Monday 9 September 2019

HAL KESIHATAN - SIRI 4

💥HAL KESIHATAN - PERUBATAN TRADITIONAL / ALTERNATIF DAN MODERN💥

Siri 4.....

Byk kajian dilakukan ke atas beberapa bahan2 bersumberkan alam semulajadi yg tidak disenaraikan dlm perubatan modern namun tidak diketengahkan. Maupun begitu dlm bidang farmaseutikal modern sememangnya mengabungkan jenis ubat utk rawatan sesuatu penyakit spt contoh diabetes atau Hipertensi ada dilakukan oleh pakar2 Nutritionists. 

Hasil dr kajian mendpti gabungan 2 atau lebih ubat2 dlm alternatif dan modern telah memberikan lebih kesan +ve dr kegagalan satu jenis ubat shj. Ini menunjukkan gabungan modern dan alternatif dpt digunakan bersama utk melengkapi satu sama lain.

Fenomena ini byk berlaku apabila kebergantungan kpd satu jenis ubat shj spt ubat modern yg dibekalkan oleh pihak hospital di mana contoh diabetes atau hipertensi tidak turun. Apabila tindakbalas sejenjs ubat maka ini yg berlaku maka peningkatan dos akan dilakukan dahulu oleh pakar perubatan dan sekiranya ia tidak memberikan kesan maka di sini sudah pasti penambahan ubat perlu dilakukan. Bg kita yg mengamalkan produk natural maka ubat alternatif adalah yg terbaik utk digabungkan dgn ubat hospital.

Selalunya pakar pengamal perubatan dan pakar perubatan harus sama2 mengabungkan konsep rawatan. Namun apa yg paling penting adalah keselamatan atas ubat alternatif yg diberikan serta pemantauan pengambilan utk melihat keserasian dr segi efek apabila ubat digabungkan.

Pemantauan atas kesan pengambilan ubat2an ini harus dipantau dan cara pemantauan adalah berkala spt 30 hari, 60 hari, 90 hari dan seterusnya sehingga ke setahun.

Apa bentuk pemantauan yg perlu dilakukan? 
1. Status kesihatan pesakit harus diperiksa suhu, tekanan darah, gula dlm darah, kadar degupan jantung, kadar pernafasan, kolesterol lemak dan sbg.
2. Ujian asas darah dan fungsi organ dalaman spt buah pinggang.
3. Status immunisasi.

Berhati2 sesetgh produk alternatif ada mempunyai kesan kpd buah pinggang dan organ dalaman. Kebiasaan kena lihat samada produk dah didaftarkan dgn Kementerian Kesihatan atau rujuk kpd pakar pemakanan atau pengamal kesihatan yg ada maklumat tentang bahan komposisi sesuatu produk.

Slps ini kita belajar pula pasal proses penuaan dlm tubuh badan yg beri efek dlm penggabungan produk alternatif dan modern.

Wallahuaklam...

HNZL

No comments:

Post a Comment