Monday 22 April 2019

PEMAKANAN PESAKIT KANSER (Part Five)

*PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER* (Part Five)



Untuk kali ini kita akan lihat cara permasalahan makanan yang boleh kita atasi semasa rawatan. Seperti yang diperkataan sebelumnya di mana pengamalan Piper Turmeric dan Kangen Water sangat-sangat membantu dalam proses melalui rawatan sebelum dan selepas. Dengan pengamalan baik anda akan dapat efek yang tidak terlalu alah kepada rawatan di samping meningkatkan lagi keberkesanan rawatan tersebut. 

*Cara Atasi Masalah Semasa Rawatan*

Antara masalah yang dihadapi dan saranan untuk mengawal  adalah seperti di bawah ini…

Hilang Selera makan – cara atasinya…
Makan sikit-sikit tetapi kerap.
Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
Ambil minuman/makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
Senaman yang tetap jika anda mampu lakukan untuk tingkatkan selera makan.
Kurangkan pengambilan air pada waktu makan tingkatkan pada waktu siang.
Makan di tempat persekitaran yang sesuai.
Pastikan mulut sentiasa bersih. 
Elakkan merokok kerana ia boleh kurangkan selera makan dan mengubah rasa makanan.

Kesukaran mengunyah dan menelan akibat luka dalam mulut dan tekak – Cara atasinya…
Makan sikit-sikit tetapi kerap.
Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
Ambil minuman/makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
Tingkatkan pengambilan cecair.
Makan dan minum secara perlahan.
Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah, campurkan kuah dalam makanan.
Elakkan makanan yang pedas dan berasid/masam.

Mulut kering – Cara atasinya….
Tingkatkan pengambilan cecair. Lebihkan pengambilan air semasa makan.
Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah seperti bubur nasi atau campurkan kuah dalam makanan.
Ambil makanan yang merangsang pengeluaran air liur seperti lemon atau ‘chewing gum’.
Hisap air batu/ais untuk sejukkan mulut.

Perubahan rasa dan bau makanan – Cara atasinya….
Elakkan makanan yang berbau kuat.
Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
Gunakan perisa seperti garam, rempah, herba, gula atau bawang putih bagi menambahkan rasa makanan.
Jauhkan diri dari dapur semasa makanan dimasak. Minta kawan atau keluarga masak untuk anda.

Loya dan muntah – Cara atasinya….
Makan sikit-sikit tetapi kerap. Elak makan yang menyebabkan loya bertambah teruk.
Makan snek seperti biskut kering atau roti bakar.
Makan makanan masam dan masin.
Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik seperti puding, salad.
Elakkan makan terlalu banyak lemak/minyak.
Makan dan minum secara perlahan.
Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
Elakkan makanan yang terlalu banyak perisa seperti rempah.
Jangan baring 1 jam selepas makan.
Ambil ubat tahan muntah atas saranan doktor.

Sembelit – Cara atasinya….
Tingkatkan pengambilan cecair sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari dengan air kangen dan juga seperti jus buah, sup, minuman bersusu.
Tingkatkan pengambilan serat seperti buah, sayur dan makanan ‘whole meal’.
Lakukan senaman yang tetap jika mampu seperti berjalan.
Ambil ubat atas saranan doktor.

Cirit-birit – Cara atasinya….
Ambil ubat atas saranan doktor.
Tingkatkan pengambilan cecair untuk ganti cecair yang hilang.
Makan sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
Elak alkohol, hadkan kafein dan makanan pedas.
Elakkan makanan bergoreng dan berminyak.
Elakkan pengambilan susu jika anda mengalami tidak toleransi terhadap gula dalam susu (laktosa).
Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat. Pilih buah yang dimasak lembut dan tanpa kulit atau buah dalam tin.

Pedih Ulu Hati (Heartburn) – Cara atasinya….
Makan sikit-sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
Minum air 30 minitselepas makan.
Duduk sebentar selepas makan (30 minit), jangan baring.
Makan perlahan.
Elakkan pakaian terlalu ketat.
Elakkan makanan seperti coklat, kopi, teh, minuman ringan, alkohol, makanan tinggi lemak, buah sitrus dan tomato.

*Pemakanan Selepas Rawatan*

Selepas rawatan, kesan sampingan yang dialami akan beransur hilang. Selera makan mungkin akan meningkat. Anda masih perlu menjaga pengambilan makanan agar sentiasa cergas dan sihat. Antara amalan pemakanan yang disarankan adalah:
Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan anda.
Makan 5 atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
Pilih makanan yang boleh kekalkan berat badan sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.

Jangan tinggalkan Terapi Piper Turmeric dan Air Kangen. Jadikan ia amalan baik untuk anda sehingga anda rasa pulih sepenuhnya. Penyembuhan akan mengambil masa dan kesabaran tinggi harus ada untuk lalui situasi ini.

Moga anda tabah dan bersemangat. Ingat kekuatan kedua ada pada diri anda iaitu semangat. Dikatakan 65% adalah hasil dari semangat anda untuk sembuh dan ini adalah pemulihan yang paling besar impaknya.

Kita akan berbicara lagi atas tajuk diet pesakit kanser selepas ini nanti… sehingga next posting..

Wallahuaklam…

HNZL





p/s – PIPER TURMERIC kimoterapi enhancer.. pm to order wasap.my/60194146025/Order_Piper_Turmeric

No comments:

Post a Comment