Tuesday 29 October 2019

MAGNESIUM UNTUK SIHAT

*🔥MAGNESIUM UNTUK KEPENTINGAN SIHAT🔥*

Makanan yang mengandungi magnesium adalah sangat-sangat diperlukan untuk kesihatan sel-sel badan kita dan ianya juga penting agar 300 fungsi biokimia lain di dalam tubuh badan dapat berfungsi dengan sempurna serta efisient. Malangnya ramai daripada kita berkemungkinan menghidapi masalah kekurangan magnesium dan yang bestnya majoriti dari kita langsung tidak tahu mengenainya.

Satu kajian oleh BMC Bioinformatics mendapati bahawa badan kita memiliki 3,751 lokasi bagi mengikat magnesium (magnesium binding sites). Ini menunjukkan peranan dan keperluan magnesium bagi perjalanan badan yang sihat adalah jauh melebihi dari apa yang dijangkakan sebelum ini. Oleh kerana badan menggunakan magnesium untuk pelbagai fungsi, seseorang itu berkemungkinan tinggi untuk menghadapi masalah kekurangan magnesium terutamanya apabila makanan yang dimakannya tidak mengandungi kandungan magnesium yang mencukupi atau pengamalan air minuman yang tidak betul.

Ketahuilah Magnesium lebih kritikal dari Kalsium.... ye ke statement ini...??? Jom kita jelaskan secara terperinci...

Pengambilan diet secara tradisional biasanya akan memberikan nisbah kalsium: magnesium sekitar 1:1 atau 2:1. Tetapi pengambilan diet yang moden pada ketika ini biasanya menjadikan nisbah di sekitar 3.5:1. Ini mengakibatkan kekurangan paras magnesium di dalam darah. *Juga perlu diingat bahawa untuk membolehkan badan menggunakan kalsium, kita memerlukan magnesium sebagai “cofactor”.* Oleh itu sekadar mengambil suplimen kalsium tetapi tidak memberikan perhatian terhadap magnesium akan menjadikan manfaat pengambilan kalsium itu tidak dapat dicapai. 

Pengamalan harus betul untuk kita amalkan supaya kita dapat manafaat yang sebaiknya atau optimum. Ingat salah amalan akan mengakibatkan kesihatan kita bermasalah. Dari itu ambil peduli dan gunakan diet atau pengamalan yang betul. Nasihat saya check kesihatan anda dan ketahui apa yg kurang serta tahap apa Magnesium atau Kalsium atau apa-apa sahaja yang kurang pada diri anda untuk dilengkapi. 

Alat check kesihatan Health Screening dan Health Diagnose dapat memberikan gambaran tentang kesihatan anda pada sesuatu masa. Moga kemudahan ini diguna-pakai sepenuhnya untuk kesihatan anda. Buat appointment dengan kami untuk check kesihatan.

Apa yang menyebabkan Mineral Magnesium hilang dari tubuh badan akan saya perjelaskan dengan terperinci lagi pada next posting.

Wallahuaklam...

HNZL
🌜Memanafaatkan ilmu🌛


No comments:

Post a Comment