Thursday 21 November 2019

DARAH PEKAT - SIMPTOM (Part Two)

*💫💫SIMPTOM DARAH PEKAT - KEFAHAMAN & PENYELESAIANNYA (Part Two) 💫💫*

Kita dah ketahui apa itu darah pekat dan kita juga tahu gejala darah pekat kepada kesihatan kita. Hari ini kita nak tahu puncanya pula. Apakah punca-punca utama darah pekat ini? Di sini terdapat beberapa punca utama yang terjadinya darah pekat ini. Saya sebutkan punca utama ya... bermaksud ia juga boleh berlaku dalam berbagai situasi lagi yang menjadikan darah memekat. Namun apa yang paling utama adalah bagaimana kita hendak mengelakkannya. Kita akan bincang perkara ini insyaAllah....

Punca darah pekat.... Terdapat beberapa punca darah pekat yang telah dikenal-pasti dari segi perubatan. Di antara punca yang paling kerap berlaku adalah seperti berikut:

👉 *Warisan keluarga.* Masalah darah pekat boleh diwarisi daripada genetik. So check sejarah keluarga anda.... Jika ada keturunan anda yang mengalami masalah darah beku anda juga berisiko untuk mendapat masalah yang sama memandangkan ia ada dalam DNA anda. Namun jangan salahkan keturunan kerana perkara ini masih boleh dielakkan. Apa yang penting anda harus tahu bagaimana serta caranya untuk mengelakkan ia berlaku.

👉 Permasalahan berat adalah di mana berlaku *Overactivity of clotting factors* atau faktor pembekuan secara hiperaktif juga adalah punca utama masalah darah pekat. Dalam situasi ini darah anda terlalu aktif membeku lalu menyebabkan darah anda menjadi pekat dan aliran darah akan menjadi tersumbat.

👉 *Statik tanpa gerakan*... Tidak menggerakkan anggota badan tertentu dalam masa yang lama adalah punca darah pekat. Sebagai contoh... anda duduk lama tanpa bergerak seperti duduk dalam kapal terbang maka ini juga posibiliti akan berlaku darah memekat. Contoh lain seperti apabila seseorang mengalami kecederaan dan terlantar di atas katil dalam jangkamasa lama maka ia juga akan meningkatkan risiko masalah darah pekat kerana aliran darah menjadi perlahan. Itulah sebabnya teknik cara mengerakkan tubuh badan diajarkan atau latihan fisioterapi diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah.

👉 *Kurang minum air.* Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, badan anda akan kekeringan dan secara automatik darah anda akan menjadi pekat. Perkara ini banyak berlaku kepada semua kita. Jadi jangan jadikan diri anda kekurangan air. Minum secukupnya dan minum sedikit-sedikit tapi kerap.

Darah memekat akan menyukarkan pergerakan darah tersebut dan ini akan menyebabkan banyak faktor lain yang terlibat bersamanya seperti jantung terpaksa bekerja lebih lagi untuk pump darah. Situasi ini kekadang akan menyebabkan kita bila sampai pada waktu lewat petang akan berasa letih satu macam. 

Faktor lain di mana bila darah pekat ia bergumpalan dan oksigen tidak berapa baik di bawa dalam darah untuk organ-organ lain dalam tubuh badan. Di sini berlaku kekurangan oksigen yang menyebabkan cepat penuaan. Situasi ini ramai saya jumpa apabila seseorang tersebut buat Health Test Screening serta Health Diagnose dengan alat yang saya kendalikan tersebut. Apabila kita lihat darah bermasalah maka kita akan jumpa oksigen tidak bagus terutamanya pada bahagian dada serta jantung. Elektisiti injap sangat berkurang fungsinya.

Sebelum kita pergi kepada solusinya jom kita lihat dulu simptom bagaimana kita nak kesan darah pekat ini berlaku pada diri kita.

*Apakah tanda atau simptom darah pekat...???* 

Nak ketahui samada darah anda pekat atau tidak... ada tanda-tanda mudah namun pada keketikanya anda sendiri tidak dapat mengetahuinya. Ada petanda yang darah anda pekat namun ia sementara sahaja dan ada petanda yang serious yang akan saya senaraikan sebagai panduan. 

Mengetahui tanda darah pekat adalah sangat penting supaya anda dapat mengesan penyakit ini dengan lebih awal. Peluang anda untuk sembuh adalah lebih tinggi sekiranya penyakit anda dikesan pada peringkat awal dan mendapat rawatan dengan kadar segera. Di antara tanda atau simptom darah pekat.....

*Sakit badan.* Pesakit akan selalu berasa badan sakit-sakit. Perkara ini terjadi kerana darah menjadi pekat di seluruh badan lalu menyebabkan peredaran oksigen kepada semua organ penting menjadi perlahan dan tidak normal.
*Sakit kepala atau migrain* adalah satu lagi simptom masalah darah beku yang biasa berlaku. Terjadi kerana otak kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
*Sakit mata* juga adalah salah satu gejala masalah darah pekat ini kerana darah pekat menyebabkan aliran darah dalam badan menjadi lambat menyebabkan nutrien dan oksigen yang diperlukan mengambil masa yang lama untuk sampai kepada mata. Ini akan menyebabkan mata berasa sakit dan mula rosak akibat tekanan tinggi yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrien dan oksigen.
*Kemerahan pada anggota badan*. Sebagai contoh, pesakit yang mengalami patah kaki dan jarang menggerakkan kaki yang patah ia mula menunjukkan kemerahan maka itu adalah tanda darah pekat mula berlaku di situ. 
*Bengkak dan sakit* pada tempat yang mengalami darah beku. Bagi kes kaki patah jika kaki itu mula menjadi bengkak dan sakit maka itu adalah petanda bahawa terdapat masalah dalam saluran urat dan darah pekat mula terbentuk di situ. sekiranya tidak dirawat dengan segera, saluran urat yang terlibat akan mengalami kerosakan pada bahagian injap dan ini akan mendatangkan masalah yang jauh lebih teruk.

Saya ada sebutkan darah pekat sementara di mana ia berlaku anda tidak sedar disebabkan oleh beberapa faktor daripada aktiviti anda, pemakanan anda dan juga faktor persekitaran anda namun yang paling jelas adalah di mana perasaan anda seperti anda dalam situasi stress... elakkan berada dalam situasi ini dalam jangkamasa lama. Ambil langkah awalan mengelakkannya.. Kita sambung ke Part Three nanti dengan kita bincang solusi-solusi untuk mengelakkan darah menjadi pekat insyaAllah.

Wallahuaklam.....

HNZL
🐝Memanafaatkan Ilmu🐝

No comments:

Post a Comment