Wednesday 29 January 2020

GASTRIK CARA PENYELESAIAN - Part Two

*πŸ’₯πŸ’₯ GASTRIK - PENYELESAIAN - Part TwoπŸ’₯πŸ’₯*

Kita dah tahu penyebab gastrik dan kali ini kita lihat bagaimana rawatan cara mudah untuk merawatnya....

Untuk dikongsikan bersama  pasal Penyelesaian Masalah Penghidap GASTRIK....πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Air alkali dan penghadaman                     
Asid di dalam perut memainkan peranan penting dalam proses mencairkan makanan yang dimakan kepada sejenis campuran pekat. Dari sini, campuran ini akan mengalir melalui usus kecil di mana nutrien dapat diserap ke dalam tubuh badan. Kandungan asid yang tidak mencukupi akan mengakibatkan penghadaman yang tidak sekata.

Oleh itu, persoalan sekarang … apabila air alkali melalui perut, ia akan meningkatkan tahap pH perut dengan kemungkinan mencairkan tahap asid dalam perut. Adakan ini akan merosakkan sistem penghadaman kita???
Cara penyelesaian masaalah di atas adalah senang … Minum air alkali dengan perut kosong dan bukan semasa waktu makan. Apabila perut kosong, air yang diminum akan terus mengalir ke usus, di mana ia akan diserap.

Ketika minum air, perut tidak menghasilkan asid pencernaan kerana air bukan sejenis protein, karbohidrat atau lemak dan sebab ini, ia tidak perlu diuraikan. Minum air dengan perut kosong juga akan menolong mengalirkan sebarang sisa makanan yang tertinggal dari makan yang sebelumnya ke dalam usus. 

Kajian klinikal menunjukkan bahawa air alkali hanya akan meningkatkan pH perut sebanyak 0.5pH – 1pH kira-kira selama setengah jam.

Petua minum Air Alkali:
Minum air alkali 1/2 jam sebelum makan.
Minum air alkali 1 jam selepas makan untuk membenarkan perut selesai mencerna makanan yang dimakan tadi. Cara ini juga dapat membantu mengalirkan baki sisa makanan ke dalam usus.

Usus adalah Beralkali!

Walaupun perut kita memerlukan jus berasid untuk berfungsi dengan baik, usus kita memerlukan persekitaran yang beralkali (pada tahap pH 8.3) untuk menyerap nutrien.
Selepas makanan di bahagian perut telah dicerna, ia akan mengalir ke usus kecil. Makanan yang masih dalam keadaan berasid mungkin akan merosakkan dinding usus.

Oleh itu, air alkali yang melalui perut kosong sebelumnya boleh menolong usus mengekalkan kealkaliannya, agak dapat menyerap nutrien dengan mudah.

Petua kesihatan Air Alkali:
Pakar kesihatan biasanya mensyorkan kita supaya minum air alkali pH 9- pH 9.5 yang sepadan dengan julat pH yang berada di dalam usus kita.

Air Alkali dan Asid Reflux

Sakit asid refluks (juga dikenali sebagai sakit pedih ulu hati) akan berlaku bila makanan dan asid perut mengalir naik esofagus (tiub yang membawa makanan, cecair dan air liur dari mulut ke dalam perut).
Gejala-gejala sakit asid refluks termasuk ketidakselesaan seperti pitam atau susah bernafas.  Jika dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka panjang, asid perut akan membawa kerosakan kepada lapisan dinding esophageal.
Semasa gejala yang akut, kita boleh minum sedikit air biasa untuk mencuci kandungan asid dari bahagian esofagus ke bahagian perut. Minum air secara berlebihan tidak digalakkan kerana ia akan meningkatkan jumlah isi kandungan di bahagian perut dan mengakibatkan lagi refluks.

Bagi sakit asid refluks yang kronik, doktor akan menetapkan antacid, tetapi biasanya ini boleh mendatangkan kesan sampingan. Oleh itu, sesetengah doktor akan menyarankan air alkali bagi mengimbangkan asid perut dan mengekalkan keseimbangan dari segi keasidan dan kealkalian dalam badan.

Petua kesihatan Air Alkali:
Minumlah air alkali sebagai satu cara untuk menangani sakit refluks asid.

Try Air Kangen - Air Alkali.... kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal air kangen malah nak beli air kangen atau nak beli mesin kangen sila contact saya... wasap.my/60194146025/Kangen_Water

Moga bermanafaat kepada anda semua....

Wallahuaklam...

HNZL 
✨ Memanafaatkan Ilmu ✨

No comments:

Post a Comment