Tuesday 14 May 2019

SIHAT DAN PANJANG UMUR

JOM PANJANG UMUR SEPERTI TUN MAHATHIR... 

Ulasan pasal video Tun Mahathir....

Anda semua dah dengar ttg panduan yg diberikan oleh beliau ttg macamana nak stay healthy for long age... apa amalan beliau... tak ada sebut pun pasal herba supplement atau apa2 seumpamanya...

Apa yg disebut adalah kalau yg kita mungkin dpt tangkap adalah Over Eat... betul tak...??? Sebenarnya ada byk lg... antaranya kenapa pd umur sebegitu beliau masih blh lg berfikir baik dan respond baik... Jom kita listkan satu persatu...

Utk kekal sihat dan umur panjang spt Tun Mahathir anda perlu beberapa perkara yg disebutkan beliau..

1. Jgn terlebih makan (Over Eat) yg bawa maksud jgn makan byk pd satu ketika anda makan kerana dgn sikap ini badan anda akan kembang tambah berat dan perut kerja lebih. Bila anda jaga berat anda maka anda selamat dgn cara makan sedikit-sedikit pd sesuatu masa. Maupun makanan sedap tapi makan utk rasa shj. Berat badan kena ideal...

2. No stress... bila tak ada stress maka kita tak akan rosakkan tubuh badan.. ini adalah mind setting.. kalau kita tgk TM ni dia org yg ada satu Msia punya masalah tapi dia tak put himself dlm situasi stress.. relax je muka dia.. mau pun muka dia nampak tak pernah senyum.. 😆

3. Be yourself and do your own thing... buat hal anda sendiri dan jgn pedulikan org lain yg membawa makna anda kena ada sikap disiplin diri dan juga fokus diri.. yg ni antara akan jadikan anda sihat tubuh badan dan mental.

4. No emotion much... jgn terlalu berperasaan.. maksud relax ja dan jgn ambil kisah sgt ttg emosi.

5. Read a lots. Get info and input. Anda perlu masukkan byk informasi pd peringkat masih muda yg diterapkan melalui bacaan dan juga cara melihat yg diinputkan ke otak anda. Yg ni penting kerana dgn sikap anda yg inputkan ke otak anda maka anda akan lebih sihat dan cerdas menggunakan otak anda dr peringkat muda sehinggalah ke umur tua...

6. Berkomunikasi dgn mereka yg lain setiap masa dlm apa jua keadaan. Yg membawa maksud juga mesti ada seseorg di samping anda yg berinteraksi senantiasa.. ini akan jadikan anda lebih sihat...

7. Bersenam ringan consistent dan persistent..

Namun seperkara yg kita mungkin akan sentuh di mana Tun Mahathir juga ada masalah lain iaitu masalah jantung.. di sini byk sebab musababnya namun langkah rawatan awalan diambil mungkin ia selamat dr kesan yg lebih teruk... jadi nasihat saya kpd kita semua sekiranya ada symptoms apa2 yg anda rasai maka pergilah check dan ambil peduli pd tahap awalan sebab kalau ditangani pd peringkat awal kita akan dpt melakukan sesuatu sbg pencegahan yg lebih teruk. Macam kereta lah.. bila kita rasa semacam je maka kita akan bawa pergi check ke mekanik awal2 lg dan di sini kita selamat dr kerosakan tersebut jangkit kpd benda lain.. 😁😁😁

Bg saya amalan air juga sgt penting kerana air yg cukup akan jaga diri anda. Selain dr itu kita juga kena byk berdoa dan juga munajat pd Allah utk umur yg panjang...

Wallahuaklam 

HNZL

No comments:

Post a Comment