Saturday 21 January 2017

Kebaikan Gum Arab kepada kesihatan tubuh badan kita

Gum Arab

Sudah banyak yang diperkatakan mengenai Gum Arab ini tentang kelebihanya serta keberkesanan sebagai amalan pemakanan baik untuk tubuh badan kita (food suppliment).

Jom kita lihat apa kelebihannya di sini.

Kelebihan mengamalkan makan  Al Manna~Arabic Gum (Acacia Senegal)

↪ Membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes.

↪ Melambatkan & mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang akibat diabetes.

↪ Sumber Prebiotik Asli, meningkatkan bakteria baik (probiotik) dalam usus.

↪ Mengurangkan risiko penyakit berpunca dari usus, kolesterol, lemak dan gula.

↪ Menyelesaikan masalah sembelit dan buasir.

↪ Meningkatkan sistem imunisasi badan. 80% imunisasi badan bergantung dari sistem usus, perkumuhan dan perut yang baik.

↪ Kandungan fibre yang tinggi merendahkan kolesterol dan kurangkan risiko menghidap penyakit jantung.

↪ Amat sesuai dicampur ke dalam susu anak2 untuk meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi dari serangan demam dan pelbagai penyakit.

↪ Melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

Sebaiknya cegah lah dari sekarang. Berbelanjalah wang kita sekarang di waktu sihat ini untuk menjaga buah pinggang daripada cepat rosak. Ini lebih baik dari kita belanjakan duit di masa akan datang untuk merawatnya dimana kehidupan kita sudah tidak selesa dan teratur lagi disebabkan oleh dialisis.

Kehidupan boleh menjadi sukar apabila buah pinggang anda telah rosak. Diabetes bukan sahaja mengancam buah pinggang anda, tetapi juga organ-organ lain seperti jantung dan mata anda.

Berita baiknya ialah, anda boleh mengelakkannya atau melewatkan komplikasi-komplikasi diabetes ini daripada berlaku. Maka, ambillah langkah pertama hari ini jua untuk melindungi buah pinggang anda dengan mengamalkan pengurusan diabetes yang baik. Anda berkuasa untuk mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes anda dan sebaliknya dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, walaupun anda menghidapi diabetes.



Anda tidak faham apa itu Prebiotik dan Probiotik? Mudah sahaja untuk anda memahaminya. Anda pernah dengar apa itu bakteria baik dalam usus? Tahu apa itu Vitagen ataupun Yakult yang diperkatakan baik untuk menambahkan bakteria baik jika meminumnya.

Probiotik adalah bakteria baik didalam usus yang amat kita perlukan. Untuk memastikan bakteria baik ini berkembang dan membiak dengan banyaknya ia memerlukan makanan.

Makanan (nutrisi)untuk bakteria baik (probiotik) ini untuk membiak ialah prebiotik. Dari mana kita ingin mendapatkan prebiotik ini?

Al Manna~Arabic Gum merupakan sumber makanan asli yang paling kandungan prebiotiknya.


No comments:

Post a Comment