Thursday 26 December 2019

TAUGEH - PANJANG USIA

*🔥 TAUGEH - Panjang Usia 🔥 (Part One)*

Ramai dari kalangan kita tahu apa itu Taugeh sebagai sayuran yang diadun dalam banyak masakan sebagai penambah. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa Taugeh mempunyai nilai kesihatan yang sangat tinggi. Ia mengandungi zat-zat pemakanan secukupnya yang bertindak menjadikan anda lebih muda, memberi tenaga serta dapat menyerikan wajah anda. Jadi siapa yang selalu makan Taugeh pasti kita dapat lihat raut wajahnya lebih berseri-seri dari orang lain.... 😁😁

Pemakanan dan sistem pemakanan kita hari ini sudah tidak menyebelahi kepada kesihatan kebanyakkannya. Jadi hasilnya kita banyak dihinggapi berbagai jenis sakit dan penyakit sebab imun kita dah tidak bagus lagi untuk menangkis segala kesan toksid dan racun. Kalau kita lihat kepada sayur-sayuran dan buah-buahan kita hari ini penuh dengan racun-racun perosak yang disembur untuk mengekalkan buah dari kena serangan penyakit dan juga anasir serangga perosak. Dengan cara ini secara tidak langsung menjadikan sayur-sayuran kita ada racun perosak. 

Jika kita tidak pandai membuang racun-racun ini atau mencuci sebaiknya racun-racun ini maka kita juga makan racun dari sayuran. Nasihat saya rendam semua sayuran dan buah-buahan dengan air kangen... InsyaAllah racun-racun berkenaan akan tertanggal. Air Kangen yang halus dapat meresap masuk dan memecahkan sel-sel racun dan ia akan terelai dari sayuran.

Yang menariknya pasal Taugeh adalah ia tidak mengandungi apa-apa racun kebiasaannya... mudah di tanam dan cepat dituai menyebabkan ia tidak perlu racun atau baja khusus untuknya. Maupun ia tidak ada baja sekali pun ia akan tumbuh. Jadi sangat mudah dan ia sayur yang paling selamat untuk di makan. Tidak ada racun dan bahan kimia kepadanya. 

Yang kedua menariknya.. Taugeh ni sangat murah. Jadi kalau anda nak jaga ekonomi baik maka makan Taugeh sahaja pun dah mencukupi untuk Nutrient asas kepada tubuh badan anda... 😆😆😆
 
Taugeh mengandungi enzim yang sangat penting untuk...
👉 menghadamkan makanan, 
👉 mengerakkan otot, 
👉 menyuburkan tubuh badan, 
👉 melancarkan fungsi-fungsi tubuh badan,
👉 melambatkan proses penuaan.

Terdapat 6 sebab kenapa Taugey ini bagus di makan...

1. Taugeh adalah merupakan makanan lengkap yang kaya dengan zat-zat makanan untuk membantu memerangi tekanan, menghindar penyakit jantung, menguatkan sistem pelalian, menyembuhkan luka serta mempertingkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin dan juga daripada makanan yang berasaskan binatang.  

Ia juga mengandungi Vitamin A,B,C,G dan K. Daging dan hati mengandungi Vitamin K yang bertindak mencegah pembekuan darah tetapi jika anda tidak menggemari kedua-dua ini maka taugeh boleh jadi penganti yang terbaik. Taugeh juga adalah sumber Vitamin C yang termurah dan lebih berkhasiat daripada setengah sayuran dan buah-buahan. 

Ia juga kaya dengan protein. Jika dibandingkan kandungan proteinnya adalah 5 kali ganda yang terdapat pada epal. Ia bebas daripada kolesterol dan lemak tepu yang menjadikan ia kurang risiko serangan jantung dan tekanan darah tinggi. So pesakit jantung start ambil Taugeh naa... 😊😊😊... 

Selain dari itu ia juga dikatakan boleh menghalang dan merawat selsema, penyakit sengal-sengal tulang dan penyakit gusi. Banyak kelebihan makan Taugeh ni yang sekarang kita ketahui namun sesuatu yang pasti di sini ialah Taugeh bagus dimakan dan tidak ada masalah kalau anda makan banyak kerana ia tidak akan memudaratkan kesihatan. 👍👍

Seperkara yang menarik juga di sini kepada yang nak menguruskan badan elok lah makan Taugeh ini kerana ia adalah antara makanan yang sesuai dimakan dan mengandungi rendah kalori namun kaya dengan lesitin yang bertindak mempercepatkan proses memecahkan lemak.... Ini pasti menarikkan... 😁😁😁... so you Guys yang nak kurus better makan Taugeh dah start hari ni.... 🤘🤘🤘

Taugeh juga kaya dengan serat... bermakna ia baik untuk pencernaan makanan serta baik untuk kesihatan jantung. Ingat serat sangat penting untuk perut dan usus kita serta darah kita. Elok makan serat banyak untuk anda lebih sihat.. Taugeh antara pilihan terbaik...

Agaknya lepas ni di market akan mengalami satu fenomena kekurangan bekalan Taugey...😆😆😆

2. Taugeh sesuai lebih lagi dari kekacangan kerana khasiatnya. Zat-zat makanan yang terdapat pada Taugeh bernilai lebih tinggi daripada kekacang. Sebelum disemai kekacang ada kekurangan zat-zat penting namun apabila ia bertunas dan tumbuh maka ia menyerap, menambah dan mengeluarkan za-zat makanan yang kekurangan itu.

3. Taugeh mudah dihadam dan sesuai di makan mentah kepada mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Kandungan enzimnya bertindak menukar lemak dan minyak menjadi karbohidrat sewaktu ia memproses tunas yang menyebabkan ia lebih mudah dihadam. Protein bertukar menjadi asid amino melalui tindakbalas hidrolisis semasa tempoh bertunas.

4. Taugeh bebas daripada racun. Biasanya ia tidak menggunakan racun. 

5. Taugeh tidak memerlukan masa lama untuk dimasak. Ia tidak memerlukan pencucian yang teruk dan mudah untuk dipotong. Apapun ia lebih baik dimakan mentah sebab apabila ia dimasak 83% daripada enzimnya hilang. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada Taugeh mentah ada 2 kali ganda lebih tinggi dari yang dimasak. 

6. Taugeh menjimatkan. Kalau anda semai 1 kilogram kacang maka ia akan menghasilkan 6 kilogram taugeh. 

So makan taugeh ye... banyak manafaat serta sangat-sangat sesuai dalam situasi kegawatan ekonomi ini... 😆😆😆

Tanam jurus Taugeh dgn Air Kangen pasti lebih khasiatnya... kena cuba nie... 😁😁😁

Wallahuaklam....

HNZL
💫 Memanafaatkan Ilmu 💫


No comments:

Post a Comment