Sunday 7 April 2019

KAJIAN KUNYIT HITAM - BLACK CURCUMA PIPERINE

🌷🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌹

KAJIAN BAHAN AKTIF BLACK CURCUMA PIPERINE – KUNYIT HITAM

Saya tengah mengkaji pasal bahan-bahan ingredient dalam Kunyit Hitam ini dan mencari infomasi berkenaan kelebihan amalan Kunyit Hitam. Apa yang dapat saya simpulkan dari sebahagian penemuan seperti tulisan di bawah ini pada ketika ini ….



Penyelidikan mengenai Kunyit hitam ini adalah minyak rhizomes yang tidak sekata dalam kategori bahan aktif group Curcuma. Mengenal-pastikan bahawa ada lebih 30 komponen, yang mewakili 97% minyak, dengan kapur baring (28%), ar-turmeron (12%), (Z) -ocimene (8%), ar-curcumene (7%), 1,8-cineole (5%), elemene (5%), borneol (4%), bornyl acetate (3%) dan curcumene (3%). Kajian lain menunjukkan diphenylalkanoid, derivatif fenilpropena, terpenoid, flavonoid, steroid, dan alkaloid juga sebagai unsur utama.



Saya ambil dahulu satu bahan dalam Kunyit Hitam ini yang dinamakan 7-methoxyflavone dalam kategori Flavonoid yang seperti dalam research Mardi pasal Kunyit Hitam ini ada mengandungi bahan kimia tersebut. Ia  terdapat dalam beberapa tumbuh-tumbuhan tertentu dan banyak ada dalam Kunyit Hitam. Ia juga boleh dihasilkan di makmal melalui kombinasi dan kompilasi formula menggunakan bahan kimia padu. Sesetengah atlet dan pembina badan sangat berminat dengan 7-methoxyflavone untuk meningkatkan tahap testosteron, membina otot, dan meningkatkan prestasi atletik.

Bagaimanakah 7-methoxyflavone berfungsi? 7-methoxyflavone mungkin mengubah cara badan memecahkan bahan kimia dipanggil hormon. Sesetengah orang berpendapat ini mungkin menyebabkan badan mempunyai lebih banyak hormon yang dipanggil testosteron. Testosteron dapat membantu membina otot, tetapi juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius jika terlebih penggunaan.

Penggunaan & Keberkesanan ini pada tahap ke hari ini masih belum ada bukti yang mencukupi untuk menyokong efek seperti
- Prestasi sukan. (Metabolisma)
- Meningkatkan testosteron. (tenaga batin)

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai 7-methoxyflavone untuk penggunaan ini namun pengamalan dan juga testimoni penggunaan ada menyatakan akan keberkesanannya.


Jumlah dose juga belum ada kajian terperinci namun kita boleh buat andaian di mana kajian Curcumin yang dari Kunyit Kuning sebagai tahap pengukur banyak mana pengambilannya. Namun dose yang sesuai kepada 7-methoxyflavone bergantung kepada beberapa faktor seperti umur pengguna, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Pada masa ini tidak ada maklumat saintifik yang cukup untuk menentukan julat dose yang sesuai untuk 7-methoxyflavone.

Perlu diingat juga bahawa produk semulajadi tidak semestinya selamat dan dose memainkan peranan sangat penting. Pastikan anda mengikuti arahan yang berkaitan pada label produk dan berunding dengan ahli farmasi atau doktor anda atau profesional penjagaan kesihatan yang lain sebelum menggunakannya.



Apa yang boleh saya tambah di sini adalah di mana Kunyit Hitam yang saya buat formulasi iaitu Black Curcuma Piperine adalah datang dari Piper Turmeric (Kunyit Kuning) dan ini ada banyak kajian pasal produk ini. Jadi bila adunan yang hampir sama maka efek juga akan dapat hampir sama.

Walluaklam….

HNZL



TIPS - Makan Black Curcuma Piperine dengan air kangen akan beri efek yang lebih cepat dan pada waktu perut kosong.

No comments:

Post a Comment