Tuesday 21 February 2017

PROTOKOL KESIHATAN MELALUI AIR MINUM

Bagaimana Cara Anda Hendak Sihat Melalui Rawatan Dan Penjagaan Air Minum

Image result for AIR

Sedikit Sejarah dan latar belakang penglibatan saya dalam bidang kesihatan dan perubatan yang kini menjadi topic utama focus saya..…

Semenjak dari tahun 1995 lagi saya mengabdikan diri dalam kajian Guna Tenaga Semula dan Tenaga Diperbaharui sudah banyak ilmu saya belajar dan mempelajari namun pada tahun 2012 telah mengubah profesion saya kepada pemprosesan Teknologi Herba dan Kesihatan. Namun sekali lagi pada akhir tahun 2014 telah merubah persepsi saya tentang banyak hal mengenai kesihatan. Dan bermulalah era baru saya dengan banyak mengkaji berkenaan dengan Rawatan Alternatif melalui herba dan tradisional dan tidak ketinggalan Rawatan Moden masakini.

Pada ketika ini saya nak menerangkan kenapa Air Minum sangat penting untuk kesihatan.

Ini adalah PROTOKOL MINUM AIR….

Dewasa ini kos penjagaan kesihatan sangat-sangatlah mahal kerana apa kos setiap sesuatu itu sangat tinggi seperti ubat-ubatan, alatan kesihatan dan kos rawatan hospital juga meningkat. Semua orang nak sihat. Orang sanggup habis ribuan ringgit untuk sihat dan berbagai cara mereka lakukan. Tambahan lagi kalau jatuh sakit maka lebih lagilah kos rawatan yang duit dikeluarkan. Beli supplement dan vitamin atau produk-produk kesihatan yang banyak terdapat di pasaran dan juga dipromosikan. Insuran pula di ambil dengan bayaran mahal semata-mata kerana nak jaga diri bila jatuh sakit nanti ada duit untuk bayar rawatan sakit. Adakah ini pengamalan yang betul…???

Jawapan mudah adalah TIDAK…..

Image result for ubat ubatan

KENAPA…..????

Banyak kajian mengenai kesihatan dibuat dan ada produk-produk yang sangat-sangat bagus namun tidak berapa mendapat tempat kerana syarikat hanya mengejar keuntungan semata-mata dan bukan hasil kajian yang diketengahkan. Kalau ada pun ia semata-mata untuk perniagaan. Jadi salah siapa di sini….

Kita bincang mengenai rawatan yang paling murah dan mudah untuk jaga kesihatan sebagai permulaan dan kemudian kita tingkatkan ilmu dan kita pelajari lebih lagi bagaimana kita boleh tingkatkan kesihatan kita.

Rawatan yang paling murah dan mudah adalah dengan cara melalui Terapi Protokol Minum Air…

Image result for protokol minum air

Kenapa hanya dengan air minum sahaja boleh beri kita kesihatan yang baik…kita akan bincangkan dengan mendalam perkara ini… untuk kali ini fahami bahawa dunia telah berubah kepada rawatan melalui air… namun air yang bagaimana dan cara yang bagaimana. Banyak kajian telah dibuat berkenaan dengan air minum kita hari ini dan telah terbukti air memainkan peranan penting dalam kehidupan serta kesihatan kita.

HNZL

No comments:

Post a Comment