Friday 19 April 2019

PEMAKANAN PENYAKIT KANSER (Part Three)

*PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER* (Part Three)

Saya ulang sikit pasal penjagaan sebelum rawatan atau sebelum kena kalau yang belum kena. Kuatkan imun sistem kita supaya dengan cara ini anda akan dapat melawan penyakit sendiri. Namun kepada yang nak jalani rawatan maka kuatkan diri anda dengan pemakanan kalori tinggi dan protein. Part three ni kita nak bincang tentang makanan yang baik selepas rawatan pertama dan seterusnya. 




*Makanan yang patut dielakkan*

Panduan makanan pemakanan ini adalah berpandukan kepada beberapa sumber dan hanya boleh dijadikan sebagai panduan asas sahaja. Mungkin setengah pesakit boleh namun ada yang tidak jadi mengelakkan adalah yang terbaik.

1. Taugeh – kerana ia mengandungi zat yang mendorong pertumbuhan kanser.
2. Laici, Nenas, Buah Dalam Tin – ia boleh meransang pertumbuhan kanser kerana adanya bahan pengawet.
3. Nangka – mempunyai gas dan mengurangkan fungsi ubat.
4. Alkohol – ia merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.
5. Tapai dan minuman ringan – ia mengandungi alkohol ( tapai ) dan zat lain yang merangsang pertumbuhan kanser.
6. Perasa makanan ( MSG ) Dan Gula - ia merupakan makanan bagi sel kanser dan akan mempercepatkan pembiakan sel kanser. Elakkan pemanis tiruan sebaliknya gunakan pemanis asli seperti pemanis stevia atau madu asli.
7. Ikan yang diawet, belacan, ayam broiller, makanan berlemak dan berminyak – ia mengurangkan kelancaran peredaran darah serta mengandungi kandungan karbon yang tinggi.
8. Kangkung dan sawi putih – ia mengurangkan kesan ubat.
9. Ais – ia mengurangkan kelancaran peredaran darah dan mengurangkan kesan ubat.
10. Cili – ia merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun. Namun pada sesetengah orang ia bagus kerana ia meningkatkan metabolism dan intake oksigen tinggi.
11. Daging Merah – ia akan menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Orang yang makan banyak daging merah ( daging lembu dan daging kambing), dan daging yang dibakar dan daging diproses seperti sosej, daging dan burger adalah berisiko menghidap kanser usus, menurut laporan dalam Jurnal Perubatan British. 
Namun pada sesetengah orang pula tidak. Cuma pesanan dari saya apa pun anda harus masak daging sehingga ia betul2 empuk dan buang air daging yang berwarna kemerahan apabila anda masak. Mengikut sebahagian kajian penyebabnya adalah  amina heterocyclic yang terbentuk di permukaan daging apabila ia panggang, goreng atau dibakar.  Walaupun kajian haiwan menunjukkan bahawa pengambilan tinggi amina heterocyclic boleh menggalakkan kanser, namun ia tidak ada bukti langsung pada manusia. Cuma jika sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid seterusnya memberikan ruang untuk sel kanser subur. Makan biar berpada2 ini panduannya.
12. Soya - Elak makanan berasaskan soya kerana ianya mengandungi Estroge yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan makan makanan berasaskan soya hanya untuk pesakit kanser rahim,ovari dan prostat.

Perincian mengenai pemakanan sila rujuk kepada pakar pemakanan. Ini adalah sebagai panduan asas. Sehingga posting seterusnya kita akan bincang pasal masalah pemakanan semasa rawatan..

Wallahuaklam….

HNZL




p/s - amalkan Piper Turmeric kalau anda ada kanser atau anda nak elakkan sakit penyakit yang tidak terduga... Piper Turmeric dapat membantu. Ketahui kenapa Piper Turmeric sangat efektif untuk semua jenis permasalahan....

No comments:

Post a Comment