Wednesday 25 September 2019

CERITA BAB SIHAT - SIRI 2 (Part Three)

💡 *CERITA BAB SIHAT - SIRI 2 (Part Three)….* 💡

Bagaimana antibiotik memusnahkan sistem imun anda……..

Kata seorang penulis senior Michael S. Daimond seorang Profesor Perubatan di Universiti Washington di St. Louis….. "Sistem kekebalan tubuh badan akan diaktifkan secara berbeza jika usus tidak mempunyai mikrobiotik yang sihat," 

"Jika seseorang sakit dengan jangkitan bakteria, mereka harus mengambil antibiotik. Tetapi adalah penting untuk diketahui bahawa ia mungkin ada kesan sampingan selepasnya. Anda mungkin menjejaskan tindak balas imun anda terhadap jangkitan virus tertentu. "

Mengulas dari maksud tulisan di sini adalah di mana Antibiotik ini perlu diambil hanya untuk maksud-maksud tertentu sahaja yang ada kaitan dengan masalah jangkitan bakteria virus atau kuman yang perlu ditangani segera dari ia merebak. Namun kalau situasi sakit biasa maka tidak perlu ambil ubat Antibiotik seperti mana yang diperkatakan oleh Profesor Perubatan ini.

Peranan Bakteria kepada logam berat …..

Lebih dari 80 peratus logam berat dikeluarkan dari tubuh melalui bakteria baik di usus. Bakteria dan kulat yang tidak baik sebenarnya lebih suka mengekalkan dan menggerakkan logam berat ke dalam badan dan mengangkut logam-logam ini ke tisu dan organ yang berbeza untuk melemahkan mereka bagi pencerobohan masa hadapan. Kulat/Fungi adalah organisma yang hidup dengan memakan tisu-tisu tubuh badan. Akhir sekali kulat serta bakteria jahat ini akan menyerang tisu yang sihat kerana ia perlu untuk mendapatkan kekuatan dan pada peringkat ini tubuh badan anda akan lemah.

Pemahaman lain di sini ingin saya nyatakan apabila proses ini berlaku maka apa yang anda perlu ada 2 benda penting. Yg pertama bakteria baik untuk mengeluarkan logam-logam berat ini. Yang kedua adalah penggunaan air yang betul sebab air akan jadi medium untuk penceranaan dan transport Nutrient baik Vitamin dan Mineral. Kita tidak mahu Vitamin dan Mineral ini dicuri oleh 2 anasir jahat iaitu Parasite dalam badan dan air yang belum lengkap sifatnya.

Kekurangan bakteria menyebabkan Kanser lebih aktif…..

Perkara lebih penting yang harus kita jagai adalah Kanser kerana bila ketidak seimbangan bakteria dalam badan maka kanser akan jadi dua kali ganda lebih aktif……. Apabila keseimbangan bakteria jahat berlaku dan kulat/fungi mendirikan tapaki maka dinding usus akan menjadi bocor yang membolehkan makanan, bakteria dan alergen serta sebahagiannya dicerna ke dalam darah. Kini sistem imun yang sudah lemah menjalankan tugasnya untuk membersihkan usus ketika menjejaki ada ancaman-ancaman baru ini kepada tubuh. 

Memikirkan semula semua ini maka rumusan yang kita akan buat dengan pasti menyalahkan kepada pakar perubatan yang memberikan perkhidmatan serta nasihat yang salah namun jangan lupa pula kepada ibubapa yang kurang maklumat dan salah faham.

Kanser adalah penyakit keradangan. Ingat perkara ini bagi faham betul… Kanser adalah sebab KERADANGAN SISTEM TUBUH BADAN KITA. Jadi kalau tidak mahu jadi keradangan anda harus ambil pemakanan yang anti keradangan atau Supplement yang boleh elak jadi keradangan. 

Ketidak seimbangan usus menyebabkan kebocoran zarah-zarah tidak baik ke dalam darah yang  menyebabkan keradangan di seluruh badan. Kroniknya organ-organ yang rosak menjadi sasaran logam berat, virus, bakteria dan kulat. Tetapi kerosakan tidak berhenti di sana kerana makanan yang diproses  akan melalui sistem di perut serta usus yang kini menyebabkan tekanan dan masalah kepada pankreas. Tekanan kronik melemahkan organ untuk memproses atau menyerap yang menjadikan ia lebih mudah terdedah kepada penyakit dan kanser.

Di mana ia patut berakhir….. satu persoalan penting….

Ia akan berakhir dengan anda membuat keputusan dengan bermaklumat serta berilmu sebelum mengemukakan sebarang rawatan perubatan, termasuk mengambil antibiotik. Anda adalah orang yang mengambil faedah atau mengalami akibatnya… bukan doktor. Ia mudah bagi seorang doctor dengan hanya menandatangani serta hanya memerlukan persetujuan anda sahaja untuk rawatan. Akibatnya tetap anda yang perolehi samada akibat baik atau akibat buruk. Jadi di sini buat pertimbangan baik dengan maklumat yang lengkap serta tepat.

Kita akan bincang lagi di siri akan datang tentang pilihan menggunakan ubat antibiotic atau tidak. Namun saya tetap mengesyorkan anda kuatkan diri anda dengan 3 benda yang penting untuk immune system anda dan kekalkan bakteria Probiotics baik dalam tubuh badan serta yang terakhir guna antibiotik natural. Piper Turmeric / FloraMax Pro / BioUtra Natural Antibiotic

Di sini ada link tambahan anda boleh baca pasal ubat antibiotic… https://medikcurehealth.blogspot.com/2016/04/persoalanadakah-rawatan-ubat-antibiotik.html

Jaga kesihatan anda dengan ilmu serta maklumat tepat…..

Wallahuaklam…

HNZL

No comments:

Post a Comment