkan. Kalau dari fakta-fakta yang dikumpulkan adalah BENAR kerana setakat hari ini belum ada satu syarikat yang menjadi pengeluar mesin air yang buat semua komponen dia sendiri. Namun Enagic memang sejak dari dulu lagi mereka telah berdiri dengan sendiri membuat semua komponen produk di dalam satu presmis kilang.

Jadi sebab itu mereka mendapat banyak pengiktirafan dan tambahan lagi hari ini banyak syarikat-syarikat lain yang boleh dikatakan meniru cara pembuatan komponen-komponen dari syarikat Enagic. Malahan ada yang membuat perbandingan produk mereka dengan produk Enagic kerana apa? Tidak lain atas satu sebab kerana produk yang dikeluarkan oleh Enagic adalah satu produk yang SUPER di pasaran hari ini yang menjadi penanda aras kualiti produk mesin air.

Setiap kejuruteraan yang dilakukan oleh syarikat Enagic ini telah mendapat banyak pengiktirafan sebagai MEDICAL DEVICE dan ini juga sebagai penanda aras bahawa Mesin Kangen yang dikeluarkan Enagic mempunyai standard nya tersendiri berbanding produk-produk lain di pasaran.

Apakah kebaikan Air Kangen dari Mesin Kangen….?

Kalau nak ceritakan pasal kebaikan Air Kangen kita kena cerita pasal kebaikan Air Alkali Berion (Ionized Alkaline Water) kerana dengan penjelasan ini dapat membuktikan kebaikan Air Kangen sebab air alkali terdapat 2 jenis. Air alkali dan air Alkali Berion. Yang mempunyai sifat baik yang banyak adalah Air Alkali Berion. Kalau setakat sifat Alkali sahaja tidak akan membawa banyak kelebihan.

Sila rujuk di sini kelebihan air alkali. Ini adalah sebahagian dari web yang menceritakan pasal kebaikan air alkali. Dan ada banyak lagi yang menulis. Sila buat sedikit kajian sendiri. Ini sebagai panduan da nada juga komennya tidak menyebelahi kepada Mesin Kangen namun ia memberi kita prespektif baik untuk buat nilaian

Maupun secara profesionalnya tidak ada kajian yang mengakui tentang kebaikan Air Alkali Berion ini tetapi sudah banyak kajian yang dilakukan serta juga dari pengamalan individu yang menyebut kebaikan Air Alkali Berion ini.

Satu perkara yang kita tidak dapat menidakkan adalah di mana rawatan menggunakan air adalah tidak ada dalam pengamalan perubatan moden sebab itu ia tidak diterima pakai oleh doctor-doktor pakar perubatan cuma ia banyak diguna pakai oleh perawat-perawat Rawatan Alternatif.  


Kesimpulannya kalau air kangen ni tak boleh ‘claim’ boleh mengubat dan air nya tidak boleh di jual dan harga mesinnya mahal macamana nak buat Business Kangen ini….???

Soalan yang tidak susah nak dijawab kalau sekiranya kita betul-betul faham. Masalahnya ramai di luar sana yang tidak faham. Jom kita cuba faham secara terperinci….

