Tuesday 16 April 2019

PROBIOTIC

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

PROBIOTIC....

Anda tahu tak bahawa bakteria atau microb sebenarnya boleh membuat anda sihat? Apa pun ia bergantung kepada jenis bakteria apa yang baik untuk kesihatan. Dalam kes ini, kita akan bercakap tentang manfaat probiotik. Jom kita terjah apa dia PROBIOTIK....

Manafaat probiotik adalah salah satu penyelesaian semula jadi yang paling banyak dikaji untuk kesihatan usus. Selama bertahun-tahun, saintis dan pakar perubatan telah mengamati banyak manfaat probiotik untuk bukan hanya usus, tetapi untuk seluruh badan.

Saya akan sentuh semua yang anda perlu tahu tentang probiotik, termasuk makanan probiotik yang terbaik, suplemen probiotik yang terbaik dan cara menggunakannya. Antara pemakanan baik adalah yang saya akan ajar anda semua buat Susu Kultur atau Yogurt.

Apakah itu Probiotik?

Probiotik adalah bakteria yang merangkumi saluran pencernaan yang mana saluran pencernaan ini adalah asas untuk menyokong keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien dan melawan jangkitan. Tubuh badan anda mengandungi jumlah molekul bakteria yang sama seperti sel-sel untuk seluruh tubuh anda... maknanya bakteria ni sememangnya sangat banyak.. jadi jangan hairan bahawa usus anda memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan anda. Kena jaga usus supaya ia boleh bertindak sebaik mungkin untuk serap semua apa sahaja yang anda makan. 

Satu Pusat Kebangsaan Kesihatan Komplementari dan Integratif (NCCIH) yang bertindak sebagai badan alternatif memanggil probiotik sebagai "mikroorganisma hidup (dalam kebanyakan kes disebut  bakteria) yang sama dengan mikroorganisma yang bermanfaat yang terdapat di usus manusia." 

NCCIH membuat satu kenyataan di mana kita sering berperanggapan bahawa bakteria sebagai berbahaya " kuman, virus dan benda jahat namun bakteria probiotik sebenarnya adalah benda baik yang membantu fungsi badan dengan betul dan ia harus ada agar kita sihat. Berbeza dari jenis kuman atau virus.

Anda tahu tak kulit anda dan sistem pencernaan sahaja dah menampung kira-kira 2,000 jenis bakteria ini. Jadi manfaat probiotik telah terbukti berkesan dalam menyokong fungsi imunisasi, mengurangkan keradangan, menggalakkan pencernaan yang sihat serta mengekalkan kulit yang cantik, terutama apabila digabungkan dengan prebiotik. 

Jadi kepada wanita nak kulit cantik jom ambil probiotik dan prebiotik.. Nanti saya akan terangkan apa pula prebiotik. 

Ok... ni mukadimah Probiotik....

HNZL

No comments:

Post a Comment