Friday 20 September 2019

CERITA BAB SIHAT - Siri 1 (Part 2)

*CERITA BAB SIHAT - SIRI 1 (Part Two)….*

Kerosakan saraf menjadi fenomena biasa pada ketika umur meningkat pada 40an. Anda yang usia sebegini harus ambi kisah dan lihat permasalahan-permasalahan ini dengan lebih serious. Kita lihat apa gejala-gejala awalan kerosakan saraf ini berlaku….

Gejala-Gejala Kerosakan Sistem Saraf

1. Sesemut
Ramai orang mengambil masalah sesemut (tingling) sebagai satu perkara yang ringan dan biasa. Tetapi ramai yang tidak sedar, sesemut boleh menjadi salah satu petanda kerosakan saraf periferi. Gejala ini akan menyebabkan seseorang berasa berlakunya denyutan seperti arus elektrik di sekitar tangan dan kaki, terutamanya di jari jemari.

Sesemut yang berlaku untuk tempoh masa pendek tidak perlu dirisaukan namun jika gejala ini berlanjutan berlaku berulang kali, untuk tempoh masa yang panjang, maka segera berjumpa dengan doktor.

2. Sakit rematik
Sensasi rasa terbakar atau kesemutan akan merebak dari bahagian belakang ke kaki. Ia akan menyebabkan rasa sakit di sekitar pinggul. Ia bermakna saraf sciatic iaitu saraf di sekitar tulang belakang ke pelvis tertekan atau mengalami kerosakan.

3. Kesukaran untuk bergerak
Kerosakan saraf juga menghalang aliran darah yang akhirnya menyebabkan tubuh rasa kaku dan sukar untuk bergerak. Kerosakan saraf yang berlaku pada saraf motor pula mengakibatkan kelumpuhan dan gejala ini memberi isyarat anda berdepan masalah yang lebih serius dan perlu ditangani segera.

4. Kelewatan tindak balas otak
Anda rasa lambat bertindak balas? Ia juga memberi indikasi kepada kegagalan sistem saraf. Kerosakan saraf dikatakan memberi kesan kepada otak bertindak balas di mana saraf deria gagal berfungsi dengan baik.

Misalnya anda tidak merasa atau lambat mengesan rasa sakit tangan anda yang terbakar kerana tersentuh api. Dalam kes ini, saraf deria ‘didiamkan’ dan tidak memberi maklumat kepada otak mengenai keadaan tangan yang cedera.

5. Sakit kepala
Usah meremehkan sakit kepala biasa dengan masalah berkaitan sakit saraf. Sakit kepala bersifat umum namun ia juga antara simptom kerosakan sistem saraf. Apabila ia berlaku berulang kali dan untuk tempoh masa yang lama, anda mungkin perlu berjumpa doktor. Ini kerana kesakitan itu mungkin disebabkan oleh cengkeraman saraf di leher.

Situasi-situasi ini memerlukan perhatian segera jadi kalau anda ada permasalahan ini bertemu pakar dan minta khidmat nasihat. Selain dari ini anda juga boleh amalkan beberapa produk yang ada memberikan kesan baik sebelum ini kepada mereka yang telah mencuba seperti Produk Piper Turmeric / Black Curcuma Piperine / MyNutre dan yang paling latest Neuromium ALA Plus yang dapat membantu permasalahan sakit saraf ini.

Wallahuaklam….

HNZL

No comments:

Post a Comment