Jawapan paling senang dan simple untuk dijawab adalah Business Kangen adalah merupakan business MLM dan ia hanya jual mesin air. Jadi di sini jadi pengedar atau agen maka kena jual mesin bukan jual airnya. Jadi tak perlu nak ‘claim’ air ini boleh mengubati atau seumpanya. Cuma kita boleh cerita kebaikkan air dari mesin tersebut.
Beberapa kebaikan yang kita boleh utarakan di sini seperti :-
-          Ia merupakan air yang terbaik kerana mempunyai 3 unsur yang tinggi di dalam air yang dikeluarkannya. Unsur tersebut adalah :-
o   a). Antioxidant tinggi
o   b). Air Alkali Berion
o   c). Micro Cluster Group Halus
-          Ia mendapat beberapa pengiktirafan dunia maupun pengiktirafan ini tidak dijadikan pengukuran bagi pihak-pihak perubatan tetapi ia adalah pengiktiran tertinggi dalam pembuatan mesin pengeluar air.
-          Ia mendapat pengiktirafan dari 6,500 doktor hanya di Jepun kerana hanya di Jepun telah membuat penilaian tersebut. Di tempat lain tidak dijalankan pengiktirafan ini maka ada yang tidak menerima pengiktirafan ini. Selalunya orang akan membandingkan kenapa di Malaysia tidak ada pengiktirafan sebegini. Jawapannya kerana pihak Syarikat Enagic tidak buat. Mungkin selepas ini diharap pihak Syarikat Enagic akan membantu pengedarnya untuk mendaftarkan.
-          Banyak hasil penggunaan air kangen telah mendapat manafaat yang baik. Maupun ini tidak dijadikan pengukuran dalam ilmu perubatan moden namun pengamalan adalah sesuatu pembuktian yang sangat tinggi yang sepatutnya harus juga kita jadikan pengukuran. Sama dengan banyak rawatan alternative yang menunjuk baikkan penggunaannya namun tidak diterima pakai dalam rawatan moden. Kenapa?
Persoalan ini telah lama ada dan tidak ada penyelesaiannya kerana jawapan tidak ada kajian klinikal yang membuktikan perkara ini. Sama kalau kita sebut Air Zam-Zam boleh mengubati penyakit. Bagi umat Islam akan senang menerima perkara tersebut tapi kalau dari sudut sains maka tidak ada penerimaan bukti air ini boleh merawat.
Maka jawapan kita hari ini… jika sekiranya hendak sesuatu dapat diterima oleh perubatan moden maka kita perlu buat kajian mendalam menepati dari undang-undang dan sememangnya ini tidak dapat dilakukan disebabkan oleh banyak faktor.
Yang paling utama adalah faktor siapa nak biaya kos-kos semua ini. Kalau di bidang farmasi kita tahu siapa yang sanggup membiayai kos-kos besar ini tapi kalau di bidang alternative maka tidak ada sesiapa pun yang sanggup lakukan.
-          Yang terakhir kita buat bandingan adakah air kangen ini elok untuk diminum berbanding dengan air lain. Contoh Air RO yang dikatakan air paling bersih atau Air Mineral yang dikatakan sumber asli mineral atau Air Paip sahaja yang kita tahu permasalahan dari segi paip air pembekalan dan mungkin Air Filter yang darinya air paip disaring dengan filter-filter penapis yang berbagai-bagai kita dapati hari ini?

Hari ini hakikatnya sudah banyak bukti yang kita boleh perolehi rawatan moden tidak dapat menyelesaikan semua masalah dan di sinilah rawatan alternative mengambil tempat. Anda boleh buat pilihan sendiri untuk ke rawatan moden atau ke rawatan alternative atau gunakan kedua-duanya.
Menyedari tentang ini banyak pengamal perubatan alternative mendapat tempat dalam rawatan kerana apa… kerana kegagalan rawatan moden yang terikat penuh dengan etika perubatan yang telah lama diterapkan dan harus diikuti di mana pihak pakar perubatan akan terindung dalam pengamalan rawatan perubatan mereka. Maka di sini kita harus faham bahawa tidak semua perawat moden itu adalah betul dalam pengamalan perubatan mereka dan kekadangnya menyebabkan impak yang sangat besar kepada kita sebagai pesakit. Mereka ini dilindungi oleh undang-undang. Gagal bukan boleh membawa mereka salah pengamalan.

Satu perkara yang sangat penting di sini adalah yang ingin diketengahkan adalah bukannya rawatan tetapi PENCEGAHAN…. Apa kah yang kita boleh dapati dari segi pencegahan dari kita mendapat penyakit.

AIR KANGEN ADALAH SALAH SATU DARI CARA PENCEGAHAN DARI KITA MENDAPAT SAKIT DAN BUKANNYA LEBIH KEPADA RAWATAN BILA KITA KENA PENYAKIT…. JADI ELAKKAN DIRI ANDA SEMUA DARI TERKENA PENYAKIT DENGAN PENGAMALAN BAIK DARI AIR YANG TERBAIK….

Hasrat kita adalah di mana setiap rumah akan mempunyai satu air yang berkualiti untuk kegunaan minuman dan harian kita dan setakat hari ini Mesin Kangen adalah yang terbaik yang diketahui. Jadi untuk melerasasikan hasrat ini setiap agen Mesin Kangen harus peka kepada permasalah ini dan menyampaikan infomasi yang betul dan tepat agar dapat difahami semua pihak dan juga diterima disemua peringkat samada pihak Kerajaan atau kepada pengguna sendiri.

Penulisan ini adalah hanya untuk memberikan fakta dan informasi sahaja bukan semata-mata menyokong atau menidakkan penulisan mereka yang lain atau juga menidakkan undang-undang yang ditetapkan. Ia lebih sebagai panduan dan pedoman kepada mereka yang berminat mendapatkan maklumat yang lebih tepat sahaja.

CHALLENGES MAKE LIFE MORE EXCITING

No comments:

Post a Comment