Saturday 18 May 2019

MASALAH KELAKIAN - Part Three

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾

PERMASALAHAN KELAKIAN SATU NIGHTMARE…. Part Three….

Kita sambung lagi dengan informasi yang lebih menarik lagi…. Jadi apakah solusi terbaik untuk atasi masalah lelaki ini?
 
Sebenarnya….. jika tahap kesihatan fizikal seseorang itu normal, ubat mengandungi racun tertentu tidak begitu akan membahayakan tetapi jika pengguna itu ada masalah jantung atau buah pinggang atau masalah-masalah kesihatan lain maka ia akan memberi kesan negatif, dan boleh membahayakan pengguna. 

Sedikit lagi nak bagi panduan…. kepada pengguna yang ingin membeli ubat perlu memastikan produk mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL…. Kalau di Malaysia lah tapi yang ni sebagai panduan sahaja ya…. Panduan lagi kalau ubat bukan racun (OTC) ditanda huruf ‘X’ di hujung nombor pendaftaran, manakala ubat tradisional ‘T’, ubat terkawal ‘A’ dan kosmetik ‘K’.  Nanti anda akan lebih pandai lepas ni…🀩🀩 cuba pi tengok kat farmasi dan perhatikan ini dan anda akan lebih mengetahui. 

Melalui pemeriksaan penguat kuasa Bahagian Farmasi, ada syarikat menggunakan pendaftaran palsu bagi ubat bukan racun, iaitu XXL di hujung nombor pendaftaran dan berbagai-bagai lagi cara. Maka anda perlulah ke website KKM dan boleh buat semakan….  Namun tak kata produk yang tidak daftar dengan KKM tidak bagus. Ada yang produk bagus tetapi mungkin disebabkan perkara-perkara tertentu ianya tidak didaftarkan. Maka di sini perlu ada sedikit pengetahuan untuk menilai sesuatu produk itu baik atau tidak.

p/s : Tolong jangan check Produk Piper Turmeric ya…. Sebab tak daftar lagi…. 😝😝

Selain itu, semua produk mesti mempunyai label ‘Hologram Meditag’ yang disahkan Kementerian Kesihatan, kecuali produk kosmetik dan produk penjagaan luaran iaitu anti jerawat, anti kelemumur, penjagaan mulut, perlindungan kulit dan antibakteria. 

Pengguna perlu berhati-hati dengan ubat tradisional tidak berdaftar. Misalnya…. Ubat Papan dari Indonesia. Ia mengandungi steroid. Walaupun berkesan menguatkan seks, pada masa sama ia mempercepatkan pereputan tulang dan menyebabkan tulang mudah patah. So baik elakkan maupun ia memang ada kesan bila makan cuma kita takut bila jangka panjang.

Pelbagai Viagra tiruan juga turut dikesan dijual di pasaran tempatan yang kebanyakannya berasal dari China dan dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada Viagra tulen. So baik beli yang Original ya… ATAU nanti saya beri untuk buat Viagra Natural yang sangat eklusif tapi hanya kepada mereka yang beli produk pertama saya sahaja akan dapat formula ni…. Yang ni pasti melompat-lompat….🀣🀣🀣

Sebiji pil Viagra tulen yang paling kuat keberkesanannya ialah 100 miligram (mg), tetapi Viagra palsu pula 500 mg, iaitu kadar yang tidak munasabah. Ia umpama memasukkan enjin lori ke dalam kereta Kancil. 

Ada juga peniaga menawarkan ubat seks dengan mendakwanya sebagai ubat tradisional melalui jualan secara langsung, tetapi jika ubat tradisional dijual antara RM8 hingga RM10 sebiji, ia terlalu mahal dan ternyata berlaku penipuan. 

Sebenarnya, ubat farmaseutikal lebih selamat kerana mengandungi racun berjadual, berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), mementingkan keselamatan dan aplikasi sementara ubat tradisional pula, dinilai daripada keselamatan dan kualiti. 

Namun produk yang akan saya katakan yang Produk Pertama ini akan lebih membantu kesihatan lelaki anda dengan lebih baik…. 😍😍😍

InsyaAllah Part 4 kita cerita produk ni je…. Janji… saya janji…pasti saya cerita…. Janji betul punya kali ni.….  jangan kecam saya ye…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… Ada members dalam Group hentam saya….πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Sabar…..sabar…..

Walluaklam…

HNZL

No comments:

Post a Comment