Wednesday 29 January 2020

*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part ThreeπŸ’₯πŸ’₯*

Sebenarnya banyak cara untuk penyelesaian atas permasalahan gastritis ini. Salah satu cara lagi adalah dengan cara pemakanan Sunnah... Jom kita belajar pasal ini juga...

Ingin saya tegaskan semua daripada kita ada masalah gastritis ini cuma mengikut ketahanan badan masing-masing dan juga ikut cara pemakanan serta life stail masing-masing..

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

*PANDUAN UBATI MASALAH GASTRITIS DENGAN MADU TUALANG*

+ Gastritis atau gastrik adalah sakit radang perut.
+ Penyebabnya kerana kesan sampingan ubat sintesis kimiawi (aspirin atau NSAID), alkohol, stress atau kerana bakteria Helicobacter pylori.
+ Gejala: Sakit ulu hati (epigastrum), mual muntah (anoreksia), pendarahan, suhu meningkat, sering sendawa terutama ketika perut kosong.
+ Diagnosis: Endoskopi, histopatologi biopsi, kultur dan serologi

--------------
PERUBATAN KONVENSIONAL
--------------

Ini jenis ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk masalah sakit gastritis...

1. Proton Pump Inhibitor (PPI): Omeprazole
2. Ranitidin
3. Antasid
4. Antiulser
5. Antibiotik (jika penyebabnya jangkitan helicobacter pylori)

--------------
TERAPI ISLAMI MENGGUNAKAN MADU TUALANG
--------------

Selain dari perubatan standard, kita juga boleh ikhtiar dengan pengubatan Thaib Nabawi dan bahan-bahan Natural makanan iaitu,

1. Amalkan makan buah betik (melancarkan pencernaan)
2. Madu (antibiotik alamiah dan sangat baik mengatasi gangguan pencernaan)

Makan makanan dengan jumlah sedikit tapi kerap. Hindari sementara minum kopi, makanan pedas dan masam, santan, makanan yang mengandung gas seperti ubi, buncis, kubis dan lain-lain. 

-----------------
Pesan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, "jika makanan boleh menyembuhkan, jangan beralih ke ubat-ubatan.."

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

No comments:

Post a Comment