Monday 14 August 2017

MAKANAN EFEKTIF TURUN BERAT BADAN

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

KOMBINASI MAKANAN EFEKTIF YANG BOLEH TURUNKAN BERAT DENGAN LEBIH BERKESAN...

Terdapat beberapa kombinasi makanan yang menjadikannya satu diet yang sangat baik kepada kesihatan serta boleh menurunkan berat badan dengan lebih efektif... Menarikkan...

Bila dimakan dua jenis pemakanan ini ia menjadikan lebih aktif satu sama lain dan beri kesan yang tinggi kepada sistem tubuh badan terutama pencernaan, beri tenaga dan mampu kurangkan berat badan.

Jadi lepas ni jangan lupa jadikan pemakanan ini sebagai pemakanan kombinasi anda bila anda makan. Gabungkan dan makan sekali.

Antara kombinasi pemakanan ini seperti.....

1. Sayur  + Telur Rebus

Mengikut satu kajian telur boleh membantu untuk menyerap carotenoids yg berikan warna kepada sayuran. CARATENOID ini dapat membantu untuk kawal berat badan, jaga mata, elak terhasilnya kanser dan cantikkan kulit.

Jadi selepas ini bila makan atau masak sayur masukkan telur dalam pemakanan anda sekali.

2. Tuna + Halia

Gabungan Tuna dan Halia akan elakkan anda terkena gestrik serta keradangan. Omega 3 dalam tuna akan juga kawal terhasilnya lemak di perut. Ia gabungan terbaik untuk kurangkan berat badan.

3. Bayam + Avocado

Minyak dalam Avocado bila dimakan bersama Sayur Bayam akan berikan gabungan Vitamin B dan E serta Potasium yang tinggi dan rendah kalori serta boleh kawal kolesteral.

4. Jagung + Kekacang

Makan jagung dan kekacang bersama akan tingkatkan keberkesanan untuk anda jadi kurus kerana gabungan ini menghasilkan kanji kukuh yang mampu buatkan tubuh badan tidak dapat menyerap kalori dan gula.

5. Water Melon + Anggur Merah

Melon adalah diuretik semulajadi yang membantu mencegah penahanan bendalir dan anggur mengandungi antioxidant tinggi yang mampu mengurangkan pengumpulan lemak. Satu kombinasi terbaik untuk menghentikan kegemukan.

6. Ayam + Cabai Serbuk

Ayam memberikan protein yang tinggi dan mengekalkan anda senantiasa kenyang membuatkan anda makan kurang kalori sedangkan cili akan mempercepatkan pembakaran lemak dan menyekat selera makan.

7. Ubi Keledek + Lada Hitam

Menurut kajian kentang lebih baik dari pemakanan bijirin penuh di samping ia kaya dengan kalium. Jika anda ingin turunkan berat badan maka makan dalam bentuk rebus atau panggang dan elakkan dari minyak atau mentega atau berkuah. Gabungkan dengan lada hitam kerana ia menghalang pembentukan sel-sel lemak baru.

8. Kopi + Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis tinggi antioxidant dan boleh kurangkan kebuncitan manakala kopi pula boleh kurangkan selera anda untuk makan. Gabungan ini sangat ideal.

Nah....sekarang anda semua dah dapat satu ilmu baru dalam pemakanan..... gabungkan pemakanan super ini dan mula kurangkan berat badan anda.. sesiapa yang mencuba nanti share result ya dengan saya.....

Selamat mencuba dan amalkan pemakanan serta diet yang baik bersama air yang baik untuk pencernaan terbaik...amalkan Kangen Water sebagai minuman resmi anda... kerana dengan pemakanan baik dan air yang baik akan beri result yang lebih baik... jangan ambil air RO kerana ia akan menyerap mineral dalam makanan.

Amalkan hidup sihat bersama gabungan pemakanan ini dan air yang terbaik - Air Kangen...

HNZL

No comments:

Post a Comment