Sunday 22 September 2019

CERITA BAB SIHAT - Siri 2 (Part One)


💡*CERITA BAB SIHAT - SIRI 2 (Part One)….*💡

Bagaimana antibiotik memusnahkan sistem imun anda……..

Tajuk ni agak mengelirukan betul tak? Jom kita mentelaah untuk kefahaman…. Sebelum perbincangan lebih jauh kita harus dahulu fahami asal sistem imun dan apa itu sistem imun kita dahulu….



Sistem imun ialah satu sistem struktur dan proses biologi dalam tubuh badan yang melindungi organisma untuk melawan penyakit. Bagi berfungsi dengan betul, sistem imun mesti mengesan pelbagai agen yang dikenali sebagai patogen daripada virus hingga ke cacing parasit dan akan membezakannya daripada tisu sihat milik tubuh badan itu sendiri.

Sistem imun anda sentiasa dalam status misi mencari dan musnah… mencari penjajahan asing, kecacatan sel secara semula jadi dan sel mutan dalam tubuh badan anda. Sistem kekebalan tubuh mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengingati benda-benda jahat ini dan menggunakan taktikal daripada pengalaman masa lalu untuk memusnahkan musuh dalam tubuh badan. Dalam banyak-banyak sel yang paling cepat berkembang di dalam tubuh manusia adalah sel imun. Jadi sel-sel imun ini perlu sihat untuk membiak dan berkembang.

Lebih 80 peratus daripada imuniti badan terbina di saluran usus oleh keseimbangan bakteria baik yang ada di sana. Bakteria baik ini yang pernah kita sentuh sebelum ini dan dibahaskan yang kita namakan Probiotics. (Boleh rujuk semula tulisan dari Siri I sehingga Siri VII pasal Probiotics di link ini… https://medikcurehealth.blogspot.com/2019/09/probiotics-bakteria-baik-untuk.html)

Flora usus mula terbina pada usia bayi semasa dalam rahim lagi tetapi ia tidak benar-benar aktif sehingga selepas lapan hari usia. Bermula dengan susu kolostrum… usus mula membiak lebih banyak bakteria sementara sistem imun bayi memulakan inventori sel-sel yang baik dan buruk di dalam badan. Inventori bakteria baik ini adalah satu proses sepanjang hayat dan sistem kekebalan tidak pernah melupakan pencerobohnya iaitu bakteria jahat dan virus.

Apa pula antibiotic yang kita fahami….???

Antibiotik merupakan sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganisma seperti kuman, virus dan bakteria. Antibiotik boleh diperolehi daripada sumber biologi seperti kulat dan mikroorganisma. Dengan kemajuan dalam kimia organik, antibiotik kini juga boleh dihasilkan melalui sintesis kimia. Ubat antiobiotik bertindak dengan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.

Kita akan bincang pasal kesan Antibiotik kepada sistem imun tubuh badan pada siri yang akan datang insyaAllah…

Gunakan FloraMax dan Piper Turmeric untuk kesihatan dalam menjaga baik bakteria baik serta kuatkan sistem imun tubuh badan dengan meningkatkan keberkesanan organ-organ dalaman anda agar berfungsi pada tahap optimum.




Dan sekiranya anda mencari alternative kepada produk Antibiotik yang Natural boleh cuba BioUltra Natural Antibiotic….



Wallahuaklam….

HNZL

No comments:

Post a Comment