Monday 25 April 2016

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA.... ANDA PERLU BERUSAHA CARI PENAWARNYA...

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA....



Kita disyariatkan untuk berubat jika ditimpa sesuatu penyakit. Imam Muslim dalam kitab sahihnya menyebut Hadis Abu Zubair dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda....

"Setiap penyakit ada ubatnya. Jika ubat tepat mengenai penyakit maka penyakit akan sembuh dengan izin Allah Azza wa Jalla."

Di dalam Al-Musnad dari hadis marfu' Ibnu Mas'ud ra, Rasulullah saw bersabda...

"Sungguh Allah Azza wa Jalla tidak menurukan penyakit melainkan ada ubatnya. Ia akan diketahui oleh mereka yang tahu dan tidak ketahui oleh mereka yang tidak tahu."


Image result for tawakal

Perintah berubat tidak menafikan tawakal sepertimana sama halnya menghilangkan rasa lapar - kita harus cari makanan, haus - kita harus minum, rasa panas - kita guna pendingin udara, rasa dingin - kita berselimut. Dengan perbuatan lawannya ini tidak bermakna kita menafikan tawakal. Usaha dahulu dan tawakal kemudiannya.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah menjelaskan, "Ada ubat-ubatan yang mampu menyembuhkan berbagai penyakit namun ianya tidak diketahui oleh doktor. Ia kerana ilmu, ujikaji an analogi Doktor tidak sampai ke tahap mengetahuinya. Dan diantaranya yang lebih kompleks adalah ubat hati dan rohani, kekuatan dan kebergantungan kepada Allah swt, merasa hina dihadapan Nya, bersedekah, berdoa, bertaubat, beristighfar, berbuat baik kepada sesama makhluk, menolong orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya."

Image result for kerohanian
Sebab itu setiap penyakit itu diberikan peratus pengekelasan penyembuhan yang pertamanya adalah 35% adalah dari ubat-batan dan kaedah. Yang paling penting adalah yang keduanya yang merangkumi 65% adalah diri kita sendiri yang membawa maksud kerohanian kita sendiri.

Perubatan kerohanian ini telah terbukti keberkesannya. Ia berlaku sesuai mengikut aturan hikmah Ilahi. Ketika hati berhubung dengan ketuhanan maka akan timbul ubat yang dinamakan ketenangan dan kedamaian hati.

Ketika rohani kita kuat dengan sendirinya jasmani juga akan kuat. Kedua unsur ini akan saling membantu menolak dan mengalahkan penyakit. Rohani yang kuat, jiwa akan tenang kerana diri terasa dekat dengan Allah swt, mencintai-Nya, berzikir menyebut nama-Nya, memohon pertolongan dan bertawakal kepada-Nya, mencurahkan seluruh kekuatan untuk-Nya dan kekuatan tersebut dapat menangka penderitaan dan rasa sakit yang dialami.

Cari rawatanAlternatif disamping berdoa serta mengharap kepada-Nya untuk menemukan ubatan terbaik serta nasihat kerohanian terbaik untuk permasalahan yang dihadapi.




p/s : Admin ada mengendalikan rawatan dengan memberikan khidmat nasihat mengikut rawatan moden dan rawatan alternatif. Yang berminat boleh whatsapp ke +60135216025 untuk bertanya serta jika berminat untuk Joint Group berkenaan Info Kesihatan boleh memberikan nombor telefon untuk dimasukkan ke group whatsapp.

Kita berusaha serta bertawakal... Allah jua yang menyembuhkan...

No comments:

Post a Comment