Wednesday 18 September 2019

HAL KESIHATAN - Siri 6

💥HAL KESIHATAN - PERUBATAN TRADITIONAL / ALTERNATIF DAN MODERN💥

Siri 6.....

Apa itu Gaya Hidup Sihat? First sekali kita kena fahami apa itu SIHAT. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai: 

*"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"*

Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. 

Bagi kita ini yang manusia…. dengan kemampuan kita untuk menganalisa dan menjangkakan…. namun kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Ia datang daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya. 

Cuma anda harus tahu atau kenal diri anda dan bukan cara hanya merasakan sahaja yang mengatakan anda nie sihat tetapi lebih kepada pengukuran yang lebih mendalam menggunakan semua bentuk saintifik untuk kepastian situasi anda sesemasa.

Tahun 1947 dalam satu persidangan kesihata antarabangsa di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mendefinasikan kesihatan kepada 3 komponen. 
a. Kesihatan fizikal
b. Kesihatan Mental
c. Kesihatan Sosial

Banyak faktor yang mempengaruhi kesihatan ini. Ada sesetengah faktor kita tidak dapat mengawalnya seperti genetik dan umur. Sesetengah faktor pula boleh dikawal dan oleh faktor inilah maka kita perkenalkan Gaya Hidup Sihat. 
Ada banyak cara nak ikut Gaya Hidup Sihat… saya hanya berikan 8 sahaja untuk diikuti…
1. Minum air secukupnya.
2. Diet yang sihat
3. Jangan merokok atau terdedah kepada situasi sekitaran yang bertoksid.
4. Bersenam
5. Jangan Stress… tangani ya dan hidup ceria.
6. Tidur yang berkualiti.
7. Terapi Aromaterapi.
8. Penjagaan kulit. Biar ia dalam situasi natural dengan tidak ada bahan mekap atau lain-lainnya.
Ini adalah gaya hidup sihat… nanti kita sentuh pula amalan hidup sihat… So jaga kesihatan dan sihat kan diri anda dengan pengamalan baik. Ingat minum air kangen ya sebab ia air yang terbaik dari yang terbaik melainkan Air Zam-Zam….

Wallahuaklam…

HNZL

No comments:

Post a Comment