Thursday 21 November 2019

DARAH PEKAT - SIMPTOM (Part One)

*💫💫SIMPTOM DARAH PEKAT - KEFAHAMAN & PENYELESAIANNYA (Part One) 💫💫*

Ramai dikalangan kita hari ini yang menghadapi masalah-masalah kesihatan yang kronik disebabkan pemakanan, penjagaan diri dan juga kerana situasi sekitaran yang tidak sihat. Umur 30an sudah menunjukkan gejala tidak sihat ini. Apa tindakan anda terhadap situasi ini dewasa ini. ☺☺☺

Salah satu punca-punca kita tidak menjaga kesihatan diri adalah terjadinya darah memekat. Darah pekat hari ini merupakan satu masalah biasa dikalangan masyarakat kita sekarang ini yang berlarutan membawa penyakit-penyakit kronik. Punca masalah ini kita harus kenal pasti agar sebolehnya kita dapat membendung gejala ini dari merawat. Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan anda berpotensi untuk mendapat masalah kesihatan yang jauh lebih serius seperti darah beku, deep vein thrombosis, dan banyak lagi penyebab masalah. 
Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan serta penjagaan yang baik maka ia akan memberikan kesan negatif dan masalah kesihatan yang lebih buruk malah boleh membawa *MAUT*. Dari ini marilah kita sama-sama mencegah dari berlakunya gejala darah pekat.

Menjelaskan fenomina darah pekat ini adalah di mana ia satu keadaan kadar pembekuan darah dalam salur darah seorang individu adalah pada kadar yang tidak normal. Kadar pembekuan yang tidak normal menyebabkan platlet darah saling bergumpal dan melekat di antara satu sama lain lalu menyebabkan aliran darah dalam badan menjadi lebih perlahan dan kurang lancar berbanding yang sepatutnya.

Next kita akan bincang simptom darah pekat, penyebabnya dan cara rawatan secara modern dan juga secara Natural.
Wallahuaklam....

HNZL
🐝Memanfaatkan Ilmu🐝

No comments:

Post a Comment